Saturday, February 4, 2012

januari 2012?

assalamualaikum.

khabar apakah kalian?
iman?

emm..alhamdulillah Allah pinjamkan nyawa lagi. masih mampu gerakkan jemari even rasa sedikit kaku. heater tbe2 extend cuti plak. dah lama tinggalkan sempena cuti ni. terlupa dah habis gas. tanpa gas. heater tersebut ibarat kotak hitam besar di penjuru bilik semata-mata. bilik dah rasa separa igloo. (xpernah rasa dalam igloo mcm mne pun.. ^^,)

okeh. januari 2012.
Allah gerakkan juga hati ni untuk kembali menulis.berat sebenarnya memulakan langkah kali ni.
takut tulisan ni. hanya bacaan kosong semata-mata. saya buang masa menulis. anda buang masa membaca. na'uzubillah..

maka,biarlah kata-kata ringkas tapi boleh buat kita berfikir siapa kita..
ringkasan januari 2012.
final exam-break-bercuti.
(result dah keluar sebelum pergi bercuti. one word: alhamdulillah.)

tempat percutian: belgium-ireland-UK(manchester-london)
syukur Allah kurniakan peluang mengembara di negara orang..

mereka mempunyai nilai.tapi tiada Islam..
alhamdulillah kita punya Islam. tapi nilai islam?
mereka Islamophobia?atau memang kita buat mereka fobia?
syukur Allah tempatkan saya di bumi Jordan. tanah Arab.bumi Anbiya'.
tapi..sampai sekarang saya masih berfikir.
mana hilangnya keindahan nilai Islam di negara ni?di Malaysia tu sendiri?
mungkin modenisasi mengaburi nilai masyarakat kat sini..
sama kes macam kat Malaysia.

punctuality. kebersihan. respect others.
just short lists nilai yang mereka tunjuk. dan seharusnya.sewajarnya..etc.
yang kita perlu ada.
mungkin kita semua ada.tapi pudar.kelabu..samar.

mereka tak mustahil menjadi lebih baik daripada kita andai Allah berikan mereka hidayah Islam.
kita??
sekadar melepaskan diri hanyut dalam dunia sendiri..terasa selesa dengan ke'Islam'an diri.
Islam vs islam.
kata nama vs kata kerja.

buat kita berfikir, kan?

notakaki: insyaAllah esok dah mula sem baru. doakan semuanya lancar.
insyaAllah next post akan cerita in detail pengalaman di negara mat saleh..semoga Allah mudahkan.
gambar2 juga menyusul kemudian.