Saturday, December 31, 2011

last post 2011

assalamualaikum.

sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai..
last post untuk tahun ni.

menilai dan muhasabah apa yang kita dah lakukan.
pengalaman tahun ini banyak memberi pengajaran dalam hidup.
bermula bulan januari 2011.. 'pengalaman' bercuti dalam rusuhan mesir..
banyak lagi pengalaman suka duka.tawar.pahit.manis.
nak taip balik semua memang tak termampu.
biarlah kenangan itu terpahat dalam ingatan.

2011- tahun mencari identiti.

matlamat dan tujuan hidup dah ditemui.
gerak kerja??insyaAllah tak boleh terhenti.

maaf sekiranya tahun ni, Nuraisyah Mohd Zamshari ada melakukan kesalahan.
tidak memberi manfaat.
ada hak anda yang tak tertunai.

semoga hari esok (tahun 2012!!!) lebih baik.
tahun baru. semangat baru!
syukur dipanjangkan usia untuk merasa tahun 2012..
and yes..
insyaAllah 20 tahun hidup di bumi Allah ni..
20 tahun??
huu..num 2 kat depan..err..

notakaki: study physiology kat Bayt Aflah. sedar post 2011 kurang dari separuh daripada tahun sebelumnya.hehe.bukan pemalas.kuantiti tak menjamin kualiti kan?? (alasan lagi.)

jom kejar redha Allah!




Friday, December 30, 2011

kisah kawan dan coklat :)

assalamualaikum.
mood final exam memang merasuk minda..ahh..lantak lah hiperbola ke tak.
terlalu risau dengan ujian dunia yang ntah seberapa je tahap kesusahan berbanding bila berhadapan dengan ujian dengan Maha Pencipta kelak..
okeh.
mari kita bercerita di petang jumaat yang indah ini.
menghilangkan sedikit stress..(padahal x banyak baca pun lagi)hehe..

kisah dua orang sahabat baik,Lili dan Lala(malas nak pikir nama samaran lain dah..even lala sedap dimakan sekali pun..hehe)
Lili dan Lala dah lama berkawan baik..dari tadika sampai lah sekolah menengah..diorg banyak berkongsi cerita..suka,duka,gembira,ketawa,..etc..
diorg juga berkongsi minat yang sama..makanan yang sama..dan banyak masa diluangkan bersama..kadang-kadang diorg selalu je gaduh..berebut nak benda yang sama..tapi..semua tu buat hubungan persahabatan diorg jadi lebih erat..biasalah. gaduh-gaduh manja!

pada suatu hari. Lili ajak Lala keluar rumah.Lili nak beli coklat kegemaran dia.sebenarnya..kerap lah jugak Lili ajak Lala beli gula-gula..Lala pun suka gula-gula sebenarnya..tapi hari tu.Lala tak nak temankan Lili. Lala cakap dia ada hal hari tu. Lili pujuk gak Lala..tapi Lala tetap tak temankan Lili. Lala keluar rumah..tapi pergi ke tempat lain. Lili terasa hati. pelik kenapa Lala tak nak temankan dia..Lili ingat Lala dah tak sudi nak kawan dengan Lili lagi.mungkin Lala dah bosan kawan dengan Lili.mungkin Lala dah ada kawan baru..
hari tu..Lili pergi kedai dengan orang lain.

disebabkan kejadian hari tu. Lili dan Lala dah jarang berjumpa. tak bertegur sapa. tak berkongsi cerita..Lili dah ada kawan baru..

dalam sebulan kemudian..
Lala beranikan diri tegur Lili dalam kelas. mula-mula rasa kekok. sebab dah lama tak bersembang..
Lili tanya Lala.kenapa Lala tak nak temankan dia pergi beli coklat hari tu??
Lala mulanya berat hati nak cerita..Lala hanya tersenyum tawar. Lili tanya lagi.."Lala dah tak nak kawan Lili dah ke??"
bila dengar soalan tu. Lala mula rasa serba salah. Lala pun terpaksa cerita perkara sebenar...

"sebenarnya Lala bukan tak nak kawan dengan Lili..tapi kita dah selalu sangat makan coklat.Lala tau coklat tu sedap.Lala pun suka.tapi kan Lili....coklat tak elok kalau kita makan banyak2.nanti boleh kena DM(diabetes melitus),obesity,carries gigi..Lala tak nak kita berdua sakit.Lala sayang Lili..Lala ingat kalau Lala tak temankan Lili. Lili tak kan makan coklat hari tu.sebab tu Lala tolak permintaan Lili hari tu..bukannya Lala tak bagi langsung Lili makan coklat..tapi kena lah berpada-pada.tak boleh lah suka hati je..kita kan nak kawan sampai syurga..Lala tak nak kawan yang Lala sayang sakit nanti..Lili faham kan??"

sekian~
sorry cerita tergantung.
biasalah drama Melayu ending memang kena reka sendiri pun..hahaha..(dah tak betul dah otak ni)kalau ada sesiapa yang lambat paham cerita di atas..
sebenarnya nak cerita..
dalam hidup ni. kita perlu berterus terang sebenarnya..kadang-kadang niat baik kita tak tercapai dek kerana orang lain tersalah faham apa yang kita cuba sampaikan..
manusia bukannya boleh baca hati orang.
so..
be honest!
if you really care about your friend.. let them know apa yang kita cuba nasihatkan.

"dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (surah Az-Zariyat 51:55)

Wednesday, December 28, 2011

jadual next sem

assalamualaikum.

nah! jadual next sem..huwaa!!
sabtu ni de paper genetic.
doakan~

Tuesday, December 20, 2011

bila diminta bersuara.

assalamualaikum.

semoga kalian sihat2 selalu.angin kuat pagi ni di bumi irbid(laporan kaji cuaca tbe2). sejuk?mestilah! hee.

semalam dapat satu msg hangat. err. mungkin kurang hangat daripada panggilan hangit. tapi cukup buat jiwa ini kacau satu malam. tak lena tidur. (padahal tidur sampai 7 jam). argh!! panggilan untuk berkhidmat. huu. bukan berkhidmat kat sempadan negara pun. setakat kena wat demo bahas je. tapi... (BIG BUT here!!)

perasaan malu lepas rasanya masih berbaki. adeh.. kenangan berbahas bbrp bulan lepas rasanya belum hilang dari memori. perasaan itu masih sama. malu.takut.cemas.gugup.gagap. and yes..serabut! ramai orang rasa senang je nuraisyah ni untuk bercakap di hadapan orang ramai. mungkin itu dulu. ntah kenapa..sejak masuk intec. keberanian itu kian pudar. mungkin rasa inferior bila jumpa orang lagi pandai kat intec..makanya. malu untuk mengeluarkan pendapat.
bukan nak kata kat sekolah dulu xde orang lagi pandai. hish! tipu lah xde..

oh ye. mungkin ada yang rasa saya ada basic debate. emm..sebenarnya.. (statement jujur) insan yang menulis ni x pernah pun mewakili sekolah dulu. hahaha! sekadar menyelit dan menyemak dalam team bahas.then..berpaling arah. memilih untuk bermain basketball.. spe2 yg sek SBP dulu mesti tau kan yg HKSBP ada basketball and debate. so kena pilih salah satu je.. so prefer jadi pemain basketball.

owh. rasanya x ramai yang tau alasan sebenar saya keluar from bahas dulu. hee. actually dah lupa dah pun sebab sebenar. tapi rasanya dulu. saya fikir. sementara masih muda utk bermain basket. baik main basketball dulu. nak bahas ble2 boleh. time kat toilet sementara tunggu turn pun still boleh debate kalau nak..tapi nak main basket..kena ada team, bola..court! so peluang ber'basketball' tu jarang berlaku.

and rezeki Allah. tahun yang saya mengundurkan diri dari bahas tu lah..tahun yang team bahas sek mula melonjak naik kembali. tipu lah x jeles kan?? still ingat ayat cikgu time tu.

"tu lah aisyah..x nak join debate..kalau tak. awak dah boleh menang dah..join basket tu bukannya menang pun..dalam kumpulan pun tak menang...bla..bla..bla.."

deh. macam kena hiris halus hati ni. mana lah nak lawan cakap cikgu kan??so..diam dan :) je lah.
tapi. serius! bangga dengan kawan2 dan adik2 team bahas time tu..dan sekarang!
hebat kot..

menyertai mereka. jujur. kenangan manis sepanjang sek.
hehe.. being debater is more glamour than basketballer!

emm. kat jordan ni pernah lah beberapa kali main basketball kat JUST. coach sgt baik kot! tapi..semenjak amik part time memupuk lemak ni..memang hasrat nak main tu terkubur je lah..sekali pergi. coach suruh lari 3 round court! err..pancit kot.. (zaman sek dulu 3 round sng je!)
plus. berat badan yg bertambah..memalaskan diri utk berlari seperti dulu..haha..alasan!!

mood utk bertikam lidah dgn orang dah xde.. sekarang kalau x puas hati ngan orang pun. lebih prefer diamkan diri dan bersabar.mungkin dulu mampu marah dan menengking tegas. menyatakan pendapat dengan menyatakan pendapat orang lain itu salah..for me. its not a good way utk buat org lain terima pendapat kita.

ini just pendapat saya. manusia biasa2. i do respect orang yang ada bakat untuk berbahas/debate. seriously. berbahas bukanlah sangat susah dan sesenang yang disangka. semua orang mampu berbahas. tapi berbahas dengan baik itu tak semua mampu.

lastly. maaf post kali ni panjang daripada biasa. melepaskan kerisauan diri. doakan dipermudah segala urusan. dijauhkan dari segala kemungkaran.

notakaki: masuk pertandingan bercerita kat tadika dulu lagi best. x payah risau orang nak bangkang apa..kecomelan bercerita time tu mampu buat orang senyum siap. (perasan!!)

hehe. :P

Sunday, December 18, 2011

kisah cinta kita.

Bicara tentang cinta
pada suatu tanpa nama..

Bicara tanpa kata
sukar luah rasa seribu cinta
antara kita..
aku dan mereka

walau tidak sua muka
walau tidak ramah mesra
walau kita lain benua
kita yakin sama cinta
kita yakin jalan sama
kita yakin sama cita

Bicara tentang cinta
pada Dia Maha Kuasa..

Bicara rasa kongsi cerita
kita sama luang masa
duduk sejenak ingat Pencipta..

walau bertatih diri dibina
walau ujian datang menimpa
walau berperang nafsu dunia
kita harungi ujian bersama
kita sama harap redha Maha Esa
kita sama buru manis cintaNya..

Bicara tentang cinta
indah bila dapat dicerita
kongsi cerita suka duka
KITA sama rasa..satu CINTA.

Saturday, December 10, 2011

Dia Kaya!

assalamualaikum buat semua.

sihat?alhamdulillah..semoga dengan kesihatan ini kita tak lupa pada Maha Kuasa.
hurm..menaip dengan sangat lemah gemalai..(bukan perasan sopan..ayu..etc)tapi penat..
x patut kan muda2 dah rasa penat??haish!

kepenatan bukan alasan untuk tidak bergerak..kan?

biarlah jari ni bergerak selagi mampu..sementara jasad pinjaman Allah ni masih boleh menyampaikan sesuatu..walau mata ni layu kepenatan..akal ni masih mampu berfikir waras..alhamdulillah.. :) dan tahniah kepada pembaca blog biasa2 ni kerana masih diberi pinjaman mata untuk membaca apa adanya..

perkongsian drpd seorang kawan..
surah Al-Fatir (35:1-15)
sangat menarik kot surah ni..serius!!(mana ada ayat Al-Quran x menarik kan??)
p/s: sila buka Al-Quran tafsir kalian untuk maklumat selanjutnya..(nada iklan kat kaunter.)

segala nikmat kurniaan Maha Kaya..sebenarnya bukan sekadar sangat cantik pada pandangan mata semata-mata..tetapi ada sesuatu di sebaliknya yang membuatkan kita boleh berfikir..bukan sekadar berfikir kosong..berfikir yang mampu mendekatkan diri hamba kepada Penciptanya..
manusia yang paling genius dalam dunia ni sekali pun belum mampu mengawal peralihan malam-siang..hujan..awan..angin..

bila kita lihat segala ciptaan Allah..terlintas dalam hati kecil ni..
"Allah sangat power sebab boleh control semua yang ada kat dunia ni dalam satu masa.."

Subhanallah..sangat indah dan sempurna segalanya..

mengenangkan subjek2 doktor yang semakin mencabar dan serabut saban hari..
menyebabkan diri ni lebih menghargai apa yang ada...

anatomy.
belajar mengenai anggota badan..sounds simple ala2 melihat movie Grey's Anatomy.(x pernah tengok pun..hehe..)tapi sebenarnya..Grant's Atlas of Anatomy (textbook ktorg) yg perlu dibaca..dihafal..dihayati..erkk..
memerlukan kesabaran yang menggunung tinngi..berapa banyak muscle yang kita guna untuk online ni pun dah sangat mengagumkan..(x dapat tulis exact amount sebab x ingat..sob2..)

histology.
belajar pasal cell..ala..simple je..cell je pun..basic unit of living things kot..so..its not a big deal lah..(nada berlagak yang menipu!!)
okeh..subjek ni macam "senang"...tapi keseronokan melihat cell yang berwarna-warni setelah di'stain' kan di bawah microscope..berakhir di situ bila anda sedar anda perlu tahu segala structures and funtions of the cells.. -_-"
banyak kan cell badan kita??..and if ada cell kita yang Allah jadikan merajuk daripada function sebenar..maka..

kita akan tengok Pathology.
secara simplenye..belajar pasal cell yang sakit..kancer..etc.
Allah dah tunjuk contoh terdekat.
bila ada cell badan yang "tak normal"..maka akan terganggu lah sistem badan tersebut..

sama juga macam manusia..kalau ada perlakuan yang "tak normal"(bunyi mcm aneh sikit kan??)
emm..kalau ada perbuatan kita yang menyalahi hukum Allah..maka akan terganggu dan rosaklah catatan amal kita kan??

okeh.azan maghrib sudah kedengaran.
solat yok!
sekian~

notakaki:maaf sebab idea x tersusun. dah lama meninggalkan bakat penulisan.ditambah kepenatan yang mengganggu minda. :/

Friday, December 9, 2011

?

pelik melihat gelagat mereka.

best ke??




semoga Allah terus kuatkan hati ni mencari cintaNya..

sebelum masa yang tepat itu tiba...biarlah cinta ni dijaga rapi..

Sunday, December 4, 2011

sayu.sedih..

semoga kalian dalam rahmat Yang Esa..

hari ini mungkin kita masih bernyawa..
mampu menikmati segala nikmat di dunia..
mampu tersenyum gembira bersama..
mampu berkongsi cerita..suka duka..
mampu melangkah riang ke sini sana..

hari esok?
mungkin bukan lagi milik kita..
saat bila dipanggil Maha Kuasa..
tiada lagi tawa..
mungkin tangisan mengiringi..mungkin juga simpati..
mula mengira bekalan diri..
sama ada cukup untuk menghadap Illahi..
balasan atau nikmat??

saat Allah menjemput..
bukan usia, jantina, warna kulit..bangsa..menjadi tiket..
hanya amal dibawa untuk menuju ke destinasi yang satu..
syurgaMu..

"Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi ingatlah) : bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." (surah Al-Hasyr 59:18)

tersentap membaca ayat ni..sebab diri kerdil ini sedar..
belum cukup amal untuk menghadapNya..

semalam semua pelajar Malaysia di Jordan sedih..
sayu...
hilangnya ditangisi..
terlalu cepat rasanya dia pergi..dalam keadaan semua mencari bantuan..

notakaki: semoga pemergian allahyarham Illham Ellani semalam menjadi tazkirah buat semua..ajal maut tak kira usia..semoga semua kawan2 tetap kuat untuk hadapi exam hari ni..minggu ni..emm..semoga Allah merahmati kita semua.. insyaAllah..

Saturday, November 26, 2011

tak regret.

assalamualaikum.

cuti hujung minggu dah habis..owh ye..kat sini cuti seperti di kedah-kelantan-terengganu.. jumaat dan sabtu..tiada lagi turn outing macam sekolah dulu..hujung minggu memang susah nak lekat kat rumah sekarang..bukan pergi shopping. bersiar-siar..
cuma ada agenda yang lebih besar.. waktu yang sesuai mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan, kakak-kakak, dan adik-adik..
belajar mengenal diri sendiri..haha.. (memang sedar diri ni sedikit aneh..)

perkara baru yang menarik untuk dikongsi..

kita tak perlu 'regret' tentang masa silam kita..pahit, manis, masam, tawar mana sekali pun..bersyukur kerana itu yang mengajar kita untuk jadi lebih baik hari ini..kesilapan langkah semalam buat kita lebih berjaga-jaga untuk berjalan hari ini..dan alangkah rugi sekiranya kita biarkan diri untuk terjatuh lagi dengan cara yang sama..rugi dan sakit itu biarlah kita elakkan agar tidak meninggalkan parut luka yang sama atau men'cacat'kan 'lukisan' dalam kamus kenangan hidup kita..

mungkin dulu diri ini kabur daripada melihat tujuan sebenar kita di bumi Allah Yang Esa ini..
terlalu singkat pandangan diri ini sehingga tidak terlihat nikmat yang sebenar..

but. don't worry.. for me..my past just like "sweet mistakes"..Alhamdulillah..
semoga Allah sentiasa gerakkan hati ini untuk mencintaiNya lebih daripada segala ciptaanNya..
semoga Allah bersihkan hati ini daripada kotoran silam..supaya sinar esok mudah mewarnakan hati ini..

notakaki: buat kawan-kawan yang lahir pada hari ini.. or bulan ini..selamat hari lahir diucapkan..semoga kalian panjang umur dan sentiasa dirahmatiNya..manfaatkan usia kita sebaiknya..semoga Allah redha.. :)

Saturday, November 19, 2011

syukur.

assalamualaikum..

alhamdulillah atas segala kurniaanNya.
syukur..

jari membiru sejuk..gigil..(okeh..tak perlu buat ayat lebih poyo untuk menggambarkan winter..kalau org kat Russia baca..gelak guling2..baru 9 degree..) -__-"

niat hati tak nak bercerita tentang exam..tapi apa kan daya. sy memang bergelumang dalam keserabutan exam yang berderet..kalau org tanya "tengah exam week ke??"
"err..(minggu bebas exam sukar dicari..)"


bukan sebab hati ini terlalu keras untuk bersedih dengan apa yang diterima.
cuma hati ini yakin..
Pemberi Yang Maha Mengetahui itu..
tahu apa yang selayaknya..

"apa makna tawakal, jika takdir masih disangkal, apa makna syukur,jika nikmat masih diukur"


okeh. nak tidur sudah.
semoga sy dan kalian menjadi hambaNya yang lebih baik esok..
selamat malam!

notakaki: tak perlu taip panjang2. bersyukur! that's my point.. :)

Friday, November 11, 2011

lupa diri.

assalamualaikum..

selamat hari jumaat buat semua!!semoga hari ni lebih baik daripada semalam..dan esok lebih baik daripada hari ni..

hari demi hari berlalu..kekadang sekadar melakukan rutin yg sama..kekadang ada ilmu baru..hakikat yang harus ditelan..masa lalu tidak dapat diulang..kesalahan,kejayaan,kesilapan, atau kemenangan lampau hanya kenangan, pengajaran dalam kamus pengalaman..
emm..tiba2 rasa ayat dah jadi macam sasterawan plak..haha..(iklan jap)

manusia selalu lupa diri??

kan biasa dalam drama melayu..x kisah lah drama apa sekalipun..watak jahat mesti orang yang lupa asal diri..seperti..(skema nye..hehe.. :D ) orang yang lupa asal dia, lupa parents yang dah besarkan dia, lupa kawan..etc..ataupun istilah yang lebih mudah difahami...orang yang berlagak or 'lupa daratan'..orang-orang ni juga kadang jenis yang x tahu bersyukur or berterima kasih..betul x??

jom kita check balik diri..
kita antara "watak-watak" yang tahu istilah syukur atau tidak..mungkin kita masih ingat tempat asal kita, ibu bapa yang membesarkan kita, kawan2..
tapi bagaimana dengan Maha Pencipta kita eh??bukan ke sepatutnya mengingati Dia lebih utama??mengucapkan syukur kepadaNya lebih banyak daripada mengucapkan terima kasih sesama makhluk??

kekadang kita terlalu berusaha menjadi 'mulia' dalam masyarakat..sehingga kita jadi sangat miskin pada pandangan Allah..

kita terlalu kejar keindahan dunia..kekayaan..keluarga..kawan-kawan..sehingga abaikan kehidupan yang kekal di sana..persinggahan sementara ini kita terlalu utamakan..sampai terabai bekalan untuk menghadap Maha Kuasa..


"Katakanlah, 'Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaanmu yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu kuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya'. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

(surah At-Taubah 9:24)


Allah dah memberi peringatan kepada hambaNya..
maka??

jom sama-sama menyemai cinta kepadaNya lebih daripada segalanya..

kita yang perlukan Allah kan??


notakaki: baca surah al-kahfi ye!

Sunday, October 16, 2011

im sorry.. :(

lampu dah tukar kepada mood tido..selimut dah ditarik menutupi kaki yang sejuk..spek dah diletakkan tepi katil..cuba menutup mata..merehatkan diri yg penat menghadap gambar ribs dan jantung tiga hari ni..

tapi..sebelum cerita jadi history semata-mata..biarlah lampu dibuka semula mencari laptop dan..taraa!!!aisyah nak menulis blog..hahaha..

assalamualaikum..
sekadar berkongsi cerita di malam hari..
hari ni first exam bermula..subjek pertama..anatomy..oh ye..anatomy!!
subjek2 lain sudah beratur lurus..berderet..second year sebagai pelajar pergigian JUST memang dari awal di"pesan" pasal "cultural shock" dlm study..no more movie marathon after exam..no more lepak2..ok. bosan sudah cerita pasal exam yg tiada kesudahan..

malam semalam..time tengah tido..tiba2 telefon berdering..ringtone yg mendayu-dayu menyebabkan tido terganggu..siapa lah pulak nak call mlm2 cmni??pukul 3 pagi??
pak arab nak kacau??
on call??(xde kena mengena pun)
bila tgk skrin phone..nampak gambar emak..eh??mimpi ke??
terdiam mamai 3 saat gak..
ok..betul num mak..mak call??
(perbualan mamai tak boleh dikongsi..)rupa-rupanya..mak nak wish good luck exam je..
ya Allah..time tu rasa mcm nak menjerit je..
bukan sbb tension tido terganggu..
tapi..hati anak ni rasa terharu..bila dapat call mak dari malaysia..aah!!perasaan tu..susah nak describe!

mungkin ada orang yg biasa dpt call from malaysia..tapi bukan nuraisyah..sepanjang kat jordan ni..termasuk semalam, 4 kali je parents call..3 kali sebelum tu..perbualan kurang seminit..

aisyah: "xpe2..jap eh...aisyah call balik lah.."

aisyah: "abah..nnt aisyah dah beli kad tepon, aisyah call balik.."

ada "something" yang buat hati ni rasa bersalah bila dapat panggilan smlm..
dua minngu lepas..

aisyah: "mak, tadi kenape tak angkat telepon??habis duit kene telan..dah lah kad telepon ni dah makin mahal sekarang..(sambil nangis..)"
mak: "bukan tak nak angkat..phone ni tak de bateri"
aisyah: "xpe lah..."

aisyah diam ketika hilang mood..merajuk..itu normal!!lepas kes tu..selalu sembang ngan mak gune video call je..tapi dah tak sekerap telefon dulu..
tapi bila pagi tadi..time call mak before gi jamiah..

mak: "aisyah..sorry lah..malam tadi mak saje je nak call aisyah,duit topup byk lagi..mak tak tau nak call sape..tekan nombor aisyah dapat plak.."

ok..time tu..hati anak yang berlagak keras ni terpukul lagi..
duit xcukup ke nak call mak sampai berkire sangat kalau kene telan??
time summer..panas2..naik teksi..ok plak??
teringin nak makan pizza..ice cream..etc..x berkire plak??
kena tipu harga ngan arab..kejap je nak marah??
beli buku tebal2..harga ratus2..call mak 2 JD(1 JD= ~RM4.50)pun bising??
mak ngan abah call aisyah tiap2 hari time spm from mekah..aisyah x ingat ke??

ok. pengajaran hebat hari ni..
kasih sayang tiada nilai..
biarlah weinak makin mahal..suara mak tetap pengubat hati..
biarlah air mata ni mengalir..tanda kesal kesalahan diri..
biarlah malam ni..tido bersama gambar mak dan abah di sisi...

walaupun blog ni bukan bacaan mak..aisyah syg mak sgt2!!
abah..if abah baca blog ni..i love u too..!!

sekian~

Sunday, October 2, 2011

oktober tiba.

assalamualaikum..

sejuta kemaafan..blog ni macam update monthly plak..hee..dah. malas nak beralasan lagi.
okeh..

sekarang sy sudah dua minggu menjadi pelajar tahun dua.. wow!! alhamdulillah..

semoga perjalanan ini dipermudah Yang Maha Kuasa..

baru pulang dari jamiah..penat.

maka..

post kali ni..

bagi gambar je ok kan??plus..blog ni jarang diserikan dengan gambar..hahaha.. :)




raya 2011



okeh sy tau..mak sy memang nampak mude..(jeles..-__-)


family PINTAR!! syg kalian..(haha..x caye wat statement ni)..hehe..




sorry gambar kecik lak..malu gambar besor2 nih..haha..sekian~

Tuesday, September 6, 2011

SYAWAL:zon menilai perkembangan diri.

assalamualaikum.

harap semua sihat sejahtera. alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk menghabiskan Ramadhan dan bertemu Syawal..owh ye. sy sedang berada di tanah air..menyambut hari raya bersama keluarga tercinta..hehe..sementara xde konflik raya rumah mak sendiri or keluarga mertua..baik kita gunakan peluang yang ada untuk beraya bersama family sendiri puas2..bukannya anak manja kalau balik Malaysia untuk beraya..bukannya xnak beraya di perantauan..tapi...biarlah diri ni menggunakan kesempatan cuti yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga..fuhh ayat!

post ni mestilah nak bercerita tentang raya kan??even dah lebih seminggu..x salah pun nak share2 sket..hee..klu nak story pasal baju raya, drama raya, kuih raya, duit raya, segala macam raya..memang x abes lah kan.

bila beraya.
hurm..x kisah lah kita ziarah rumah orang or orang berkunjung rumah kita..time2 menikmati almond london, kuih samperit, tat nenas yang tersusun indah dalam balang..mesti ada soalan yang diajukan..

"ni tengah study kat mana ni??"
"dah kerja ke??kat mana??"
"eh..lama x jumpa..study tahun berape dah sekarang??"
(dan lain-lain bentuk soalan yang semaksud dengannye..)

for sure..dalam 10 rumah yang korg beraya..mesti at least 8/10 rumah..akan diajukan soalan ni..hee..kalau kurang tu.maksudnya gaya dah nampak cam orang berkeluarga sangat lah tu...hehe.. :D

bila diajukan soalan tentang "study"..mesti terkait jugak pasal jordan yang serba indah itu..oh sarcastic!! sebagai pelajar pergigian yang baru nak menapak di jordan..x banyak pengalaman yang mampu dikongsi..lagi2 lah bila semua orang cakap..

"ni mesti dah pandai cakap arab dah ni!!"

owh..dalam hati, hanya Allah yang tahu..betapa hati ni mengecil malu..(arab x hebat pun, english makin berkecai-kecai, bahasa ibunda juga semakin fasih..haish.)

mahu atau tidak, musim perayaan..especially hari raya aidilfitri ni, masyarakat kita menggunakan peluang ni, untuk bertanya khabar..'update' terbaru.. bisnes terkini.. perkembangan diri dan sebagainya..

dan pastinya..sebagai manusia yang normal..kita boleh berfikir sendiri..pencapaian hidup kita baik atau tidak untuk tahun tu..bukan niat untuk menunjuk-nunjuk..apatah lagi untuk berlagak dan riak..sekadar dijadikan satu penggerak untuk kita tingkatkan kualiti diri..takkan lah kita nak berada di tampuk yang sama sampai bila2 kan??so..cerita yang berkonflik turun naik lebih menarik untuk dijadikan topik perbualan ketika hari raya ni..betul x??

dalam kita beraya..senang sangat terbabas..bukan sekadar ops sikap yang meruncing..iman pun boleh terbabas sama..ye lah..time2 ni lah best bergosip..takut juga terlepas cerita yang x betul..fitnah ..dan mengumpat..nauzubillah..

nilai per"kembang"an diri.
haha.part ni pun best juga. nak tahu diri makin ber"kembang" or tak..tengok lah baju raya tahun ni dan bandingkan dengan tahun lepas..hehe..riak wajah kecewa akan jelas kelihatan bila melihat saiz pinggang yang bertambah..baju yang semakin me'luas'..saiz baju yang berbeza berbanding sebelumnya..dll..
tapi x perlu risau..raya2 kena happy!! hehe(pujuk diri sendiri)

ok lah..bebelan panjang.gambar raya?next post lah insyaAllah..
selamat hari raya..maaf zahir batin..eratkan ukhuwwah sesama kita..eratkan tali persaudaraan..elakkan permusuhan..

sekian.

Friday, August 12, 2011

Ramadhan :)

assalamualaikum.

keifkum??
menggerakkan jari jemari menaip papan kekunci memang impian yang dah lama terlintas di fikiran..tapi..summer semester yang laju menyebabkan jari ini terasa berat untuk menaip..banyak perkara yang terpaksa ditangguh, tertangguh..dan semestinya ada yang sengaja menangguh..hish..alasan!!

Ramadhan Kareem!!

ucapan ni lebih mesra telinga "selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak"..tak kisah lah apa jua ucapan untuk menyambut bulan mulia ni..(dah nak dekat setengah bulan dah pun)..apa yang paling utama..apa "positive values" yang kita dapat from Ramadhan..Ramadhan bukan sekadar bulan yang kita diwajibkan berpuasa..tapi..lagi BEST kalau bulan ni dijadikan button refresh semangat untuk upgrade ibadah kita kepada Yang Maha Kuasa..

pengalaman pertama ber'Ramadhan' di Jordan..

nak kata ni pengalaman berpuasa pertama kat Jordan??emm..tak juga..sebab pernah je berpuasa kat Jordan sebelum Ramadhan menjelma..tapi. apa bezanya bulan Ramadhan??
the best part..insyaAllah anda akan terasa tenang sepanjang sebulan..sebab??hidung anda tidak perlu menghirup asap-asap rokok di siang hari(balik terawih terjumpa gak perokok tegar!!)feeling Ramadhan yang "panas" pun dapat dirasai dengan jayanya..kalau part mengeluh panas tuh..memang tak terkira lah berapa kali mulut ni lafazkan..astagfirullah..
bila dah bebel-bebel panjang..baru lah tersedar..

"Rasulullah dan para sahabat berperang ketika Ramadhan!!"

erkk??kita ni yang kena study biochemistry time Ramadhan ni pun dah rasa lemah sistem saraf..kepala berat..rasa nak demam..etc..
maka.. "tak payah lah bajet kau tu susah sangat!!"(ye aisyah!!)

Ramadhan juga medan latihan terbaik untuk kita latih diri kita memberi..bukan sekadar menjadi penerima..setiap saat dalam hidup ni..kita menjadi penerima..penerima nikmat Allah..tapi..bergantung kepada diri kita balik..untuk berkongsi..menyumbang..atau sekadar buat tak tahu malu menerima nikmat Allah tanpa 'syukur'..

so..jom sama-sama berlumba dalam membuat kebaikan..
nak bersedekah??nak tahu pasal zakat fitrah??

jom usha blog ni jap!

belajar untuk kenal cinta Pencipta.. :)

Thursday, July 14, 2011

satu minggu lebih

assalamualaikum.

pergi kelas. balik kelas. tidor. bangun..
rutin sem ni lebih tipikal setiap hari..

road to baqaah. pindah rumah. meeting..

adeh. study x pun.

oke.
x tau nak cerita apa pun.
doakan exam next week berjalan lancar..

Monday, July 4, 2011

otw to jordan.

assalamualaikum.
cuti dah tamat. kelas memanggil-manggil penghuni 20102050167. sekarang tengah online kat muscat,oman..alhamdulillah perjalanan malaysia-oman berjalan lancar.
syukur alhamdulillah..x lupa terima kasih kepada family yang sanggup bangun awal-awal pagi nak gi hantar kat airport..

oke. mula merindui bau rumah..masakan mak. tidur dalam kereta abah..makan bertambah. nasi kerabu..nasi dagang. roti canai. nasi lemak..bla..bla..bla..
and the most precious moments dengan family tercinta sepanjang cuti ni..

esok sudah kena masuk kelas.
doakan semester ni sy berjaya dengan jayanya..
insyaAllah.

notakaki: thanx kepada cik eida dan cik faizah atas hadiah kalian..(dapat atas flight tu..)


Thursday, June 30, 2011

19

assalamualaikum.

30 jun??
alhamdulillah aisyah dah genap berumur 19 tahun.
terima kasih kepada sesiapa yang mengingatkan sy tentang tarikh sy semakin tua.
hayat semakin..........

dah 19 or baru 19??
emm..

kepada kawan2 yang tak wish..memang makan dalam arr..mentang2 x letak kat fb..boleh korg lupe ek??sampai hati.. -_-
hee..main2 je..saja x nak letak birthday kat fb..baru boleh tau spe yang ingat kat kita kan??hee..(padan muka ko aisyah..xde spe ingat kat ko!!)

yang penting..aisyah gembira hari ni..mendapat ciuman dan pelukan daripada keluarga tercinta..pergi pasar malam yang best..makan tau fu fa yang sedap..drive dengan cool..tengok movie dengan senang hati even kat umah je..bergembira bersama family tercinta..

hari ni berlalu seperti biasa.cuma tarikh dan hari berbeza..19 tahun lalu..tarikh yang sama..hari yang berbeza..jam 2.15 petang. lahirlah nuraisyah ke dunia...

notakaki: hari ni dapat merasa tarikh 30 jun di rumah selepas 6 tahun..alhamdulillah :)

Saturday, June 25, 2011

cinta novel. wujud ke??

assalamualaikum..alhamdulillah syukur..
berkarat rasanya otak ini.adush..mungkin agak lama tidak diasah otak ini dengan berfikir secara kreatif dan kritis.
laily yang suruh sy update blog..haha..kantoi dia peminat setia kan??


oke laily..
baca elok-elok post ni..
kepada pembaca selain laily..jemput lah baca gak..sebab ni bukannya untuk minah tu sorg..hehe..


berbalik kepada topik kali ni. korg mesti pernah tertengok..or menonton salah satu daripada cerita ni... "ayat-ayat cinta","ketika cinta bertasbih","lagenda budak setan"??
emm..kalau ada yang geleng kepala tu..xpe..anda tidak akan didenda pun sebab tak menyaksikan cerita-cerita tersebut..hee..tapi anda mungkin pernah dengar desas desus angin-angin cerita tu kan??


cinta novel??wujud ke??


woo..bab-bab cinta ni..macam nak bergosip lak..hehe..tidak-tidak..
saya bukannya peminat novel pun..rasanya kurang daripada 5 "novel cinta" saya baca sampai habis..banyak gak terkandas tidak berkesudahan..sekarang semakin banyak filem atau drama adaptasi novel..
jujur.terlibat gak dengan musim nora elena..nasib baik lah time balik malaysia..nora elena dah hujung-hujung..kalau tak, mungkin menjadi ahli tegar peminat nora elena..


soalannya..kenapa cinta novel ni ramai yang minat ek??sebab cover novel yang cute??tajuk novel yang cool??nama watak yang stylo??jalan cerita cinta yang penuh liku-liku??atau mungkin tahap cinta novel yang penuh kesetiaan dan kesungguhan??fuhh..


tak salah menjadi peminat novel.banyak faedahnya kalau betul pada tempatnya..hehe. bagus apa sebab rajin membaca..jangan jadi macam aisyah ni..
tapi ingatan untuk diri sendiri dan kalian semua..jangan terlalu terpengaruh dengan cerita cinta novel.jangan lah sampai membandingkan pasangan hidup kita dengan watak novel..huhu.tidak perlu mengejar cerita cinta novel..jalan cerita cinta kita berbeza..


yang paling penting..kita kena sedar.cinta paling agung yang perlu dicari ialah cinta Illahi..layakkah mencintai ciptaan Maha Pengasih seandainya cinta kepadaNya belum sempurna??ingatan untuk diri sendiri dan semua...Allah dah beri peringatan, cintailah Allah dan RasulNya sebelum mencintai orang lain..percaya lah bila cinta kita kepada Allah dan Rasul dah mantap..semua lebih mudah..


oke. tamat sudah bebelan kali ni..
maaf kepada peminat novel..peace!!
apa-apa pun. dalam kehidupan kita..yang baik jadikan teladan..yang kurang baik..jadikan sempadan.
belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain..


notakaki: nama kanak-kanak sekarang..semakin dipengaruhi 'nama novel'..betul x??













Friday, June 17, 2011

hutan dan air hujan part 2

assalamualaikum.
alhamdulillah dipinjamkan masa sekejap menghadap blog ni.
oke tuan-tuan dan puan-puan. maaf kerana lewat menyambung cerita from last post.
bukannya sebab internet lembap. bukan juga kerana busy sebab exam..lagi lah jauh sekali kerana masalah rumahtangga..
semuanya berpunca daripada perasaan m____

xpe lah. mari kita kembali kepada cerita post lepas ye..
oke. keesokan harinya selepas tiba di Malaysia yang indah ni.. my family memang dah plan siap-siap ktorg nye 'cuti-cuti Malaysia'..seriously, siapa yang x penat weh..dah lah angkut beg 30.0 kg..perbezaan waktu Malaysia-Jordan yang pastinya boleh buat otak sedikit pening2..em. tapi x tipu lah perasaan memang super excited untuk pergi bercuti..duk hotel..rasa air-cond..swimming pool..makanan hotel..hehe..boleh wat senyuman sampai ke telinga kot..

first destination: gambang, pahang.
hee..first time pergi. err..aisyah menjadi sangat teruja melihat flora yang menghijau sepanjang jalan. the most important part otw ke gambang ialah..
"macam pernah bace je ayat tuh kat blog aisyah"
"err..abah bace blog aisyah ke??"

-_- kantoi!!

gambang best ke??overall, menarik lah..tapi honestly. x minat sgt waterpark tu. huu.. jujur betul!sorry2 ni bukan blog untuk mengkritik..hee..peace!nak merasa check in or check out hotel ala-ala kaunter kat bank??korang leh try kat gambang! sy x minat pun part tuh..penat weh tunggu num just for check in..dehh..

second destination: taman negara, pahang.
best!!ni bukan first experience masuk perkampungan orang asli.sebelum tu pernah pergi kat perak..hurm. klu x silap yang kat taman negara tu kaum batek. hee. best sangat2! dapat try menyumpit, minum air direct from akar..naik canopy..hee. hutan memang seronok. bercuti bersama keluarga memang best!

apa kesimpulan yang anda dapat bila bercuti ni??
first. kita dapat belajar macam2 perangai manusia. Allah ciptakan kita pelbagai kaum, bangsa, fahaman, pemikiran, saiz badan, warna kulit...oke. dari situ kita boleh tengok mana yang baik. buruk. perlu diikut. or perlu dijauhi..

second. kita perlu menghargai segala nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. and yes. salah satunya..our family!

third. menghargai alam sekitar..huh.. kehijauan memang mendamaikan..jagalah alam sekitar anda!

fourth. budi bahasa amalan mulia. sejuk hati bila mendangar orang cakap 'terima kasih' kan??and yes. tu lah perkara yang sy paling suka tentang malaysian.. sentiasa senyum dan 'terima kasih'..(senyum untuk ngorat tidak diterima ye bang..sorry!!)

baiklah. sekian saja bebelan untuk hari ni.
selamat hari lahir untuk abah hari ni..
selamat hari lahir untuk atok esok!!
selamat hari bapa untuk semua bapa2 di Malaysia..hee..

abah lelaki idaman sy..haha..peace abah!love you ^^,







Monday, June 13, 2011

hutan dan air hujan part 1

assalamualaikum..

tajuk post macam dah jadi duta hari hutan antarabangsa pula..hee..

khabar apakah kalian??


"kenapa adik belajar jauh-jauh sampai Jordan? kat Malaysia kan kalau study lagi bagus..peralatan doktor ke doktor gigi semua baru-baru..bla..bla..bla.."-pak cik x, Muscat, Oman, 5 jun 2011.


"so aisyah..mana lagi best?? Malaysia or Jordan??"-abah, highway PLUS, 6 jun 2011.


baiklah adik-adik. mari kita masuk sesi bercerita...

tajuk cerita sy pada hari ni ialah...kisah aisyah balik kampung..

seperti yang sudah diketahui, tanggal 6 jun 2011 yang lalu merupakan tarikh agak penting kerana hari tersebut merupakan tarikh di mana sy pertama kali pulang ke tanah air selepas beberapa bulan ( x sampai setahun pun lagi) terbang ke luar negara..


perasaan: excited, terkejut, happy, cuak, blur, mamai..etc..
kecelaruan emosi?? memang!!

puan pemeriksa passport kat klia menggores hati sy. orang punya lah excited balik Malaysia.sy bagi salam..akak x balas pun. senyum pun tidak..sadis~


tapi itu tidak mematahkan semangat sy untuk mencari keindahan negara yang sy sayang ni..

keesokan harinya..

tanpa menghiraukan jet lag...

pengembaraan diteruskan.....




maaf ye.

post terpaksa bersambung..............








Thursday, June 2, 2011

encik..jangan merajuk!

assalamualaikum.

haish..

memulakan post dengan nada yang amat sedih.terkilan.kecewa..
x patut betul kan???aisyah2..

pagi ceria di irbid yang semakin disinari mentari pagi, sepatutnya disambut gembira..senyuman paras telinga..

emm.apakan daya..pagi tadi dikejutkan subuh tanpa lagu buzzer beat(alarm)..xde gaya meng'snooze' berpuluh kali..bangun tanpa melihat jam di phone..huhu.bangun pagi dengan penuh harapan dia akan bercahaya kembali...tapi harapan tinggal harapan..ini semua gara-gara handphone merajuk!!-_-

even handphone xde lah gempak mana. tapi tu je lah handphone yang ada.waaaa..banyak kenangan kot ngan en.x3 ni..mungkin dia dh merajuk.or mungkin juga dia dah jatuh hati pada jordan sampai x nak ikut sy balik malaysia..amboi..mentang-mentang lah kat sini ramai minah arab pakai cik x3 gak..en.x3 sy suka la tuh!

x tau lah kenapa nak rasa down benor. normal lah tu kan handphone rosak. beli je lah baru..orang lain ada je yang tukar handphone macam tukar baju..so membeli handphone baru bukan nya problem besar sgt!!apa ni aisyah??x kan nak emo sebab benda sebesar tapak tangan je??

adeh.konflik tul..

ayuh think positive..

bila handphone rosak..

1)kerja tak datang.
2)x yah topup..
3)x rasa bersalah sangat kalau x reply msg or jawab phone orang.
4)x mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali
5)x tengok video ost nur kasih kat phone before tido..err..
6)x perlu risau letak phone kat mana..
7)dapat pinjam handphone kawan..at least ada lah sebab nak merasa handphone mahal jap.
8)menjimatkan eletrik nak charge handphone.
9)mengurangkan kepeningan akibat penggunaan handphone.

10) dapat beli handphone baru!!!..(kalau beli sebab handphone rosak..boleh lah dapat simpati abah sikit..hehe :p )

haa..kan dah cakap..pe yang emo sangat handphone rosak??!!

mungkin perkara yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita..perkara yang kita x senang, itu yang terbaik untuk kita..Allah Maha Mengetahui..(surah Al-Baqarah 2:216)

maka, bersabar dalam setiap ujian dan sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya..

dengar tu aisyah! banyak lagi nikmat Allah bagi..setakat satu benda je Allah tarik..x kan x mampu bersabar sikit kot?betul x??

notakaki: mengira hari untuk menjejakkan kaki ke Malaysia..owh ye..(mungkin beli handphone baru juga!)

Wednesday, June 1, 2011

buta hati?

assalamualaikum...

alhamdulillah semalam dah tamat final exam untuk second semester..dah lama rasanya x melawat encik blogger ni..firstly, sebab masalah yang diketahui umum..internet SLOW.plus, musim exam yang menghadkan masa sy untuk menghadap laptop menanti keluarnya page blog sendiri..huu.

melihat page viewer yang bertambah (even x byk pun)..buat diri ni rasa bersalah.."kesian kat diorg..bukan nye update pun blog ni..bla.bla.bla.."

oke.mari kita tidak membuang masa..

semalam last paper..subjek individual n society (jgn tanya apa kaitannya ngan dentistry ye!!).disebabkan semangat berkobar-kobar nak shopping kat amman after exam, makanya..menjawab dengan penuh semangat dan sangat laju..exam tu 2 jam. tapi x sampai 15 minit dah siap..but,after half an hour baru boleh keluar..

perjalanan ke amman from irbid, dalam sejam lebih lah..huu..jauh betul semata-mata nak shopping..adeh..sakit tulang belulang naik bas untuk shopping je..

tapi!!

di sebalik kesakitan pinggang..leher(sebab tidur ganas sgt)..huhu..
masa yang dihabiskan dalam bas tu..buat sy terfikir jap..

"kenapa aku sampai kat Jordan ni eh??ada apa kat Jordan??dah la musim sejuk sekejap je,hujan jarang2..padang pasir je sepanjang jalan..xde pokok cam kat highway plus..sampah bersepah-sepah..selalu kena ejek.dipandang cam alien baru datang bumi..kena cakap arab..selalu kena tipu harga..panas terik buat mata berbinar-binar..bangunan dah lah xde warna..bosan!x menarik!etc..etc..etc.."

then.tiba2 teringat satu ayat Allah..(tau time sharing kat Egypt)..

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi , sehingga hati (akal) dapat memahami,telinga mereka dapat mendengar?sebenarnya bukan mata itu yg buta,tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."(Surah al-Hajj,22:46)

ahah..terasa..ouch!!

Allah ciptakan segalanya dengan penuh hikmah dan pengajaran. sedangkan sekecil-kecil nyamuk pun Allah ceritakan dalam Al-Quran..so..

sy dah faham. melihat nikmat Allah,jangan dipandang kosong..mesti ada perkara yang sangat menarik dan sangat best..

nak ke kita jadi orang yang dikatakan "buta" tu??
woo..x mau..x mau..(geleng-geleng kepala)..




Tuesday, May 17, 2011

buat sampai habis.

Alhamdulillah diberi kesempatan menulis lagi..


Angin yang bertiup hari ini bukan sepoi-sepoi bahasa.angin menghempas keras..huh..bangun tidur tadi jadi blur kejap.. “lame sgt ke tidur??, sampai dah senja..”check jam baru kul 4 petang..check jam kat phone pun sama..jam loceng pun sama..argh..mamai..


Oke.abaikan situasi ribut pasir di irbid seketika...


Buat kerja biar sampai habis..hurm.saja je nak berkongsi cerita memandangkan musim imtihan,peperiksaan final ni.


Meh mengimbau masa lalu jap..waktu sy darjah 6, YDP PIBG sekolah datang bagi motivasi kat ktorg. Ayat yang beliau suruh ktorg fikir.. “bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”..ayat cam simple je..pastu beliau minta sorg wakil bagi tau apa yang faham daripada ayat tuh..


Still ingat lagi jawapan sy time tu.. “bukan senang nak dapat 5A dan bukan susah nak dapat 5D”..haha.bila ingat balik..kenapa lah boleh timbul jawapan cam tu??adush..x matang langsung jawapan..hee..(baru 12 tahun oke!!)


Then, ada sorg lagi kawan jawab... “bukan senang nak susah, bukan susah nak senang”..emm..bunyi cam hebat,kan??..seriously, saat tu memang susah yang teramat sangat nak digest ayat ni..


Apa yang sy faham..jadi susah atau senang..semua bergantung pada diri sendiri..memang tak dapat dinafikan segalanya dah ditentukan Allah..tapi kita masih dituntut supaya berusaha,kan??


Nak share satu cerita..


Kat sebuah kampung ni, ada seorg penduduk kampung terjumpa sebuah peta harta karun..kononnya, ada harta yang ditanam kat kampung tuh..makanya, ramai lah penduduk kampung yang bersungguh-sungguh menggali spot yang dah ditarget tu..


Gali punya gali..gali lagi...lagi gali..still x jumpa gak harta yang digosipkan tu..


Punya lah lama menggali..tapi hasilnya masih hampa..seorang demi seorang surrender..at last, semua tarik diri..


Nak dijadikan cerita..x lama kemudian datanglah seorang pemuda kat kampung tu..setelah mendengar gosip yang kecoh kat kampung tu..dia pun meneruskan penggalian penduduk kampung yang diorg tinggalkan..x sampai 2 minit.. “trang..”(x tau bunyi cmne sebenarnya)..cangkul pemuda tu terkena satu objek besi..rupa-rupanya objek tu adalah peti besi yang menyimpan harta yang dicari penduduk kampung tu..dipendekkan cerita..harta tu jadi lah milik pemuda tu and penduduk kampung yang dah berhempas pulas menggali tadi pun frust x terkata...


Apa kesimpulannya??


kita kena lah bersabar dalam setiap usaha kita.jangan wat kerja separuh jalan..(ingat tu aisyah!!)jangan cepat berputus asa..usaha biar sungguh-sungguh..


ayuh kita kaitkan semua pengajaran dan nilai2 murni hari ni..


dalam menjalani kehidupan ni, segala keputusan dan usaha adalah pilihan kita..berjaya atau tidak itu adalah bonus untuk setiap usaha kita..kita kenalah berusaha sampai habis..jangan biarkan usaha kita jadi sia2..


buat kawan2 Dent10, kwn2 medic, para senior..selamat menjalani peperiksaan..semoga peperiksaan menjadikan kita semua hamba Allah yang lebih dekat denganNya..


notakaki: kalau nak buang sampah..dah nampak tong sampah, jangan lah pula segan silu buang sampah ke dlm tong sampah..bukan di tepi atau berhampiran tong tersebut..sikit je lagi nak angkat tangan tu..apa lah salahnye usaha sikit kan??


Monday, May 16, 2011

kita semua penting



Alhamdulillah Allah masih pinjamkan kita masa, nyawa, dan segala nikmatNya..alhamdulillah..


Terasa diri tak penting??lonely??


(hiasan semata-mata)


Kadang-kadang bila muhasabah diri, mesti rasa diri ni tak buat apa-apa kebaikan pada orang lain..terasa macam jadi orang yang tak memberi manfaat..hidup rasa tanpa tujuan..pernah tak rasa macam tu???or sy je yang rasa??


Mungkin ada yang mengalami perasaan yang sama..(please lah ada..)


“Kita tak perlu jadi orang yang hebat untuk lakukan perkara yang hebat”..


betul ke tak ek??contohnya, kita tak perlu jadi genius macam Albert Einstein untuk score subjek chemistry..kita tak perlu jadi jutawan dulu untuk bantu orang yang susah..kita tak perlu jadi Professor sebelum tolong ajar kawan kita add math..kita tak perlu dapatkan gelaran ustaz or ustazah dulu sebelum memberi nasihat..lastly..kita tak perlu pun MBBS untuk tolong balutkan luka jari kawan kita kan??


Yang penting kita perlu ‘knowledge with action’ and ‘action with knowledge’..tindakan kita tak boleh lah gak nak melulu je..problem sekarang, mostly kita ni..orang yang ada ‘knowledge without action’ or ‘action without knowledge’..(pesanan untuk diri sendiri gak)


“Korg hebat..ada banyak kelebihan..boleh wat banyak benda..aku ni??”


Sounds familiar??..honestly..ini ayat biasa sy..berada dalam kalangan orang-orang hebat, kadang-kadang tak terlepas diri ni merasa rendah diri yang amat sangat..oh ye.memang merendah diri tu bagus..tambahan pula, dapat elak dari perasaan bangga diri, riak, dan sebagainya..tapi..merendah diri sangat sampai hilang keyakinan pada diri sendiri tak boleh gak..kita semua ada kelebihan masing-masing..serious!!


Rasanya normal je dalam trek kehidupan kita, ada dugaan dan ujian..baru lah tambah rencah kehidupan sikit..kalau waktu zaman kanak-kanak dulu, selalu dapat nombor satu dalam kelas, jadi pelajar terbaik setiap subjek, pengawas sekolah, atlet terbaik, pemungut hadiah terbanyak setiap kali hari anugerah cemerlang dan lain-lain..janganlah pula down bila sekarang dah tak jadi scorer macam dulu..persaingan makin sengit sekarang.daripada kita down..lebih baiklah kita terus berusaha..’kejayaan tidak datang bergolek’..yeah!!


“aku ni bukannya penting pun..korg orang hebat..orang penting persatuan..ada jawatan..ada tanggungjawab”


Siapa kata kita tak ada tanggungjawab??


Allah dah memang tetapkan kita semua memegang tanggungjawab sebagai khalifah(2:30)..plus..kita ada tanggungjawab untuk beribadah kepadaNya..so, siapa kata kita tak penting???


sy, anda, dia, mereka..masing-masing ada tanggungjawab..




Saturday, May 14, 2011

benci bila marah.

Assalamualaikum..


Problem ngan member??kawan rapat??kawan x berapa rapat??ngan classmate??kawan “kejar-kejar”??or mungkin orang tu belum jadi member..tapi dah de problem ngan dia??


Kalau anda seorang yang bermulut lepas. mungkin rasa marah, geram, benci, meluat dan etc anda lebih mudah dilafazkan..tapi macam mana pula kalau anda jenis yang pendam dalam??..mungkin anda dah sebati dengan istilah “makan dalam”..emm..tapi sampai bila nak ‘touching’ sorang2 kan??


Pernah x rasa geram sangat..sampai rasa nak baling je barang-barang??rasa nak naik roller coaster kat Cosmos World kat Times Square tu tiga kali berturut-turut??rasa nak jerit sekuat hati??kadang-kadang..marah sangat sampai rasa nak makan tanpa henti.tidur x nak bangun dah..haha..yang lebih dasyat lagi..ada yang sampai berbunuh sebab rasa marah or kes tak puas hati ni..na’uzubillah..macam-macam lagi lah cara nak lepas geram mengikut citarasa masing-masing..


TUNGGU SAT!!


Buat apa nak naikkan darah tinggi sendiri.kenapa nak menyakitkan hati sendiri??


Hee..sebenarnya tengah memujuk hati ni.hurm..ada perkara yang perlu kita teliti sikit sebelum nak marah someone..


“SAYA, AWAK, KITA, DIA dan MEREKA = SAMA”


Aik??


Apa kaitan pulak ni??bukan ke “lain padang, lain belalang”.. “rambut sama hitam, hati lain-lain”??so, mana part yang samanya??


Meh kita tengok satu-satu.. “lain padang,lain belalang”..even spesis belalang yang berbeza pun, ciri belalang masih sama..makan rumput gak..mungkin physically yang berbeza, tapi semua belalang tu melompat cara yang sama kan??


“rambut sama hitam, hati lain-lain”..emm.tu kalau rambut dia warna hitam. Kalau memang rambut dia warna perang ke..coklat ke..warna warni ke..kalau dia memang tak ada rambut macam mana??so..kita memang tak sama lah!!


Eh??tapi kan kita sama-sama manusia...makanya, KITA masih SAMA!!


Buat apa nak cari perbezaan, sedangkan kita ada persamaan??kenapa nak berbalah kalau kita ada tujuan yang sama??


Sebelum virus marah anda pada orang lain merebak menjadi kebencian yang lebih kronik.. “prevention is the best solution”..amalkan petua ni..sebelum anda nak marah orang, fikir persamaan yang kita ada..for example..kita ada tangan.walaupun cap jari berbeza..jumlah jari kita sama..even warna kulit tangan kita berbeza..tapi tugas tangan kita sama..makan..menulis..taip blog..klik mouse..hee..walau saiz tapak tangan kita berbeza..cuba kita ingat balik..tangan kita dicipta oleh Pencipta yang sama...Subhanallah!!


Jangan biarkan hidup anda diselubungi kebencian. Sebarkan kasih sayang..


Kita kan bersaudara..wink2*


Kalau kita tak puas hati dengan apa yang someone buat..jangan benci insan tersebut.kalau tak setuju,kita hanya tak setuju dengan apa yang dia lakukan..bukannya pelaku..beza ke??memang berbeza! kalau ada pendapat yang berbeza..ada cara yang boleh kita nyatakan..budi bahasa kan budaya kita..so. x rugi pun kalau cakap elok-elok..nampak manis lagi you!!


...bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...


wallahua'lam.. :)

Tuesday, May 10, 2011

emak.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

emm. dah lama x dapat online. buka je facebook. profile picture kawan2 dah bertukar jadi gambar ibu, emak, mama, umi masing2. buka blog pula..memang mostly post pasal ibu. semangat keibuan tiba2 menular. macam ni ke hari ibu??

"aisyah, dah call mak ke??dah wish mother's day??

"bila hari ibu? hari ni ke??"

"a'ah la.."

(dialog ni berlaku waktu 5.45 petang waktu jordan. 8 mei..)

tiba2 diri terasa bersalah. mesti mak tunggu aisyah call..aduh. nak call malaysia time tu dah lebih pukul 10 malam. mak mesti dah tidur. aduyai..esoknya call la mak pagi2 buta.

alhamdulillah lega rasa rindu pada mak. disebabkan ura2 takwim akan berubah..dan cuti bulan jun yang dipendekkan..bertambah lah rasa homesick.. waa.

"Dan rendahkanlah suaramu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil."(surah Al-Isra' 17:24)

semoga kasih sayang emak.. diberi ganjaran Allah.. :)


Wednesday, April 27, 2011

tanda tanya?

assalamualaikum.

ustaz ber'couple'??
mana boleh. nama pun ustaz!!

doktor merokok??
mana boleh. merokok bahaya untuk kesihatan!!



...::TAPI::...



ustaz merokok??


besa la tu..ustaz pun manusia gak..




doktor ber'couple'??


besa la tu..doktor pun nak ada 'life' gak..




BIASA tu maksudnya x salah ke??

bukan ke merokok tu membahayakan kesihatan dan boleh memudaratkan diri sendiri. kenapa kita x boleh cederakan badan kita??sebab memudaratkan diri kan??
tapi kenapa boleh plak merokok??
kenapa kita x boleh bunuh diri or orang lain??tapi kalau merokok tu kan macam bunuh diri dan orang sekeliling??
beza ke ek??

sama juga bab couple ni. kenapa ustaz je x boleh couple..doktor boleh??kan sama2 islam..

dia salah sebab status dia sebagai ustaz or doktor je ke??

notakaki: bukan nak salahkan ustaz or doktor..sekadar dijadikan contoh...

Monday, April 25, 2011

exam x pernah habis!

assalamualaikum.

syukur atas segala nikmatNya..

rasanya..blog ni ibarat hidup segan mati x mahu dah. haha. lama x update. adeh.. akhwat jpa first year kan memang terkenal dengan internet sakan(asrama) yang super lambat. so dah jadi lali dengan kelambatan internet. huu. ALHAMDULILLAH hari ni internet laju. makanya, peluang keemasan ini patut diambil segera untuk meng'update' blog..(sebelum internet jadi lembap balik). hee.

ok. post lepas kan sy ckp de sy de exam. alhamdulillah selesai sudah second exam untuk semester ni. lagi dua minggu start final exam...

"exam lagi??exam ape plak skrg??"..kata bonda..dialog mak yg selalu didengari..tapi xpe mak..aisyah tau..even aisyah x bg tau mak,aisyah tengah exam pun..mak selalu doakan aisyah kan??..huu.


em. cakap pasal exam. memang x pernah habis la..lagi2 lah sebagai mahasiswa.eh. mahasiswi juga..eh..pelajar sekolah menengah gak..sekolah rendah sekali. erti kata lain.. exam dan pelajar ibarat lagu dan irama..hahaha..x tau lah boleh ke x guna term ni..ok je la kot ek.


sedar x sedar. kita selalu pikir pasal exam yang time kat sekolah or universiti. secara skema nya...kita selalu fikir pasal peperiksaan.. bulanan lah..pertengahan tahun, akhir tahun, UPSR, PSRA, PMR, SPM, STPM..exam oriented lah katakan~tapi kan.."exam oriented" tu still x dapat men'cuak'kan kita dengan exam sebenar.


exam sebenar?


em. pernah satu masa dulu seorang lecturer cakap kat kelas.."kamu ni takut sgt nak exam. tapi sekarang kan kamu tgh exam yang lagi besar.."(lebih kurang la kot ayat beliau)


sepanjang kita hidup. tu lah "exam time" yang paling lama and paling penting. result bukan sekadar dapat straight A, anugerah dekan ke ape..tapi result tu sama ada syurga atau neraka.markah kita dikumpul sejak kita kecil sampai lah mati. each person plak tu ada pengawas peperiksaan. pengawas peperiksaan ni memang detail habis ar..setiap amalan kita direkodkan dengan teliti..erk??cuak kan!!result amalan kita pun akan dinilai dengan adil. xde lah boleh ubah2 gred before kuar result..(oopss)


waktu nak tunggu result tu. bukannya kuar list nama or student id semua. kita dinilai seorang demi seorang. apa perasaan kena interview sorang2??emm..mestilah takut kan? lagi2 kalau x cukup preparation. contohnya, kalau nak gi interview scholar. before tu, mestilah kita dah ready dengan isu semasa, pakaian kena smart, test cakap kat depan cermin(x buat pon), cara jalan..etc.time tu,kita boleh lagi nak 'gebang' jawapan..


tapi bila mulut dah x berhak bersuara??kesimpulannya, gunakan lah masa hidup sebaiknya sebagai 'ladang akhirat'..insyaAllah andai baik kita di dunia..hasilnya juga baik di akhirat..


pesanan untuk diri sendiri..banyak ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita. bukan untuk meruntuhkan semangat hambaNya. jauh sekali menyatakan kebencian..banyak hikmah dan ganjaran Allah berikan kepada orang-orang yang bersabar dan berjaya menangani ujian Allah.


" Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan(yang baik)" (Surah Ar-Ra'd 13:22)


mahal kan harga kesabaran??



gambar sempena birthday eida plus stress study physics..tahniah kepada printer hp deskjet 2050 kerana telah berjaya detect tangan kami..hee.. :)

Monday, April 4, 2011

^-^

assalamualaikum.


karisma dah selesai.

exam pula menanti.....


ayuh study!!

Monday, March 21, 2011

titik noktah.

"whatever i do.. i always forget to forget you..."
copy paste from shirt kawan. tapi don't worry.. xde special person pun.
hurm. dua hari lepas berkesempatan outing ke pantai Aqabah bersama-sama ahli BKASJ (badan kebajikan anak negeri selangor). owh ye..sy memang anak kelahiran wilayah persekutuan kuala lumpur. tapi di sini anak2 KL xde badan kebajikan. makanya..kami menumpang di bawah naugan anak selangor.

bermain pantai?

seronok. tapi keterujaan x malampau sangat. mungkin baru je melawat mesir. pantai Alex jauh lebih cantik. walaupun time tu kecantikan tu dihantui rusuhan.. hee.

kat tepi pantai..ada akak tu share cerita pasal perkahwinan dia dan etc..haish..
seriously..sangat jealous kot.

okok.

x mau cerita lebih. aim sekarang study!.

sorry ye. sy dah lupakan dia.
noktah.

pergi.

assalamualaikum.

pertama dan selamanya..alhamdulillah.

semalam mendapat berita tentang pemergian salah seorang daripada pensyarah kat intec dulu. sangat sedih sebenarnya bila dapat tau lecturer paling best tu dah tiada. betul lah.. Allah lebih sayangkan beliau.. entah lah. jujurnya. memang sedih. rindu dan segala macam perasaan.. tapi. disebalik pemergian beliau. sy sedar beberapa perkara. beliau pergi meninggalkan banyak kenangan yang pastinya sangat manis.. kelas bio yang sangat susah nak tgk student tdo dalam kelas.. bila teringat ayat2 beliau. senyum terukir.. bila terkenang lawak2 beliau.. terasa nak gelak sorg2. bila teringat lukisan2 beliau.. hurm.. merepek tetapi masih terpahat dalam ingatan..
cukuplah terbayang lukisan "tengkorak" beliau...

"lecturer terhebat.."

semoga segala ilmu yang beliau curahkan..
Allah balas dengan pahala yang tidak terhenti..selagi ilmu itu mengalir..dan menjadi manfaat kepada semua......

dunia adalah sementara.

notakaki: semoga kehidupan kita semua sentiasa dan diakhiri dalam keredaan Allah..insyaAllah.

wallahua'lam

Friday, March 18, 2011

society.

assalamualaikum.

alhamdulillah. masih dikurniakan nikmat dan kemanisan islam dan iman..
cuaca sejuk semakin menghilangkan bisanya.. sekarang matahari terik memancar.. angin kuat masih menunjukkan lagak. rumput hijau semakin menutupi lantai bumi.. oh ya. dihiasi dengan bunga2 kecil pelbagai warna. sangat cantik.. subhanallah!

ayat sastera..hehe..dah2. x pandai nak wat ayat2 cengini..

sekadar perkongsian biasa. weekend ni terasa sedikit tenang memandangkan exam week dah habis. minggu ni mengalami konflik diri.. mencari identiti mungkin..

ni semua gara-gara belajar subjek "individual and society". menarik gak subjek ni. senang cerita. ktorg belajar pasal sociology. macam mana masyarakat boleh mempengaruhi peribadi seseorang.. peranan masyarakat.. nilai dan norma masyarakat. dan lain2.. subjek ni mostly menjadikan united state sebagai penanda aras kemajuan masyarakat. owh ye.. anda tidak perlu menyokong seratus peratus apa yang anda belajar..dan apa yang lecturer cakap..sebabnya. subjek ni lebih kepada pendapat dan stand seseorang mengenai masyarakat.. dan pastinya. masyarakat di negara kita tak sama dengan negara lain. jangan jadi etnocentrist..

dalam kelas, lecturer selalu memuji malaysian.. negara Malaysia yang hebat dari segala aspek. banyak pujian sehingga kadang kala diri ni sendiri terasa malu.. kenapa nak malu plak kn??orang puji tu..kena lah bangga sikit..haish. bukan nya apa. memang diakui Malaysia negara yang amat BEST. kemajuan dan kedamaian yang mahal nilainya. dan pastinya. bila berada di negara orang.. kita lebih menghargai tanah air tercinta..

"hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik............"

tapi. masyarakat Malaysia masih mempunyai beberapa perkara yang perlu diperbaiki. bagaimana pemikiran masyarakat setanding dengan kemajuan yang dikecapi saban tahun?? banyak penyakit masyarakat yang kita nampak..cukup kondusif ke masyarakat sekarang untuk membentuk individu yang mantap??tapi..tindakan kita??kita merawat masyarakat secara luaran. tapi sebenarnya luka dalaman lebih parah..sy bukan doktor. bukan juga pelajar perubatan. x pandai nak guna istilah2 medic ni.. sy hanya sekadar pelajar pergigian yang masih merangkak mengenal dunia..

ini pendapat sy. semua masalah masyarakat sekarang boleh diatasi jika kita kembali kepada Islam sebenar. bukan sekadar Islam..tetapi islam.. Islam dan islam berbeza kan??? kata nama khas dan kata kerja. dua2 perlu bergerak seiring..kita tidak boleh menjadi Islam tanpa islam..dan sebaliknya..sebagai negara Islam, rasanya..wajar juga kita meng'islam'kannya...negara Islam bukan sekadar mempunyai sistem perbankan Islam..tetapi masyarakat islam.. masyarakat yang betul2 faham dan mengamalkan ajaran islam...

hee.. nada sedikit serius. adeh..terasa post kali ni panjang pulak. xpe lah..harap dapat lah amik sedikit pengajaran daripada apa yang sy bebelkan ni. sebenarnya perasaan nak balik rumah mendominasi waktu2 berangan minggu ni.. rindu nak melihat pokok2 hijau..masakan bonda..menghabiskan masa bersama keluarga..rumah tercinta..

tapi. risau jugak. macam mana nak berhadapan dengan masyarakat di negara sendiri..
di negara orang.. kita lebih mudah melihat baik buruk. hitam dan putih jelas!
tapi disebabkan negara sendiri dah sebati dalam diri. susah nak bezakan..semua nya nampak sama..semua nampak betul..untuk buat suatu perubahan. terasa janggal dan mungkin dipandang pelik..

"the road not taken...."

wallahua'lam.

Monday, March 14, 2011

abaikan~

assalamualaikum.

hee.
alhamdulillah baru lepas exam. paper terakhir untuk first exam semester ni. tiga daripada lima subjek sudah diketahui keputusan nye. result??alhamdulillah. itu je yang mampu terucap. hee. melihat result yang agak merisaukan.. huu.. sedih gak lah..tapi don't worry. harapan masih ada..yeah!!

banyak benda nak share sebenarnya. konflik dalaman..luaran..sisi..depan dan belakang. haa.. serba serbi lah nak konflik2 ni.. tapi masih mencari ruang dan peluang berkongsi.
internet kat rumah masih merangkak seperti kura2. kura2 tersebut lebih kerap menyorok dalam rumahnya..menyebabkan..

"no internet access"

tangan kanan mengalami beberapa kecederaan kecil..insyaAllah sembuh..and harap2 Allah sembuh kan cepat2..lagi beberapa minggu untuk menyiapkan diri nak main bowling and bola tampar..harapnya..semua ok..go IRBID!!

aisyah semakin sihat..dalam usaha mengaktifkan diri..kembali beraksi di gelanggang bola keranjang..yea2!

owh ye... post2 sebelum ni akibat perasaan celaru..
hee..
abaikan~