Saturday, February 19, 2011

bila badan ini bersukan.

assalamualaikum.

mata kuyu. tangan bengkak. kaki lenguh. badan sakit. kepala rasa berat.
fuhh..memang hari yang penat. serius!

PROSPEC 11 telah berjaya memaksa sy menggerakkan badan untuk bersukan kembali. huhu. teruja sebenarnya nak main macam zaman2 sekolah dulu. apakan daya. badan nie dah lama berstatus offline. tiba2 nak on balik. mmg payah sikit. huu..

mula2 bagi nama nak main lompat getah (sebab dah x mampu lompat tinggi kn..sob3) dan bola jaring. pastu dua2 game ni serentak. x dapat la main lompat getah. huu.. maka sy tidak melompat hari ni. kecuali untuk menyambut bola jaring. lompatan yang lebih sopan mungkin.
"aisyah! jgn main basket. ni bola jaring"
"aisyah tinggi. kena main jadi GA ke GS ke.."
oke2. rindu basket. kalau lah duit banyak. dah lama wat court basket private kat padang depan rumah ni. hehe. keputusan bola jaring tadi??
hee. belum berjaya lagi. next year rumah SEMERAH PADI kasi gegar PROSPEC. insyaAllah..

lepas game je. melantak makanan dengan penuh lahap nye.
nasi lemak, lontong, samosa, donut, kek...
erk. baik x payah bersukan. tambah lemak dalam badan balik.

sementara lepak2 makan tu. tiba2 ada akak datang tanya nk join volleyball ke x. x cukup player.
volley??
fobia! tangan sakit nnt. takut juga ukur lilit tangan bertambah. huu..

tapi. entah la ye. tadi berani lak nak cuba main. makanya. main lah dengan muka yang agak blur. sebab x pernah main sepanjang hidup ni. lalala~

alhamdulillah. rezeki Allah. team volley menang. time main final tu. huu. memang x banyak menyumbang pun. menyumbang markah kepada group lawan ada lah. haish aisyah ni!

rumah SEMERAH PADI dapat num 3 keseluruhan. tahniah buat akak2 dan kawan2 yang berjaya. badan penat dan tangan yang bertukar menjadi kaler biru sekarang masih x dapat memadamkan semangat ukhuwwah tadi. fuhh..ayat!

sekian. laporan sukan sy. :)

notakaki: sedang berfikir nak join ape time KARISMA (sukan antara kwasan Jordan) nnt.. volley? netball? bowling??

Thursday, February 17, 2011

cerita tentang mereka dan saya.

assalamualaikum.

semoga kalian sentiasa dirahmati Allah...
hari ini bermula seperti biasa. ke jami'ah. jalan kaki. naik bas. masuk kelas. gi library. kafeteria. masuk kelas balik. kemudian pulang ke rumah..

bosan kn??mengulang rutin harian yang sama. berjumpa dengan org yg sama. masuk kelas yg sama...

apa yg menarik ye nak share hari ni?? mungkin memang mempunyai habit melihat perangai org sekeliling.. erti kata lain. meng'usha' org. makanya..meh kte share perangai org kat bumi irbid yg sy jumpe hari ni...

pertama dan selamanya. syukur byk2 atas segala kurniaanNya. lecturer2 sy this sem sgt best..hari ni belajar dua subjek. Organic Chemistry(OC) dan Environment Protection(EP).. apa kaitan EP ngan dentistry??em. EP ni salah satu daripada tiga subjek elektif yg kena ambik.menarik gak kelas ni sebab macam belajar balik EST dulu.. dua2 lecturer subjek ni memang mantap. serious!!mereka sgt punctual masuk kelas..fuhh..respect!!bukan senang nak jumpa org arab yg punctual ni..emm..bukan mengutuk arab. melayu ke bangsa pe ke..sama je. tapi disebabkan kat negara arab kn.cite la psl arab..(istilah janji melayu x boleh diterima pakai)

siapa yang lambat masuk kelas memang menyesal habis la. kena kunci kat luar.. terbayang pulak sensei kt sekolah dulu. (padahal x pernah belajar pun dgn dia)...dah la lecturer2 cakap eng. wahh.. gembira hati ini.. wink2 ^-^

hari ni.. ada incident yg wat sy berfikir..berfikir. dan terus berfikir...

kenapa kat jami'ah(universiti) pun masih ada manusia yang mengejek org melayu..

"ni hao ma??"

cukup aneh. sebab. nak kata cerah cam chinese. memang harapan je lah kan. mata sepet?? huuu..jauh sekali..
kecik hati ni bila kena ejek macam tu..klu kene ejek kat tepi jalan ke. ok la lg..ni kat jami'ah. sepatutnya dah cukup "educated" nak bezakan negara..sob2. knp sy kata 'ejek'??
org2 cina kat sini dipandang rendah.. x boleh lah cite panjang2...hurm..(budak2 x boleh tau)..hehe.

xpe lah. kena berlapang dada. mungkin mereka hanya tau negara cina je yang wujud kat asia. mungkin juga dia confius Lee Chong Wei tu org malaysia ke china. mungkin juga.. barang2 rumah mereka hanya "made in China"..lantak lah. yang penting i'm proud to be Malaysian!!yeah..

esok de sukan PROPEC..hee.jangan risau. aisyah x masuk acara2 lari ni. hehe. roti dan nasi arab menyebabkan stamina jatuh menjunam..

hee..hanya mempu main sukaneka je..lalala~

dulu2 masuk lompat tinggi. sekarang? hehe. dah bersara kerana kenaikan berat badan melampau. masuk lompat getah pun jadilah..lompat juge..

hoyeh..x sabar2 nak bersukan kembali esok. dah la masuk umah merah..
huu..tahun ke enam la jawabnya...
SATERIA. rindu anda. ('anda' ke??)



!.!

pening!!
huk3.

Monday, February 14, 2011

single!so??


Assalamualaikum.

syukur alhamdulillah..masih bernafas seperti biasa..aisyah kembali setelah lama menyepi. bukan merajuk. cuma idea kering. hujan di jordan hanya mampu buat sy bermonolog dalaman. berfikir.kemudian lupa nak update blog..banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh menyepi ni. nak update semua..maybe korg pun x sanggup nak baca pnjg2 kn??xpe2. kita cerita sket2 ye..mengenangkn hari ni 14 feb. mari kita share cte sket.. dating? tgk wayang? teddy bear ade love? cokelat sekotak?

realiti masyarakat sekarang. masuk universiti. xde pakwe?? still single??aneh! eh2..bukan takat universiti je..sekolah menengah pun dah kira aneh..


"single= simple...couple= trouble"
siapa setuju sila angkat tangan..hee..oke2..boleh turunkan tangan anda balik..siapa x setuju..maaf ye..ini mungkin jawapan kalian..
knp trouble lak?? kan best ada orang nak dengar problem kita..share cerita. dapat hadiah. ada teman nak gi tengok wayang. shopping sama2. boleh study sekali. kaum adam kan pandai. boleh lah wat discussion partner..plus..kalau jalan together kan lagi selamat..
"jeles ar tgk gmbr org lain kat fb ngan couple diorg!!"

emm. kalau lah BEST sangat bercintan cintun ni..mesti lah xde orang yg bunuh diri sebab clash kan??

oke lah.masing2 ada pendirian masing2. berfikirlah sebaik mungkin...saya juga manusia biasa. mempunyai potensi yang sama untuk terjebak dengan benda ni..

orang muda zaman sekarang terlalu banyak menghabiskan masa dengan perkara yang membazir.sia2..tenaga muda saya dan anda diperlukan untuk memajukan agama, bangsa dan negara..
kalau semua sibuk menghabiskan tenaga kat tempat yg x patut..siapa lagi nak ambil tahu pasal ummah?? siapa lagi nak betulkan masyarakat?? kalau semua orang nak guna ayat "muda2 ni lah time nak enjoy.." siapa lagi yang nak ambil serius masalah masyarakat. masalah Islam.

orang muda di negara kita sibuk dengan______________
orang muda di Palestin??

nanti kita dan mereka berkumpul di padang mahsyar..insyaAllah mereka mempunyai jawapan yang best untuk jawab soalan ini..

"Bagaimana masa muda engkau dihabiskan??"

kita??