Tuesday, November 13, 2012

pemadam.

Assalamualaikum.
hoyeh!!
exam dah habis..(huk2.next:khamis depan.)
kita selalu dengar orang cakap..

"aku tak layak lah..aku tak baik macam kau.."
"alah..orang yang banyak dosa macam aku ni,mana boleh wat kerja2 baik macam tu.."


Islamic Center, Brussel, Belgium


*kesalahan-kesalahannya (sorry.ada salah eja kat atas)


see..
kan Allah dah bagi tahu. dengan lakukan kebaikan..Allah akan hapuskan kesalahan-kesalahan yang kita buat..(dosa-dosa kecil)
plus..bagi yang lebih baik siap..
sweet kan?

tapi..cuba tengok balik ayat tu..
"dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,..."
orang-orang yang beriman = mukmin.
pentingnya menjadi orang-orang yang beriman as requirement supaya amal kita diterima..
kalau buat kebaikan menggunung pun..bukan kerana Allah..rugi lah kan..

sebenarnya, kita biasa je guna formula ni.
nak padamkan api..guna air.
nak hilangkan pedas..makan gula.
nak turunkan berat..work out..(haha.tiba2!mood winter kan??)

so?

jom sama-sama tingkatkan keimanan plus tambah kebajikan.
hey kawan! siapa yang tak nak kesalahan dihapuskan, kan???
sedangkan dengan manusia..kalau kita tahu kita ada salah..berusaha sungguh2 nak minta dia maafkan.
inikan pula dengan Allah..

28 zulhijjah 1433H : sy dah 21 tahun. (woo..but, im prefer guna masihi.)
alhamdulillah. :)

Sunday, November 11, 2012

pelangi selepas hujan.

Assalamualaikum..

alhamdulillah. hujan hari ni. suasana 'winter' dah terasa.. warga irbid dah keluarkan jaket masing2..
baju-baju tebal yang tersimpan lama dah boleh disusun balik dalam almari..
deretan exam seperti biasa..memenuhi planner bulanan..yeah!

minggu exam.
diuji bukan sekadar 'exam online' jamiah (universiti)..tapi Allah hiasi dengan pelbagai ujian. luar. dalam.
yes. ujian mematangkan. ujian juga buat kita lebih dekat denganNya..
ujian dengan perasaan sendiri.ujian mujahadah diri.ujian dengan kawan2, situasi, rumah, lecturer, pak cik bas..amalgam(tiba2)..hehe..etc.etc.

sy bukan scorer. apatah lagi top student kat sini..
tu bukan ukuran pun..betul..for me, dapat markah yang tinggi tu hanya bonus dari Allah.
sebab sy sedar, usaha sy tak setanding dgn result yang sy dapat..huu.
markah exam antara perkara yang sgt privacy utk dikongsi..betul ke?
sy tak sorok pun markah sy..hee :) (tu kira abnormal eh??)

untuk exam prostho lepas..rasanya tu dapat markah the lowest so far.
exam online. keluar markah terus..emm..i got 13/25..err.
first tengok markah..terus bahagikan 25/2=12.5..alhamdulillah..lebih half. lulus. :D

ada orang yang tahu markah sy.

"sabar eh aisyah, jangan sedih2 tau.."
"aisyah, okeh tak ni?"

emm..sy bukan orang yang tak ada perasaan bila dapat tahu ada orang lain yang markah jauh lebih tinggi daripada kita..sy tahu je untuk sedih bila dapat markah rendah.
sy pernah je menangis sebab markah. tapi tu semua dulu..yup. suatu masa dulu.

sekarang. bila tahu ada orang yang dapat lebih tinggi daripada sy. sy seronok. betul. bangga dgn orang tu, ye lah ada gak budak melayu yang scorer.
sy tak menangis. tak sedih..bukan sebab tak ada perasaan. tapi takut..Allah tarik nikmat lain..
dari 25 soalan tu..sy salah 12. dan Allah bagi sy 13..sy takut kalau pandang sangat yang 12 tu..macam tak bersyukur dgn 13 yang sy dapat.sepanjang perjalanan balik dari exam time tu..penat kepala ni berfikir kenapa Allah uji sy?
apa yang Allah nak ajar sy?
and alhamdulillah..i found the answer..sy teringat ayat Allah..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat." (Surah Ibrahim 14:7)


sy yakin. Allah bukan saja2 hadiahkan sy markah tu..sepanjang berjalan kaki tu. memang sy saja guna jalan jauh nak balik rumah. memang saja cari peluang muhasabah diri..cari peluang mensyukuri segala kurniaanNya..

alhamdulillahi 3ala kulli hal..
hari ni doctor prostho tampal markah kat board..tengok markah exam.(even sebenarnya dah tahu)
sebab ada students yang markah tak keluar kat komputer after exam..
alhamdulillah..bila check balik nombor..tgk markah..rupanya doctor ada betulkan markah..
16/25
syukur. gembira. 

betullah..Allah akan tambah nikmatnya.

"(dental material): two different metals that bond together have to react in the same way at certain temperature..if not, either one will break.."


sama macam manusia. hati dan tindakan perlu selari.
kalau hati mensyukuri. jasad juga sama. :)
pesanan utk diri ni dan kawan2..bersangka baik dalam setiap ujian Allah. bersangka baiklah pada Allah..
Allah turunkan hujan. dan kemudian Dia hadiahkan juga pelangi....

Wednesday, October 17, 2012

laut.

Assalamualaikum.


Dead Sea, Jordan

huu. analogi hebat kan??
love notes from Allah..
ilmu dan nikmat Allah itu luas..
Allah Maha Besar!

hari ni 1 zulhijjah.
cepat masa berlalu..dah masuk bulan terakhir..
jom sama2 tambah amalan di awal zulhijjah ni.. :)
bulan pengorbanan. apa yg dah kita korbankan utk agama Allah??
blurp..

notakaki: happy birthday kak ana!the best sister and friend ever. love u.


Tuesday, October 16, 2012

rezeki.

Assalamualaikum..
keifkum??
hari ni hari selasa.makanya, terasa 'weekend' sebentar..hee.
itu pun sebab kelas ada satu je and start tengah hari..
semalam ada lab cons. (conservative dentistry)
huu..task semalam, kena tampal amalgam for class 1 lower and upper 6.
mencabar?
mestilah..sebab kena buat kat dalam phantom head..
terteleng-teleng kepala nak tgk gigi kecik tu..nasib bukan patient betul..
kalau tak. haish..tak nak bayang!

rasanya semalam okeh je buat..
tu tak kira pressure or stress lah..
maksudnya, tak lah buruk sgt tampalan tu..
time submit, berharap lah dpt markah menarik sket..sbb nak cover markah before..
tapi apakan daya,doctor and instructor lab ada ramai.masing2 evaluate dgn cara sendiri..
so, mmg susahlah nak harapkan markah tu consistant dari awal smpai habis..
memang masing2 rezeki tersendiri..


Amman,Jordan :19 Jan 2012

semalam ada ukhti bagi ayat ni..
sgt terkena dgn situasi semalam..
betul kan?
Allah lebih mengetahui tentang hambaNya.
lebih dari kita tahu tentang diri sendiri.

doalah yang terbaik. dan keep on berusaha.
Allah nilai usaha kita. bukan hasilnya...
Allah kan sangat sweet.. Dia Maha Tahu apa yang terbaik utk kita..

okeh. next week dah start exam. doakan :)


Wednesday, October 3, 2012

bas.

 Assalamualaikum.
semoga rahmat Allah sentiasa merahmati. reda Allah sentiasa dicari.
record terkini. 3 malam berturut2 ada meeting time weekdays.
ohh..sangat penat..

semoga kepenatan itu tak sia2. harapnya setiap masa. saat. detik.. dinilai Yang Kuasa untuk jadikan pemberat timbangan..dunia kan ladang akhirat??

Allah Maha Adil.
semalam baru tulis pasal kena naik teksi..mahal etc..
pergi jamiah semalam..Allah hadiahkan pengubat hati..alhamdulillah dapat naik bas free..
al-kisah pak cik2 pemandu bas buat mogok semalam. tak nak hantar kami gi jamiah..
makanya, bas universiti ambil kami kat mujamma' sheikh khalil (nama stesen bas paling glamer budak melayu)
aneh. pelik. tiba2. blur. dengan tindakan pak cik2 bas..tertekan dengan suasana. ye lah..bas banyak. tapi tak ada yang nak gerak..
tak ke perang psikologi tu??
khabarnya, tambang bas dinaikkan 0.05 JD..owh..ni bukan kes RM 0.05 ye..
lebih kurang 20 sen gak lah one way dinaikkan..hurmm..
mungkin kalau kat malaysia..mahasiswa memberontak pulak..opss..

semalam dah tempah nametag baru.
yg sekarang punya salah eja nama..dan nama abah tak cukup..
rela keluarkan 6 JD agar nametag lebih baik. yelah..nama abah kan penting..baru semangat!

owh. encik pembuat nametag tu panggil sy DR.NUR..
senyum tiba2.
then, terdiam..semoga Allah mudahkan..insyaAllah.



special tray and block base

class 1 cavity, buccal pit


Tuesday, October 2, 2012

lab.

assalamualaikum.

dua hari yang hectic.huh.
kerja2 lab mmg menguji minda. emosi. fizikal.
ada sampai pitam dlm lab..(nmpk x kedasyatan penangan lab??)
owh. mungkin sangat hiperbola. sebenarnya..tak lah dasyat sangat..segan je ngan senior2 klinikal.opss.
pesanan ringkas: sila breakfast dulu kalau ada lab.

lab 3 jam. kelas 2 jam. lab 3 jam balik. xde gap. gap pun cukup untuk jalan ke kelas seterusnya.
kena pakai sport shoes rasanya. kasut scholl pun tak mampu nak menampung kelajuan kaki berjalan..

alhamdulillah dah berjaya membuat custom tray and block base.
berjaya juga membuat cavity class 1 and buccal pit..
wahh..menggerudi tu pengalaman yg best..even sampai masuk mimpi bunyi bur (alat dentist yg mcm gerudi tu)drill oh drill.. :)

as mak said..
jangan jadikan masalah itu halangan..anggap tu ujian biasa utk jadi lebih baik.
yeah!

okeh. nak upload gmbr. tp masa tak mengizinkan..next time ye!

01/10/2012: my first time gi kelas naik teksi. 1.25 dinar/person..kalau naik bas 0.35 dinar je..pak cik bas..sila tambah bas anda. kesian kat kami..huhu

Tuesday, September 25, 2012

3rd year.

assalamualaikum.

"imaginasi terlalu tinggi..menyebabkan jatuh terhempas bila kembali ke realiti"

ye.ye.
tahu dah lebih sebulan mengabaikan blog ni.
cukuplah sekadar nak bagi tahu.
nuraisyah ini masih bernyawa. alhamdulillah..
masih menjadi pelajar. tahun 3 pergigian di universiti yang sama.

mohon doa agar urusan diri ni dipermudahkan Allah..
jordan. tempat diri ini fokus untuk memperbaiki diri..

Friday, July 27, 2012

dunia luas

assalamualaikum.

salam ramadhan al-mubarak.
malam ni..malam yang ke 8 ramadhan.
terasa sekejap. hampir 1/3 ramadhan.
banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum balik ke malaysia minggu depan.
banyak lagi tanggungjawab tak terlaksana.

alhamdulillah.
tinggal lagi satu paper berbaki.
subjek elektif. apa yang mencabar ialah semangat untuk study.

now. tengah membaca slide doctor sambil menonton movie. haha.
memang efektif sangat lah cik aisyah oii..
tengok cerita kitab cinta. drama tv malaysia.
agak mendalam gak lah maksud cerita ni.
baru tengok dua episod. err.. abaikan part ayat cintan cintun tu.

dialog cerita ni kalau betul difahami.
makan dalam kot.

"orang malaysia terlalu manja..sampai kalau nak parking kereta pun kena dalam bangunan..malas nak jalan jauh-jauh" (eh.tak sure exact ayat. faham macam ni je lah ye..hehe)

ntah kenapa. teringin tiba2 nak pergi Acheh.
dari kecik dulu, selalu minta kat mak nak pergi Indon.tapi, sampai sekarang tak tercapai lagi hasrat tu.

wish list negara yang nak pergi:
-mekah/madinah
-palestine
-acheh
-singapore
-australia
-paris
etc..etc..etc..

semoga Allah mudahkan urusan ke haramain tahun depan..
sangat2 nak pergi..
doakan doa ini dimakbulkan Maha Kuasa.

sekian. Ramadhan kareem!!

Sunday, July 1, 2012

30 jun.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
semalam. genap 20 tahun diri ni melihat dunia. melihat ciptaan Maha Pencipta.
syukur Dia masih beri peluang dan masa untuk diri ni tambah amalan..
memaafkan dan dimaafkan..

30 JUN 2012.

pertama kali dalam hidup, ada exam time birthday.
semalam exam immunology..
alhamdulillah semua berjalan lancar..
belajar betapa hebat dan detail nya ciptaan Allah.
terasa diri yang berskala besar ni jadi kerdil sangat2.

semalam hari yang panjang.
bukan sebab seronok diraikan..
tapi terasa nak gunakan masa sebaiknya.
supaya permulaan hidup 20-an ni digunakan sebaiknya.

umur hanya angka yang sentiasa bertambah saban masa.
apa yang membezakan manusia hanya takwa.
betullah. kalau umur bertambah tapi tak digunakan sebaiknya..
usia tu hanya sia2.umur tu jadi angka yang sia2.

tahun ni rasa istimewa.
meningkat usia di bumi Jordan.
diraikan kawan2, kakak2...
dapat dua kek (fuh..tak larat nak makan.)
teddy bear yang BESAR!
hadiah2 yang suwwweett..
ucapan dan pelukan kawan2..

semoga kalian sentiasa doakan diri ni. agar terus tetap dalam jagaan Allah. :)

notakaki: mak,abah, and family..aisyah rindu nak potong kek kat rumah..sebulan je lagi..tak sabar nak balik.. :)

Tuesday, June 26, 2012

ainina :)

kawan,
dulu kita selalu kongsi cerita..
suka duka kita.
dulu kita selalu ada masa bersama..
luah segala rasa di jiwa.
dulu kita selalu berjalan berdua..
pegang erat tangan bersama.

hari ni..hati ni sangat merindui saat itu.
mungkin suara tadi belum cukup untuk kita lepas rindu.

hati berbunga riang.
semoga Allah tempatkan kita sama-sama di syurgaNya.
gembira sangat2 dengan perubahan dia. semoga Allah jaga dia baik2.
semoga Allah makbulkan segala doanya.
semoga Allah beri yang terbaik untuknya.

owh. andai jasad ni berada di malaysia.
nak peluk dia kuat2.
rindu.

(air mata bertakung..)

dear ainina,
jom sama2 kita pimpin tangan sampai syurga!

kawan yang paling kuat merajuk..i miss you!

Wednesday, June 20, 2012

diam

(Brugges, Belgium : 20 Jan 2012)

Assalamualaikum.

oh. hidup dalam dilema.
mengejar satu. satu tertinggal.
pening dah. rasa tak larat. rasa nak duduk dalam bilik diam2.
tak nak keluar..
tak sedia nak exam minggu depan.
tak ready for next meeting.
tak prepare untuk next class.
huu.
nak jerit!

serabut betul.

-Allah, tenangkanlah hati ni.
langit..teruslah beri inspirasi.
mentari. teruslah bercahaya.
angin.. temankanlah diri ni sentiasa.

hari ni hari rabu. rasa penat macam dah weekend. -___-"

maaf. andai senyum tak terukir sekarang.
maaf. jika muka ni masam mencuka.
maaf. jika ayat yang keluar 'straight forward'
cuaca panas. mengeringkan ke'sweet'an sy mungkin?

Monday, June 18, 2012

abah: 17 Jun

abah..
selamat hari lahir.
semoga Allah sentiasa dalam rahmat Allah..

abah,
sangat rindu nak cium tangan abah.
nak peluk abah sebelum balik asrama.
nak abah hantar sampai depan sekolah.

dulu aisyah selalu marah abah sebab ambil aisyah lambat dari sekolah..
selalu merajuk kalau abah hantar lambat..
selalu merajuk kalau tak dapat barang yang aisyah nak..

abah,
abah pernah cakap 'anak ketiga ni api'
hee. mungkin betul gak. sebab anak abah yang sorang ni je yang suka bebel-bebel..
cakap tengking-tengking.
suka cari pasal ngan orang..
mesti abah rindu aisyah gaduh ngan abah kan? :)

abah,
selama 20 tahun abah jaga aisyah..
maaf andai ada salah kata. maaf kalau aisyah selalu buat abah risau..
terima kasih hantar aisyah pergi klinik waktu sakit..
hantar pergi hospital..
cari ubat yang terbaik untuk anak abah ni..
abah,
semoga abah dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki.
diberi kebaikan di dunia dan di akhirat.

my best hero,
doakan kejayaan aisyah di dunia dan di sana kelak.
semoga Allah kumpulkan keluarga kita semua..sama2 dalam syurgaNya.

abah, i love you so much.
jaga kesihatan abah ye!

(mengalir air mata..abah,jordan yang panas ni banjir jap malam ni..)

Saturday, June 16, 2012

beza. :)

(Brussel City, Belgium :21 Januari 2012)

Assalamualaikum.
Allah ciptakan perbezaan bukan untuk kita saling berbalah..
bukan untuk saling bertengkar siapa yang betul..siapa salah..
bukan untuk bertikam lidah..

wujudnya perbezaan.
sebenarnya indah..bukti kuasa Allah..

"Diversity is very essential in plant.."-Dr.Munir, JUST

sama juga macam manusia..
kepelbagaian tu sangat best sebab..kita tak sempurna..
kita saling memerlukan..
saling lengkap melengkapi..

kempen respect others!hee..


Saturday, June 9, 2012

langit itu..

Assalamualaikum..
semoga kita masih bersyukur atas segala nikmatNya..
Alhamdulillah. syukur Allah bagi peluang utk melihat keindahan alam..
kadang-kadang kita terlupa untuk menghayati ciptaan Allah..dan berfikir sejenak..
melihat menggunakan kaca mata iman..dan berfikir dengan minda sebagai hamba..


(Langit Amman,King Hussein Park, Amman, Jordan : 4 JUN 2012)

ada kawan pesan..

"kalau penat..tengoklah langit..langit tak pernah penat jadi langit"-quoted

betul kan? alam setia dan tetap patuh menjalankan amanah mereka..kita??
tugasan sebagai khalifah bumi ntah ke mana..
tugasan untuk beribadah ke mana..
pastu selalu complain penat lah hidup macam ni..x larat lah..etc..

lepas dengar pesanan kawan tu..selalu tengok langit.
walaupun langit di Jordan kosong tanpa awan..
tapi langit tu dapat ajar erti kesungguhan..

tipu lah kalau kata tak pernah fed up. tak pernah mengeluh..
tapi.
apa yang kita keluhkan sebenarnya eh?
Allah Maha Mengetahui. Maha Adil. Maha Bijaksana.
apa yang kita sibuk bantahkan?

jom sama-sama kita pimpin tangan.
laksanakan tugasan. amanah yang kita dah janjikan.

-tarik tangan saya bila saya jatuh,
pegang erat tangan ni..tak nak tercicir..tak nak tersungkur..

harap saya. awak. kita. dia. mereka.
antara orang2 yang tergolong untuk kita reunion kat syurga!

Friday, June 8, 2012

nafas baru

(King Hussein Park,Amman,Jordan : 4 JUN 2012)
assalamualaikum.

cuti kian tamat. hidup bakal dipenuhi exams kembali..
first time bercuti di irbid. tidak keluar dari negara jordan tercinta ni.
sy sudah berpindah rumah..alhamdulillah..
semoga hijrah ini dirahmatiNya.

doakan.

mencari semangat baru.
bagi memulakan semester lusa..
pemuda mmg wajar ada semangat (hammasah), bukan??

Wednesday, May 23, 2012

result: konflik.

Assalamualaikum.

syukur.
pagi tadi selesai peperangan exam final.
tak sampai 12 jam exam. result dah keluar. Alhamdulillah.. boleh tidur lena malam ni..(padahal hari2 lena je..hehe.)

result??
rasanya..sekarang,normal situasi merahsiakan result masing-masing. dengan alasan, itu hak privasi sendiri..ni zaman universiti..bukan zaman sekolah, yang ada buku rekod yang perlu mak or abah tandatangan..
terpulanglah..itu pilihan kita sama ada perlu bagi tahu atau tidak..perlu berkongsi atau tidak..nak bercerita dengan kawan atau tak..yes, itu satu pilihan!

bagi yang dapat markah tinggi..takut 'riak'.
bagi yang dapat markah rendah..malu..

setiap kali keluar result. honestly, rasa sangat eager untuk tahu markah orang lain..hee.
kalau boleh nak tahu markah semua orang..
ye lah..waktu kat sekolah dulu, dah terbiasa dapat list markah semua orang dalam kelas..

sekarang ni, macam habit plak. asal jumpa je orang.."markah ok tak??brp??"
and jawapan tipikal.."Alhamdulillah..ok lah..tapi tak sehebat awak.."

dalam hati..
"adeh. perli ke?" dalam erti kata lebih sopan..
"baiknya..mesti dia yakin aku ni mampu dapat makah tinggi" (sarcastic)
normal kan?? (mungkin juga abnormal)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

second sem ni. sy belajar banyak perkara. (selain subjek2 universiti yang tak dinafikan banyaknya..)
situasi mendorong sy untuk menjadi lebih berahsia.
lebih berhati-hati untuk bercerita..lebih berhati-hati untuk berkongsi..
sebenarnya,sy bukan jenis orang yang berahsia kalau ada orang tanya..

"aisyah, markah pathophysio, berapa?"
jika soalan itu berapa..maka, jawapannya insyaAllah dalam angka..
jika soalan itu "macam mane?"..jawapan selalunya.. "Alhamdulillah"
dan biasanya. win-win situation. sy akan berkongsi markah dengan orang yg bersedia untuk berkongsi juga..hehe..(strategi nak tahu markah orang..hehe.)

semester ni result sy. Alhamdulillah better than first sem..
naik lah sikit muaddal (peratus) semester ni..

suka nak share. antara pembakar semangat untuk sem ni, time sharing program 'back to school'..program ni biasanya buat time setiap awal sem..talk from seniors..
sorang senior ni, dia bukan scorer..tapi ayat dia boleh buat mata jadi blink2* kagum. respect!

mak pernah pesan..(dalam surat time birthday ke-15)
"....jadikan semua yang ada di sekeliling aisyah sebagai cikgu aisyah..walaupun seekor anjing..belajarlah dari keadaan sekeliling aisyah..." (lebih kurang mcm tu lah ayatnya..)
motivator tetap sy tu selalu pesan.."teruskan berusaha, dan teruskan bersyukur.."
(okeh.tiba2 air mata bertakung.sobs)

sedar. kejayaan atau kegagalan yang selama ni sy hadapi. semuanya dari Allah.
dapat bonus berjaya..sebab Allah nak uji..
dapat bonus gagal pun..sebab Allah nak uji..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

buat kawan2,
kalau korg rasa markah korg teruk. jangan lah malu2 nak cerita kat kawan lain..
yes, the best solution..cerita kat Allah..cerita kat parents..
kat sini, kita ada kawan2..kita tak perlu pun nak cerita kat semua..kalau kita malu, kita boleh pilih sorang je antara 60 orang..at least, pilih sorang yg kita paling percaya utk kita share markah kita..berkongsi markah tak wajib pun..
tapi, dengan berkongsi, korg akan lebih faham situasi..
bukan kita je yang dapat markah rendah..bukan kita je yang 'fail'..kita masih ada kawan yg boleh tolong kita..tolong kejutkan kita..
jangan sampai kita hanyut sorang2..tak jerit minta tolong..last2 tenggelam dalam diam.

semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah.
semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan di sana kelak.

notakaki:sorry post panjang.

Thursday, May 17, 2012

serabut.

Assalamualaikum.
alhamdulillah.
mata berat. tersandar penat.
hari ni sangat panas. balik dari exam tadi berusaha secepatnya nak beli aiskrim. (puas.)
hari ni boleh lah tarik nafas dalam2 sikit. selesai 3 hari exam berderet. Tachycardia dibuatnya.bermula dengan exam Pathophysio sabtu lepas.kelmarin Head nad Neck Anatomy. semalam Oral Physio. dan hari ni Microbiology.

betullah cakap kakak.
"xpe lah. exam aisyah online je..objektif je pun."

kalau semua exam ni essay plus berderet. mampu melekat kepala atas meja ni haa nak baca banyak2.
next exam hari sabtu ni. (mohon doakan kami).

di kala kesesakan jadual exam.
hati ni sangat lah kacau-bilau. (tak tahu nak describe macam mana dah)
penat. serabut. banyak lagi notes tak cover. hafal itu ini. homesick. hari ibu. hari guru. rindu embah. nak makan lauk mak masak. rindu hujan. bau rumput...blablabla.
fuhh. ditambah dengan fasa bertapa dalam bilik.. mahu jadi sawan sorang2 meraung tiba2.golek2 atas katil. haha. (ayat pun dah nampak keserabutan minda.kecelaruan emosi)

tapi.
disebalik exam yang berderet. gap antara exam yang sangat pendek..yang lagi laju daripada tunggu next train KTM sampai. (-_-")

tiba2 tadi terpikir.
"kalau exam. aku susah2 study. preparation sampai tonggeng2 baca notes..makan pun hadap notes lagi. macam2 sumbat dalam kepala sampai penuh..ntah2..aku tak sempat pun nak jawab exam ni.."

err..

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Munafiqun 63:11)


opps. kalau kita tak ready nak amik exam. kita boleh buat2 cari MC untuk amik exam ganti, kan?
tapi..

bila dah sampai saat kita tak boleh lagi nak betulkan jawapan kita. saat kita dah tak boleh nak beramal sebanyaknya..saat kita dipanggil untuk berjumpa Maha Pencipta.. tak sesaat pun awal. tak sesaat pun lewat. Astagfirullah..
rasa malu kalau Allah tunjukkan amalan yang kita ada sekarang.
mungkin beberapa percent je yang baik.
belum lagi kira yang lompong2..rejected..hak orang lain..
Allah..
takut sangat diri ni antara orang2 yang 'failed'
takut diri ni terlepas daripada merebut tiket ke Jannah..
risau sangat diri ni disapa oleh Penjaga Neraka.
risau kalau diri ni menjadi penghuni tempat terendah itu untuk selamanya...

hukhuk.seriously takut.
mati itu pasti. hidup insyaAllah...

doakan sy tak hanyut dalam kesibukan exam ni.
doakan sy terus kuat untuk study.
doakan sy mendapat result yang terbaik..

melihat tiket flight balik Malaysia. gambar raya kat desktop,
semangat!
(semoga tahun ni lulus. bolehlah cuti dengan tenang dan gembiranya!)

Monday, May 7, 2012

twitter.

assalamualaikum.

harap semua sihat2 dan ceria2 selalu.
hee. rajin terlebih. pagi ni ada exam carving pukul 8.30 pagi.
tapi ngada2 merajinkan diri nak taip2.

sebenarnya, ada perkara yang perlu dijelaskan.
nak tulis kat fb. tapi rasanya, macam panjang sangat nnt..plus, x ramai friends yang boleh baca.
makanya, saya decide menulis di blog.

ni berkaitan dengan status saya di fb. hee. kurang sejam saya post.
then, saya remove. so, sorry lah bagi yang mencari (perasan je ada org nak cari)..hehe.. :D
remove dengan harapan isu tidak dipanjangkan.
memang tak dipanjangkan di fb. tapi dipanjangkan kat jalan lain.
makanya, bagi orang yang tak tahu pangkal cerita (sebab dah di'delete'). ada banyak 'cerita tambahan' penyedap rasa terdengar..

ni status saya..(still ingat sebab tak selalu pun update status fb)hehe..:

"~budi bahasa budaya kita~"
adeh..berkerut dahi baca status or comment kawan2..pilihlah bahasa yang baik sikit..kalau nak tegur..pm pun boleh kan??

notakaki: ciri lelaki idaman: xde twitter. HAHA

status ni "hot" kat bahagian notakaki tu je..hehe..
julung2 kali menyatakan ciri lelaki idaman hati kat public..baru nak bagi hint sikit kat abah.. (okeh saya belum 20 tahun..err..)

kat ruangan comment..setelah ada orang tanya "kenapa xde twitter?"
jawapan saya..

bagi mengelakkan gejala dikutuk or mengutuk di twitter..haha.

setelah membuat analisis kasar (aceewahh ayat)..
dua ayat ni je yang dipanjangkan.. (ni tak termasuk ayat2 tambahan sumber lain)

notakaki: ciri lelaki idaman: xde twitter. HAHA
bagi mengelakkan gejala dikutuk or mengutuk di twitter..haha.
disebabkan ayat di atas.
mula timbul isu..
seakan-akan saya menyatakan semua orang yang mempunyai twitter tu 'jahat'.
walhal bagi saya, statement tu tak menyatakan sedemikian.. (mungkin pilihan bahasa saya tak sesuai)

ni pendapat peribadi saya.. anda berhak untuk setuju atau tidak.

sebagai contoh, kalau saya cakap..
ciri lelaki idaman saya adalah orang yang tak tinggal kat KL. (saya KL gak eh :P )
sebab: orang KL tak tahu buat kerja kampung.hee..
saya tak bermaksud menghukum terus semua orang KL tanpa mengira jantina dan peringkat umur.
ada orang KL yang pandai buat kerja kampung gak. contohnya.. atok saya. (sempat wat iklan..hehe)

next contoh. andaikata sorg lelaki ni cakap...
ciri pasangan idaman: tak pakai seluar jeans..
sebab: bagi mengelakkan pakai seluar jeans ketat dan seksi.
adakah itu juga bermakna lelaki tu membenci 'anti' semua perempuan yang pakai jeans??
bagi saya, tidak..
tu adalah ciri pasangan idaman. "idaman"..
saya rasa semua ada ciri idaman tersendiri.. betul tak??

pendapat saya, kita perlu jelas ayat sebenar yang nak disampaikan..
jangan terlalu mudah manipulasi ayat sebenar.
saya menulis ni tidak berhasrat untuk menghentam para twitter.

niat saya menulis di blog ni pun hanyalah..saya dapat terangkan perkara sebenar tanpa melenting tak tentu pasal..
memang saya tak de twitter. memang saya tak berteknologi  sangat..
tapi saya sangat yakin.
kita semua ada akal yang hebat untuk berfikir.
saya tak cakap saya baik. sebab kita semua manusia. nilaian baik (manusia) kita berbeza.

okeh. lastly,harap ciri lelaki idaman saya tak dipertikaikan. hee..
harap bagi sesiapa yang baca blog ni. ada perkara yang tak setuju or nasihat membina..
boleh pm saya kat fb..
saya jarang ber'blog' sangat..takut kalau comment kat sini ada yang tak terbaca.
saya gak takde twitter..
kalau anda ada perkara yang nak tegur saya..tak perlu nyatakan kat twitter..sbb diri saya yang perlu diperbaiki ni tak dapat dibaiki pun nanti..

sekian.
doakan saya dan warga Dent10 carving dengan baik hari ni..
maafkan salah silap. terkasar bahasa. terguris jiwa kalian.
jika anda pengguna twitter yang baik. tahniah!
mana2 medium sama je.  :)

kalau pendapat saya salah. maaf ye.
saja :)

Sunday, May 6, 2012

butang hijau.

assalamualaikum.

semoga kita tetap dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.
alhamdulillah. akhirnya hari ni berjaya gak memecahkan tembok malas untuk menulis di blog.
blog ni bukannya ada orang baca sangat pun. so, tidak menulis tu okeh lah kan? huhu.
tapi tadi terdetik jap, berkongsi sesuatu tu..walau sikit..tapi mendatangkan faedah kepada orang lain,kan best??even maksud tak sampai sangat..for me, menulis di blog satu cara memesan diri sendiri gak..asyik nak monolog je..x syok lah..hehe.

hari ni hari ahad.saat jari ni menari di papan kekunci. jam masih pukul 5 pagi. bangun awal? sebab Allah panggil untuk subuh.
mak mesti super duper excited kalau anak dia sorang ni bangun awal subuh. hehe!
waktu solat Jordan sekarang memaksa saya bangun awal. subuh: 4.09 pagi! hujung bulan ni..subuh 3.48 pagi!
fuhh. mencabar jiwa raga anak muda betul kalau waktu subuh awal2. lagi2 lah anak muda yang tengah study week ni. haha!

zaman sekolah menengah dulu, barulah sedar kena jaga solat. even dah belajar solat sejak tadika pun. sampai sekolah menengah barulah sedar kena betul2 jaga solat lima waktu. haish. lambat betul minah ni faham.
kat sekolah dulu, barulah nak belajar bangun subuh sendiri. asrama kot. nak kena 'basuh' ngan senior sia2 je kalau gatal2 bangun pagi lambat..(rekod bersih!)
tapi kalau cuti..haha. balik rumah. macam kena goncang dunia baru nak bangun..pemalas!

"........to be a better person is to improve your solah......"


"Dan laksanakan solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingat (Allah) " 
Surah Hud 11:114


now, dah berakhir zaman sekolah. dah duduk jauh dari mak, alarm subuh paling sabar di dunia. dah tak tidur dengan kakak, pengejut subuh yang sangat 'kreatif'. dah tak ada BADAR nak ingatkan setiap minggu. dah tak ada senior nak marah kalau tinggal solat.

ikutkan nafsu tidur, memang sangat best lah. tapi.. saya sedar. saya masih kekal status sebagai hamba Allah di mana sahaja saya berada. hatta saat berada di hadapanNya.

sekarang memang sangat bermujahadah untuk jaga waktu solat. sangat berusaha untuk solat awal waktu. sangat berusaha untuk jawab call Allah tanpa ragu..tanpa rasa malas..tanpa rasa jemu..
syukur. Allah tetapkan saya di Jordan. negara Arab. masjid banyak. azan sahut-menyahut. saya tak ada alasan untuk "tak sure" waktu solat.

kenapa kena solat awal waktu? bukan ke Allah bagi waktu solat tu panjang?

jawab soalan dengan soalan.
'kenapa nak bertangguh solat kalau mampu solat awal waktu?'
'pernah rasa kena reject call tak? best ke??'
'cakap sayang Allah, berkorban masa untuk tersayang takkan tak boleh kot?'

ini peringatan untuk diri sendiri. dan readers sayang juga.
sekarang musim final exam kan? im not really sure about final period kat Malaysia bila.
but kalau kat sini, dari tahun satu sampai lah final year..sedang bertapa dalam bilik baca buku.
study tu perlu. tak dapat dinafikan. dan study itu juga ibadah jika niat kita ikhlas kerana Allah.
tapi, tak perlu rasanya kita korbankan waktu solat untuk study. Allah dah bagi best offer dah solat tu lima waktu je. ingat tak macam mana malunya Rasulullah yang kita sayang minta diskaun kat Allah time isra' mikraj dulu??
ingat tak dulu..kekasih Allah tu cuba yang terbaik untuk kurangkan waktu solat supaya kita2 ni..sebagai umat Rasulullah mampu laksanakan solat???


Allah..
malunya kalau "best offer" tu pun kita abaikan.
malunya nanti kalau time dihisab. Allah paparkan apa yang kita buat waktu Allah dah panggil solat..
astagfirullah.

stay up tengah malam. sampai terlepas subuh.
insyaAllah Allah beri kejayaan dunia. tapi.. nak ke dapat kejayaan dunia dengan abaikan hak Pemberi Kejayaan??

"mati tu pasti..hidup insyaAllah" 

sama juga..kita tak pasti pun yang kita penat2 study ni..kita berpeluang jadi doktor etc.
makanya, bagi saya..sangat tak rasional untuk kita jadikan study tu sebagai alasan untuk abaikan solat..
kita kisah kalau pergi kelas lambat..(ke korang tak kisah??hehe)
tapi kita 'boleh' plak solat lewat, kan?

ok lah..bebel panjang lak..
kesimpulannya.
jom start usaha jaga solat!
jom!
jom baiki amalan kita!
jom sama2 ingatkan kawan2..jom sama2 ajak kawan2 solat jemaah!
jom usaha bangun subuh..jom gerakkan kawan2!

(macam promosi majalah JOM! plak..hehe..)

last point. sifat menunggu untuk dikejut subuh or dipanggil untuk solat tu.. tak termasuk dalam ciri2 orang yang nak berusaha jaga waktu solat.
cara menarik nak bangun subuh. klik ni!

butang hijau.
kalau incoming call..if kita nak accept call, kita pilih butang hijau kan?
jangan sampai kita tak sempat jawab "call" dari Maha Pencipta.

notakaki: okeh. nak bersiap2 dah. jogging di pagi hari. hee :)













Tuesday, April 10, 2012

belum final.


exam mewarnai hidup saya!
semoga Allah tak biarkan saya hanyut dalam exam ni sehingga lupa padaNya.
bila exam tanpa henti ni.
Allah ajar saya.
jangan lepaskan sesaat pun tanpa tawakal padaNya.
KuasaNya mampu mengubah segala.
betul. bukan ukuran saya pandai atau tidak.
semua adalah nikmat dan ujian dariNya.

Tuesday, March 20, 2012

cuaca.

salam.

kejap panas.kejap sejuk.
menanti summer yang panas. nanti winter yang sangat sejuk ni dirindu-rindu.
manusia suka mengeluh dan tidak bersyukur,kan?

"sungguh,manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya." (Surah al-Adiyat 100:6)

cuaca berubah-ubah. bumi makin sakit mungkin. sakit dengan perangai manusia.penduduk bumi semakin lupa Tuhannya. jiwa hamba yang sepatutnya ada..bertukar ingin menjadi tuan dunia.

takut dengan situasi sekarang. perang sana sini. kes buang anak. anak kena culik. bunuh.
kenapa main2 dengan nyawa??
manusia bukan anak patung. boleh main bunuh suka hati.
anak patung pun orang jaga sayang elok-elok.

takut. Allah kan Maha Melihat.

notakaki: exam berderet buat diri ni penat. tapi bak kata seorg kawan. "dunia ni kan memang tempat untuk berpenat-penat..."

dush. so true. biarlah kita penat betul2 keranaNya..untuk kita rehat di tempat sebaiknya..insyaAllah. :)

Wednesday, March 7, 2012

wax.

Assalamualaikum.
alhamdulillah. hari ni dalam sejarah. nuraisyah buat pertama kalinya mengukir gigi.
ukir gigi?
ni untuk subjek dental anatomy. so, ktorg kena belajar anatomy gigi.fuhh.
sgt kagum kot. mula2 orang lain dapat tau ambil course dentistry..

"lima tahun belajar pasal gigi je??lama nye..kenapa tak amik medic terus??"

okey. sekarang dah jumpa alasan yang sgt mantap. satu batang gigi pun sangat detail kena tahu.
err..9 mm lebar. 10.5 mm panjang. mesial-distal-incisal-facial.etc..
seriously, bila anda mengetahui function setiap bentuk gigi. anda sangat menghargai setiap lekuk gigi.syukur. Allah beri nikmat gigi. normalnya, kita ada 32 batang gigi. banyak kan??
nak rasa penting ke tak setiap batang..try tanya orang yg xde gigi..
or. for sure kita semua pernah rasa sakit gigi..ya Allah..rasa macam nak demam kan?

hari ni mula belajar carving gigi 'maxillary permanent central incisor'
carving on wax block.
wax??menarik.. time kanak2 main dengan tanah liat je. dah dewasa ni..latih bakat mengukir plak.
tangan yang tak berseni ni terpaksa dilembutkan untuk mengukir. silap langkah. terganas melampau. boleh patah wax ni..


(bentuk macam batu nisan kan?hehe..tak siap sepenuhnya lagi.)
bagi kawan2 dentist yang tengok gmbr di atas, maaf lah..buruk sket..tak wat betul2 lagi..yang penting..sbg budak baru belajar, saya berjaya tidak mematahkan wax block hari ni..yeah!

hebat mana pun manusia cuba meniru ciptaan Allah.
pastinya tak tertanding kehebatanNya..
"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."(Surah At-Tin 95:3)
notakaki: ingatkan cikgu je ada kaitan dengan lilin. dentist pun ada lilin jugak. (hehe..abaikan.)

Sunday, March 4, 2012

Mr. A, sweet!

Bismillah..
memulakan gerakan jari di papan kekunci. alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang masih mampu dinikmati. syukur juga atas kesempatan waktu untuk merajinkan diri menulis.
tengok balik post lepas..err..dalam sebulan juga tak ada post baru.
maaf.
banyak sangat perkara yang menarik yang nak kongsi.hee. andailah papan kekunci ni boleh automatik tulis apa yang nak dikatakan..kan best??hehe..pemalas sangat dah tu.
dah2..dah lewat dah sekarang.mari kita mulakan cerita.

balik dari kelas hari ni. berkesempatan gi shopping kat c-town seke
jap. emm. kalau kat Malaysia, lebih kurang cam pasaraya giant. (skema plak.)emm..ada lah beli beberapa barang..
pilih2 barang. dalam 15 minit. then. gi kaunter cashier. rutin normal membeli belah. hehe.
cuma ada ending yang tak normal kali ni.

di sebabkan nuraisyah ni seorang yang sangat "cermat"..perkara yang mustahil berlaku tu tidak mustahil. hehe. al-kisah anak dara shopping..baru nak start gosip...time ambil barang kat cashier tu, tak perasan sebenarnya tangan tak masuk pun kat lagi satu plastik barang. makanya..jatuh lah plastik tersebut..and the best part is..salah satu barang dalam plastik tu ialah sebuah botol madu bersaiz besar..lebih kurang 1kg madu..agak besar lah.memang saya pemakan madu tegar. (bunyi cam makanan sihat sket)

tiba2 jadi famous untuk beberapa ketika..banyak mata yang memandang..saya hanya tunduk malu..kawan kat sebelah pun 'blur' untuk beberapa saat..
err..botol madu besar pecah kat depan khalayak ramai kot! madu! bukannya air biasa yang senang nak lap..
okeh. memang melayu itu sopan. saya angkat lah plastik bermadu tu pelahan2..sebabnya x tau nak wat apa. nak minta tolong mamat cashier??dia tengok je..

prince charming datang!

yeah! cam dalam movie..tiba2 ada superhero datang tolong. ataupun dalam cerita tipikal cinta.
"jalan-jalan kat kawasan universiti. terlanggar. jatuh buku. kutip sama2. terhantuk kepala. sorry-sorry. tanya nama. tukar num. etc..."
tipikal kan??bosan..

plastik berinti madu tu cepat2 diambil lelaki tersebut.
"it's okay."

hee..nasib laki tu pakai baju c-town!haha..x jadi nak mintak num phone. (haha.ni main2.risau abahplak nanti..hehe.)

brother tu orang yang jaga beg2. dia ambik plastik tu untuk tukar dengan plastik baru..then, dia suruh kawan dia ambil botol madu yang sama kat tempat madu..err..

"kena beli baru ke??tak kan dia tak tanya dulu nak beli lain ke cam mane??"(monolog dalaman)

as sweet as honey!

Alhamdulillah..brother tu sangat lah baik..(bukan senang eh nak puji perangai masyarakat Irbid). dia cakap tak perlu bayar pun untuk botol madu yang baru..

ya Allah, syukur sangat. dah lah diri sendiri yang jatuhkan. tapi dia(c-town) yang ganti baru.
tiba2 teringat ayat2 normal kat Malaysia.

"once broken. considered sold"

mungkin perkara ni simple. tapi cukup buat hati kecil ni gembira malam ni. cukup buat senyum terukir sampai lah masuk teksi. cukup buat diri ni menukar persepsi.
2 tahun itu terlalu cepat untuk menghukum mereka. masih ada nilai mereka yang 'manis'.


(brussel city, Belgium)

saya merindui Belgium. negara terbersih yang pernah saya pergi.tapi..
sedar. ada banyak perkara yang perlu dihargai di sebalik debu, sampah, asap..
tanah penuh barakah ini lebih indah jika nilai islam itu bersama Islam.
Jordan.

notakaki: Mr.A tu merujuk kepada (A=Arab).

sekian.


Saturday, February 4, 2012

januari 2012?

assalamualaikum.

khabar apakah kalian?
iman?

emm..alhamdulillah Allah pinjamkan nyawa lagi. masih mampu gerakkan jemari even rasa sedikit kaku. heater tbe2 extend cuti plak. dah lama tinggalkan sempena cuti ni. terlupa dah habis gas. tanpa gas. heater tersebut ibarat kotak hitam besar di penjuru bilik semata-mata. bilik dah rasa separa igloo. (xpernah rasa dalam igloo mcm mne pun.. ^^,)

okeh. januari 2012.
Allah gerakkan juga hati ni untuk kembali menulis.berat sebenarnya memulakan langkah kali ni.
takut tulisan ni. hanya bacaan kosong semata-mata. saya buang masa menulis. anda buang masa membaca. na'uzubillah..

maka,biarlah kata-kata ringkas tapi boleh buat kita berfikir siapa kita..
ringkasan januari 2012.
final exam-break-bercuti.
(result dah keluar sebelum pergi bercuti. one word: alhamdulillah.)

tempat percutian: belgium-ireland-UK(manchester-london)
syukur Allah kurniakan peluang mengembara di negara orang..

mereka mempunyai nilai.tapi tiada Islam..
alhamdulillah kita punya Islam. tapi nilai islam?
mereka Islamophobia?atau memang kita buat mereka fobia?
syukur Allah tempatkan saya di bumi Jordan. tanah Arab.bumi Anbiya'.
tapi..sampai sekarang saya masih berfikir.
mana hilangnya keindahan nilai Islam di negara ni?di Malaysia tu sendiri?
mungkin modenisasi mengaburi nilai masyarakat kat sini..
sama kes macam kat Malaysia.

punctuality. kebersihan. respect others.
just short lists nilai yang mereka tunjuk. dan seharusnya.sewajarnya..etc.
yang kita perlu ada.
mungkin kita semua ada.tapi pudar.kelabu..samar.

mereka tak mustahil menjadi lebih baik daripada kita andai Allah berikan mereka hidayah Islam.
kita??
sekadar melepaskan diri hanyut dalam dunia sendiri..terasa selesa dengan ke'Islam'an diri.
Islam vs islam.
kata nama vs kata kerja.

buat kita berfikir, kan?

notakaki: insyaAllah esok dah mula sem baru. doakan semuanya lancar.
insyaAllah next post akan cerita in detail pengalaman di negara mat saleh..semoga Allah mudahkan.
gambar2 juga menyusul kemudian.