Saturday, December 31, 2011

last post 2011

assalamualaikum.

sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai..
last post untuk tahun ni.

menilai dan muhasabah apa yang kita dah lakukan.
pengalaman tahun ini banyak memberi pengajaran dalam hidup.
bermula bulan januari 2011.. 'pengalaman' bercuti dalam rusuhan mesir..
banyak lagi pengalaman suka duka.tawar.pahit.manis.
nak taip balik semua memang tak termampu.
biarlah kenangan itu terpahat dalam ingatan.

2011- tahun mencari identiti.

matlamat dan tujuan hidup dah ditemui.
gerak kerja??insyaAllah tak boleh terhenti.

maaf sekiranya tahun ni, Nuraisyah Mohd Zamshari ada melakukan kesalahan.
tidak memberi manfaat.
ada hak anda yang tak tertunai.

semoga hari esok (tahun 2012!!!) lebih baik.
tahun baru. semangat baru!
syukur dipanjangkan usia untuk merasa tahun 2012..
and yes..
insyaAllah 20 tahun hidup di bumi Allah ni..
20 tahun??
huu..num 2 kat depan..err..

notakaki: study physiology kat Bayt Aflah. sedar post 2011 kurang dari separuh daripada tahun sebelumnya.hehe.bukan pemalas.kuantiti tak menjamin kualiti kan?? (alasan lagi.)

jom kejar redha Allah!




Friday, December 30, 2011

kisah kawan dan coklat :)

assalamualaikum.
mood final exam memang merasuk minda..ahh..lantak lah hiperbola ke tak.
terlalu risau dengan ujian dunia yang ntah seberapa je tahap kesusahan berbanding bila berhadapan dengan ujian dengan Maha Pencipta kelak..
okeh.
mari kita bercerita di petang jumaat yang indah ini.
menghilangkan sedikit stress..(padahal x banyak baca pun lagi)hehe..

kisah dua orang sahabat baik,Lili dan Lala(malas nak pikir nama samaran lain dah..even lala sedap dimakan sekali pun..hehe)
Lili dan Lala dah lama berkawan baik..dari tadika sampai lah sekolah menengah..diorg banyak berkongsi cerita..suka,duka,gembira,ketawa,..etc..
diorg juga berkongsi minat yang sama..makanan yang sama..dan banyak masa diluangkan bersama..kadang-kadang diorg selalu je gaduh..berebut nak benda yang sama..tapi..semua tu buat hubungan persahabatan diorg jadi lebih erat..biasalah. gaduh-gaduh manja!

pada suatu hari. Lili ajak Lala keluar rumah.Lili nak beli coklat kegemaran dia.sebenarnya..kerap lah jugak Lili ajak Lala beli gula-gula..Lala pun suka gula-gula sebenarnya..tapi hari tu.Lala tak nak temankan Lili. Lala cakap dia ada hal hari tu. Lili pujuk gak Lala..tapi Lala tetap tak temankan Lili. Lala keluar rumah..tapi pergi ke tempat lain. Lili terasa hati. pelik kenapa Lala tak nak temankan dia..Lili ingat Lala dah tak sudi nak kawan dengan Lili lagi.mungkin Lala dah bosan kawan dengan Lili.mungkin Lala dah ada kawan baru..
hari tu..Lili pergi kedai dengan orang lain.

disebabkan kejadian hari tu. Lili dan Lala dah jarang berjumpa. tak bertegur sapa. tak berkongsi cerita..Lili dah ada kawan baru..

dalam sebulan kemudian..
Lala beranikan diri tegur Lili dalam kelas. mula-mula rasa kekok. sebab dah lama tak bersembang..
Lili tanya Lala.kenapa Lala tak nak temankan dia pergi beli coklat hari tu??
Lala mulanya berat hati nak cerita..Lala hanya tersenyum tawar. Lili tanya lagi.."Lala dah tak nak kawan Lili dah ke??"
bila dengar soalan tu. Lala mula rasa serba salah. Lala pun terpaksa cerita perkara sebenar...

"sebenarnya Lala bukan tak nak kawan dengan Lili..tapi kita dah selalu sangat makan coklat.Lala tau coklat tu sedap.Lala pun suka.tapi kan Lili....coklat tak elok kalau kita makan banyak2.nanti boleh kena DM(diabetes melitus),obesity,carries gigi..Lala tak nak kita berdua sakit.Lala sayang Lili..Lala ingat kalau Lala tak temankan Lili. Lili tak kan makan coklat hari tu.sebab tu Lala tolak permintaan Lili hari tu..bukannya Lala tak bagi langsung Lili makan coklat..tapi kena lah berpada-pada.tak boleh lah suka hati je..kita kan nak kawan sampai syurga..Lala tak nak kawan yang Lala sayang sakit nanti..Lili faham kan??"

sekian~
sorry cerita tergantung.
biasalah drama Melayu ending memang kena reka sendiri pun..hahaha..(dah tak betul dah otak ni)kalau ada sesiapa yang lambat paham cerita di atas..
sebenarnya nak cerita..
dalam hidup ni. kita perlu berterus terang sebenarnya..kadang-kadang niat baik kita tak tercapai dek kerana orang lain tersalah faham apa yang kita cuba sampaikan..
manusia bukannya boleh baca hati orang.
so..
be honest!
if you really care about your friend.. let them know apa yang kita cuba nasihatkan.

"dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (surah Az-Zariyat 51:55)

Wednesday, December 28, 2011

jadual next sem

assalamualaikum.

nah! jadual next sem..huwaa!!
sabtu ni de paper genetic.
doakan~

Tuesday, December 20, 2011

bila diminta bersuara.

assalamualaikum.

semoga kalian sihat2 selalu.angin kuat pagi ni di bumi irbid(laporan kaji cuaca tbe2). sejuk?mestilah! hee.

semalam dapat satu msg hangat. err. mungkin kurang hangat daripada panggilan hangit. tapi cukup buat jiwa ini kacau satu malam. tak lena tidur. (padahal tidur sampai 7 jam). argh!! panggilan untuk berkhidmat. huu. bukan berkhidmat kat sempadan negara pun. setakat kena wat demo bahas je. tapi... (BIG BUT here!!)

perasaan malu lepas rasanya masih berbaki. adeh.. kenangan berbahas bbrp bulan lepas rasanya belum hilang dari memori. perasaan itu masih sama. malu.takut.cemas.gugup.gagap. and yes..serabut! ramai orang rasa senang je nuraisyah ni untuk bercakap di hadapan orang ramai. mungkin itu dulu. ntah kenapa..sejak masuk intec. keberanian itu kian pudar. mungkin rasa inferior bila jumpa orang lagi pandai kat intec..makanya. malu untuk mengeluarkan pendapat.
bukan nak kata kat sekolah dulu xde orang lagi pandai. hish! tipu lah xde..

oh ye. mungkin ada yang rasa saya ada basic debate. emm..sebenarnya.. (statement jujur) insan yang menulis ni x pernah pun mewakili sekolah dulu. hahaha! sekadar menyelit dan menyemak dalam team bahas.then..berpaling arah. memilih untuk bermain basketball.. spe2 yg sek SBP dulu mesti tau kan yg HKSBP ada basketball and debate. so kena pilih salah satu je.. so prefer jadi pemain basketball.

owh. rasanya x ramai yang tau alasan sebenar saya keluar from bahas dulu. hee. actually dah lupa dah pun sebab sebenar. tapi rasanya dulu. saya fikir. sementara masih muda utk bermain basket. baik main basketball dulu. nak bahas ble2 boleh. time kat toilet sementara tunggu turn pun still boleh debate kalau nak..tapi nak main basket..kena ada team, bola..court! so peluang ber'basketball' tu jarang berlaku.

and rezeki Allah. tahun yang saya mengundurkan diri dari bahas tu lah..tahun yang team bahas sek mula melonjak naik kembali. tipu lah x jeles kan?? still ingat ayat cikgu time tu.

"tu lah aisyah..x nak join debate..kalau tak. awak dah boleh menang dah..join basket tu bukannya menang pun..dalam kumpulan pun tak menang...bla..bla..bla.."

deh. macam kena hiris halus hati ni. mana lah nak lawan cakap cikgu kan??so..diam dan :) je lah.
tapi. serius! bangga dengan kawan2 dan adik2 team bahas time tu..dan sekarang!
hebat kot..

menyertai mereka. jujur. kenangan manis sepanjang sek.
hehe.. being debater is more glamour than basketballer!

emm. kat jordan ni pernah lah beberapa kali main basketball kat JUST. coach sgt baik kot! tapi..semenjak amik part time memupuk lemak ni..memang hasrat nak main tu terkubur je lah..sekali pergi. coach suruh lari 3 round court! err..pancit kot.. (zaman sek dulu 3 round sng je!)
plus. berat badan yg bertambah..memalaskan diri utk berlari seperti dulu..haha..alasan!!

mood utk bertikam lidah dgn orang dah xde.. sekarang kalau x puas hati ngan orang pun. lebih prefer diamkan diri dan bersabar.mungkin dulu mampu marah dan menengking tegas. menyatakan pendapat dengan menyatakan pendapat orang lain itu salah..for me. its not a good way utk buat org lain terima pendapat kita.

ini just pendapat saya. manusia biasa2. i do respect orang yang ada bakat untuk berbahas/debate. seriously. berbahas bukanlah sangat susah dan sesenang yang disangka. semua orang mampu berbahas. tapi berbahas dengan baik itu tak semua mampu.

lastly. maaf post kali ni panjang daripada biasa. melepaskan kerisauan diri. doakan dipermudah segala urusan. dijauhkan dari segala kemungkaran.

notakaki: masuk pertandingan bercerita kat tadika dulu lagi best. x payah risau orang nak bangkang apa..kecomelan bercerita time tu mampu buat orang senyum siap. (perasan!!)

hehe. :P

Sunday, December 18, 2011

kisah cinta kita.

Bicara tentang cinta
pada suatu tanpa nama..

Bicara tanpa kata
sukar luah rasa seribu cinta
antara kita..
aku dan mereka

walau tidak sua muka
walau tidak ramah mesra
walau kita lain benua
kita yakin sama cinta
kita yakin jalan sama
kita yakin sama cita

Bicara tentang cinta
pada Dia Maha Kuasa..

Bicara rasa kongsi cerita
kita sama luang masa
duduk sejenak ingat Pencipta..

walau bertatih diri dibina
walau ujian datang menimpa
walau berperang nafsu dunia
kita harungi ujian bersama
kita sama harap redha Maha Esa
kita sama buru manis cintaNya..

Bicara tentang cinta
indah bila dapat dicerita
kongsi cerita suka duka
KITA sama rasa..satu CINTA.

Saturday, December 10, 2011

Dia Kaya!

assalamualaikum buat semua.

sihat?alhamdulillah..semoga dengan kesihatan ini kita tak lupa pada Maha Kuasa.
hurm..menaip dengan sangat lemah gemalai..(bukan perasan sopan..ayu..etc)tapi penat..
x patut kan muda2 dah rasa penat??haish!

kepenatan bukan alasan untuk tidak bergerak..kan?

biarlah jari ni bergerak selagi mampu..sementara jasad pinjaman Allah ni masih boleh menyampaikan sesuatu..walau mata ni layu kepenatan..akal ni masih mampu berfikir waras..alhamdulillah.. :) dan tahniah kepada pembaca blog biasa2 ni kerana masih diberi pinjaman mata untuk membaca apa adanya..

perkongsian drpd seorang kawan..
surah Al-Fatir (35:1-15)
sangat menarik kot surah ni..serius!!(mana ada ayat Al-Quran x menarik kan??)
p/s: sila buka Al-Quran tafsir kalian untuk maklumat selanjutnya..(nada iklan kat kaunter.)

segala nikmat kurniaan Maha Kaya..sebenarnya bukan sekadar sangat cantik pada pandangan mata semata-mata..tetapi ada sesuatu di sebaliknya yang membuatkan kita boleh berfikir..bukan sekadar berfikir kosong..berfikir yang mampu mendekatkan diri hamba kepada Penciptanya..
manusia yang paling genius dalam dunia ni sekali pun belum mampu mengawal peralihan malam-siang..hujan..awan..angin..

bila kita lihat segala ciptaan Allah..terlintas dalam hati kecil ni..
"Allah sangat power sebab boleh control semua yang ada kat dunia ni dalam satu masa.."

Subhanallah..sangat indah dan sempurna segalanya..

mengenangkan subjek2 doktor yang semakin mencabar dan serabut saban hari..
menyebabkan diri ni lebih menghargai apa yang ada...

anatomy.
belajar mengenai anggota badan..sounds simple ala2 melihat movie Grey's Anatomy.(x pernah tengok pun..hehe..)tapi sebenarnya..Grant's Atlas of Anatomy (textbook ktorg) yg perlu dibaca..dihafal..dihayati..erkk..
memerlukan kesabaran yang menggunung tinngi..berapa banyak muscle yang kita guna untuk online ni pun dah sangat mengagumkan..(x dapat tulis exact amount sebab x ingat..sob2..)

histology.
belajar pasal cell..ala..simple je..cell je pun..basic unit of living things kot..so..its not a big deal lah..(nada berlagak yang menipu!!)
okeh..subjek ni macam "senang"...tapi keseronokan melihat cell yang berwarna-warni setelah di'stain' kan di bawah microscope..berakhir di situ bila anda sedar anda perlu tahu segala structures and funtions of the cells.. -_-"
banyak kan cell badan kita??..and if ada cell kita yang Allah jadikan merajuk daripada function sebenar..maka..

kita akan tengok Pathology.
secara simplenye..belajar pasal cell yang sakit..kancer..etc.
Allah dah tunjuk contoh terdekat.
bila ada cell badan yang "tak normal"..maka akan terganggu lah sistem badan tersebut..

sama juga macam manusia..kalau ada perlakuan yang "tak normal"(bunyi mcm aneh sikit kan??)
emm..kalau ada perbuatan kita yang menyalahi hukum Allah..maka akan terganggu dan rosaklah catatan amal kita kan??

okeh.azan maghrib sudah kedengaran.
solat yok!
sekian~

notakaki:maaf sebab idea x tersusun. dah lama meninggalkan bakat penulisan.ditambah kepenatan yang mengganggu minda. :/

Friday, December 9, 2011

?

pelik melihat gelagat mereka.

best ke??




semoga Allah terus kuatkan hati ni mencari cintaNya..

sebelum masa yang tepat itu tiba...biarlah cinta ni dijaga rapi..

Sunday, December 4, 2011

sayu.sedih..

semoga kalian dalam rahmat Yang Esa..

hari ini mungkin kita masih bernyawa..
mampu menikmati segala nikmat di dunia..
mampu tersenyum gembira bersama..
mampu berkongsi cerita..suka duka..
mampu melangkah riang ke sini sana..

hari esok?
mungkin bukan lagi milik kita..
saat bila dipanggil Maha Kuasa..
tiada lagi tawa..
mungkin tangisan mengiringi..mungkin juga simpati..
mula mengira bekalan diri..
sama ada cukup untuk menghadap Illahi..
balasan atau nikmat??

saat Allah menjemput..
bukan usia, jantina, warna kulit..bangsa..menjadi tiket..
hanya amal dibawa untuk menuju ke destinasi yang satu..
syurgaMu..

"Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi ingatlah) : bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." (surah Al-Hasyr 59:18)

tersentap membaca ayat ni..sebab diri kerdil ini sedar..
belum cukup amal untuk menghadapNya..

semalam semua pelajar Malaysia di Jordan sedih..
sayu...
hilangnya ditangisi..
terlalu cepat rasanya dia pergi..dalam keadaan semua mencari bantuan..

notakaki: semoga pemergian allahyarham Illham Ellani semalam menjadi tazkirah buat semua..ajal maut tak kira usia..semoga semua kawan2 tetap kuat untuk hadapi exam hari ni..minggu ni..emm..semoga Allah merahmati kita semua.. insyaAllah..