Tuesday, September 6, 2011

SYAWAL:zon menilai perkembangan diri.

assalamualaikum.

harap semua sihat sejahtera. alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk menghabiskan Ramadhan dan bertemu Syawal..owh ye. sy sedang berada di tanah air..menyambut hari raya bersama keluarga tercinta..hehe..sementara xde konflik raya rumah mak sendiri or keluarga mertua..baik kita gunakan peluang yang ada untuk beraya bersama family sendiri puas2..bukannya anak manja kalau balik Malaysia untuk beraya..bukannya xnak beraya di perantauan..tapi...biarlah diri ni menggunakan kesempatan cuti yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga..fuhh ayat!

post ni mestilah nak bercerita tentang raya kan??even dah lebih seminggu..x salah pun nak share2 sket..hee..klu nak story pasal baju raya, drama raya, kuih raya, duit raya, segala macam raya..memang x abes lah kan.

bila beraya.
hurm..x kisah lah kita ziarah rumah orang or orang berkunjung rumah kita..time2 menikmati almond london, kuih samperit, tat nenas yang tersusun indah dalam balang..mesti ada soalan yang diajukan..

"ni tengah study kat mana ni??"
"dah kerja ke??kat mana??"
"eh..lama x jumpa..study tahun berape dah sekarang??"
(dan lain-lain bentuk soalan yang semaksud dengannye..)

for sure..dalam 10 rumah yang korg beraya..mesti at least 8/10 rumah..akan diajukan soalan ni..hee..kalau kurang tu.maksudnya gaya dah nampak cam orang berkeluarga sangat lah tu...hehe.. :D

bila diajukan soalan tentang "study"..mesti terkait jugak pasal jordan yang serba indah itu..oh sarcastic!! sebagai pelajar pergigian yang baru nak menapak di jordan..x banyak pengalaman yang mampu dikongsi..lagi2 lah bila semua orang cakap..

"ni mesti dah pandai cakap arab dah ni!!"

owh..dalam hati, hanya Allah yang tahu..betapa hati ni mengecil malu..(arab x hebat pun, english makin berkecai-kecai, bahasa ibunda juga semakin fasih..haish.)

mahu atau tidak, musim perayaan..especially hari raya aidilfitri ni, masyarakat kita menggunakan peluang ni, untuk bertanya khabar..'update' terbaru.. bisnes terkini.. perkembangan diri dan sebagainya..

dan pastinya..sebagai manusia yang normal..kita boleh berfikir sendiri..pencapaian hidup kita baik atau tidak untuk tahun tu..bukan niat untuk menunjuk-nunjuk..apatah lagi untuk berlagak dan riak..sekadar dijadikan satu penggerak untuk kita tingkatkan kualiti diri..takkan lah kita nak berada di tampuk yang sama sampai bila2 kan??so..cerita yang berkonflik turun naik lebih menarik untuk dijadikan topik perbualan ketika hari raya ni..betul x??

dalam kita beraya..senang sangat terbabas..bukan sekadar ops sikap yang meruncing..iman pun boleh terbabas sama..ye lah..time2 ni lah best bergosip..takut juga terlepas cerita yang x betul..fitnah ..dan mengumpat..nauzubillah..

nilai per"kembang"an diri.
haha.part ni pun best juga. nak tahu diri makin ber"kembang" or tak..tengok lah baju raya tahun ni dan bandingkan dengan tahun lepas..hehe..riak wajah kecewa akan jelas kelihatan bila melihat saiz pinggang yang bertambah..baju yang semakin me'luas'..saiz baju yang berbeza berbanding sebelumnya..dll..
tapi x perlu risau..raya2 kena happy!! hehe(pujuk diri sendiri)

ok lah..bebelan panjang.gambar raya?next post lah insyaAllah..
selamat hari raya..maaf zahir batin..eratkan ukhuwwah sesama kita..eratkan tali persaudaraan..elakkan permusuhan..

sekian.