Sunday, June 23, 2013

bulan.bintang:memori tak hilang

Assalamualaikum.
Hari pertama semester baru kali ini bermula dengan mood berbeza. Hari ini aku kuatkan semangat, menggagahkan hati berhadapan dengan manusia. Cuti terasa sekejap..dan cuti kali ini Allah hadiahkan pengalaman berbeza..sangat berbeza. Biasanya, rasa teruja bila berjumpa kawan selepas bercuti..bertukar cerita,pengalaman masa cuti..kali ini, keterujaan itu memakan diri..sakit.

Aku bukan tak mahu berkongsi cerita, tapi aku penat menahan perasaan, penat tahan air mata, penat berperang emosi. Biarlah tulisan aku kali ni, aku luahkan..biar kalau air mata yang tertumpah bila menulis kali ni..tak perlu lagi aku tahan.
Dah lama aku mencari 'sesuatu' untuk dikongsi dalam blog ni. 'Sesuatu' yang mampu memberi 'sesuatu' pada aku dan pada orang di sekeliling aku. Dan mungkin ini yang masa yang terbaik untuk aku berkongsi cerita.

"Buat apa je kat jordan cuti ni?"

Bagi aku, ini bukan soalan aneh. Soalan normal diajukan kepada 'penjaga Irbid'. Namun, kali ni..soalan tu terasa macam sembilu. Berbisa. Sakit..dan tak semena..aku rasa mata aku panas..
Sepanjang cuti, aku tak duduk diam di rumah sendiri. Banyak masa bersama kawan-kawan sama batch yang setia 'jaga Irbid'..aku jadi nomad sekejap. Makan, tidur, mandi di rumah kawan..Semua aktiviti harian semasa cuti, kami rancang bersama.

Allah atur pertemuan aku,kami dengan mereka.
Keadaan memaksa aku dan beberapa kawan untuk jemput mereka di airport. Dengan hanya tahu nama, jadual penerbangan..Alhamdulillah Allah temukan kami. Kami berbual ringkas dalam kereta on the way ke Irbid.
Perkara pertama yang aku rasa menarik tentang dia..
"astrofizik"
err..jujur..itu kali pertama aku dengar course tu wujud kat dalam dunia ni. Dan respons pantas aku..
'wow..uniknya course!belajar apa?'

Boleh aku kata.kehadiran mereka 'menyempurnakan' kami..kami bertiga dan mereka berdua.
cukup satu kereta.
cukup meja makan..siap kena tambah kerusi.
cukup terasa satu family.
cumanya..kami kadang keliru.siapa mak?siapa ayah?haha..
keunikan karakter masing-masing, bagi aku..semuanya menghiburkan.saling melengkapi.

Keesokan harinya,kami berlima memulakan pengembaraan bersama. Jalan-jalan di Jordan terasa asing untuk orang yang baru. Aku dah tahun tiga, tapi aku tak ada pengalaman memandu sendiri di Jordan. Itu kali pertama. Makanya, GPS harapan aku.Bukan kami tak pandai guna GPS..tapi bak kata seorang senior..'jangan percaya sangat GPS kat Jordan ni..jalan pelik-pelik dia tunjuk kat korang.'Ada betul juga. Entah pelusuk mana jalan kami lalu. Akhirnya, kami tukar plan.Kami hanya ke Umm Qays dan kemudiannya bermalam di Sharhabil Hassaneh Ecopark.Malam itu, peluang kami ber'pillow talk'..peluang untuk bertaaruf, bertukar cerita..tapi,mungkin sebab perjalanan panjang hari tu..kami hanya sempat bertaaruf ringkas.Ringkas tapi aku rasa, itu permulaan baik untuk kami.

Hari-hari berlalu pantas.
Tak pasal-pasal mereka berdua kami heret ke semua program, tempat, rumah yang kami pergi. Majlis Konvo senior di Amman, di JUST..mereka ikut serta..ahli baru PERMAI nampak gayanya.
Dalam koster..nak ke majlis senior di Amman, kami kena tulis nama di kertas yang disediakan.Aku offer diri untuk tulis nama kami berlima..bukan sebab tulisan aku cantik.kertas yang dihulur tu hala ke aku dulu.hee..

'akak,saya tulis nama akak tau..'
-Nur Ili Dayana Mazlan.
-Sumayyah Romli

"haa..dah agak dah.mesti salah eja nama orang."
'eh?salah eh..sorry.sorry.'
"s.u.m.a.i.y.a.h"
'hee..mana kita tahu eja camni..sorry tau'

Aku pandang wajah sebelah aku tu dengan penuh rasa bersalah.Kata 'ukhuwwah fillah'..tapi salah eja nama..ouch!mungkin sebab aku sendiri sensitif dengan ejaan nama aku.Makanya, aku rasa macam dah buat kesalahan besar waktu tu.

Semuanya Allah dah tentukan.
Petang tu,aku pulang ke rumah..rindu nak tidur atas katil sendiri.Keletihan baru pulang dari satu rehlah dengan kawan-kawan. Seorang kawan tiba-tiba call..katanya mereka kemalangan.Aku terduduk..menangis.blank.Terasa baru sekejap tadi aku dengar suara mereka..baru semalam kita dinner bersama..baru semalam aku dengar pengalaman mereka di kota london.ahh..baru sekejap tadi.Air mata aku laju.Aku terdiam nak hadam apa yang aku baru dengar.Aku ambil wudu'..cari kekuatan.Setiap saat kemudiannya berlalu sangat panjang......
Malam tu, aku tak turut serta ke hospital.Ikutkan hati,mahu je nak berlari sampai ke sana.Aku hanya tunggu di Irbid..menanti update dari kawan.
Aku bangun pagi hari tu, dengan harapan semua yang berlaku tu mimpi.Aku baca mesej di handphone..ahh..ni bukan mimpi.ni bukan mimpi.

Semalam aku dan kawan mengemas barang mereka.Lipatkan baju mereka yang masih lagi tersidai kat ampaian.Aku masuk bilik tidur mereka..sayu..beg purple tu yang mereka kongsi waktu datang ke sini.Ni baju sumaiyah..ni baju kak ili..
Sepanjang hari bergenang air mata.Pantang termenung..diam sekejap,mesti air mata mengalir.Masing-masing cuba kawal emosi..terima realiti.Aku cuba kalih cerita, konon nak elak sedih..tapi cerita aku rasa kelat.

Sampai saat ini, aku belum berkesempatan melawat kak ili..hamba Allah yang aku yakin sangat kuat..paling kuat yang aku kenal hadapi semua ini.Aku tak berkesempatan tengok jenazah..tapi kenangan bersama dia.lebih kurang seminggu ni,aku simpan rapi dalam memori..aku tahu,tak ramai faham perasaan aku sekarang.Cukup aku kata..jangan bersimpati dengan aku.aku bukan menangis sebab aku sedih dia pergi..cuma air mata ni degil..mengalir tiap kali aku ingat kenangan aku dan mereka..tiap kali aku lalu jalan yang sama..aku sebak.

'mesti sumaiyah selalu tengok bulan..bintang, kan??ktorg selalu tengok gigi je..hehe..'
"mana ada...."

dialog tu aku ingat setiap kali aku pandang langit malam.
syukur.Allah beri peluang untuk aku berkenalan dengan dia..walau sekejap,terasa sangat bermakna.dia yang aku kenal..sangat jujur orangnya.baik.

Pemergian kali ni,terasa begitu dekat.
Betul lah.Allah dah tentukan.tak lambat seminit.tak lambat sesaat..

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami." (Surah Al-Anbiya' 21:35)

Saturday, May 11, 2013

emak, aisyah dan impian

Emak,
aisyah mungkin lupa raut wajah mak saat pertama kita bersua,
aisyah mungkin lupa sentuhan lembut mak yang pertama,
aisyah mungkin lupa apa yang emak kata...

Emak,
semakin aisyah membesar,
semakin banyak kenangan kita bina berdua,
dan aisyah semakin sedar..lagi banyak memori indah perlu aisyah simpan.
aisyah selalu rajuk, mengamuk.
emak selalu sabar memujuk..
walau adakala pujukan itu mak hadiahkan dengan rotan.
leteran nasihat mak yang panjang..
tapi aisyah tahu, itu bukan sebab emak tak sayang.

Emak,
anak mak yang seorang ini.
dulu yang selalu buat mak pening pagi-pagi..
yang mengada-ngada perlu berteman ke sekolah..
yang selalu nak menang, tak nak mengalah..
sekarang anak emak yang seorang ini.
tengah rindu pada emak..
tengah rindu tidur dalam pelukan erat emak..
tengah rindu nak cium tangan emak..
ya mak.
anak mak yang kuat nangis dulu..
tengah menangis sekarang.

Emak,
semoga mak terus beri inspirasi.
menjadi penyeri kala sepi.
menjadi penenang kala sukar..
penguat semangat. pemberi nasihat..
tetap kekal jadi pemaisuri dalam hati ini..

Emak,
kalaulah sekarang aisyah mampu terbang pulang...


ni adalah simptom normal budak yang 'sakit rumah'.
di tambah dengan tekanan exam.
tambah lagi plan untuk tidak pulang.
ahh.
tisu dah bersepah tepi laptop.
sekian.

cak!

assalamualaikum.
ye. blog ni sudah bersawang. mungkin kalau istilah kedai.. dah lama 'bungkus'.
dah. penat salahkan exam yang berlambak.
salahkan rasa malas yang menebal..
salahkan program tak berkesudahan.
memang manusia ada sepuluh jari untuk ditundingkan pada yang lain.
bukan pada diri sendiri.
eh.
ini sarcastic. harap maklum.

sekarang dah berada di penghujung semester 2 tahun 3.
makanya, sebelum menikmati cuti yang indah..
seperti biasa.
deretan final exam yang mencabar perlu dihadapi dengan gagah.

okeh.
disebabkan zon study sudah menyala2.
ramai yang dah bertapa dalam gua.

dan mulalah diri ni bermonolog.
heh.pathetic!
tak ada teman untuk berdialog.

hey aisyah.
Allah kan ada!

hehe.
tahu~

Saturday, February 2, 2013

Jan 2013. short review.

 
 
Assalamualaikum.
eyt!
waa..dah lama terlupa ada blog.eh..dasyat sangat dah ni..
2013!
 
Alhamdulillah.
permulaan tahun ni diwarnai dengan pengalaman2 baru.
terasa sangat cepat masa berlalu.
syukur.Allah hadiahkan banyak perkara yang diidamkan sekian lama dalam awal tahun ni..
 
nanges.terharu..sobs..
 
9 Jan 2013 : salji di irbid.
 
 
rasa macam mimpi.
owh.
Alhamdulillah. Allah sampaikan juga hasrat hati ke Haramain.
Alhamdulillah..winter break kali ni dapat ke tanah suci.
Alhamdulillah..mata ini dapat melihat kebesaran Illahi.
Alhamdulillah..
 
speechless.
25 Jan 2013: first time solat jumaat and masyaAllah..at Masjid Nabawi
 
 
 
26 Jan 2013: Kaabah, Masjidil Haram



@masjidil haram. tgh tunggu solat asar :)

Tuesday, November 13, 2012

pemadam.

Assalamualaikum.
hoyeh!!
exam dah habis..(huk2.next:khamis depan.)
kita selalu dengar orang cakap..

"aku tak layak lah..aku tak baik macam kau.."
"alah..orang yang banyak dosa macam aku ni,mana boleh wat kerja2 baik macam tu.."


Islamic Center, Brussel, Belgium


*kesalahan-kesalahannya (sorry.ada salah eja kat atas)


see..
kan Allah dah bagi tahu. dengan lakukan kebaikan..Allah akan hapuskan kesalahan-kesalahan yang kita buat..(dosa-dosa kecil)
plus..bagi yang lebih baik siap..
sweet kan?

tapi..cuba tengok balik ayat tu..
"dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,..."
orang-orang yang beriman = mukmin.
pentingnya menjadi orang-orang yang beriman as requirement supaya amal kita diterima..
kalau buat kebaikan menggunung pun..bukan kerana Allah..rugi lah kan..

sebenarnya, kita biasa je guna formula ni.
nak padamkan api..guna air.
nak hilangkan pedas..makan gula.
nak turunkan berat..work out..(haha.tiba2!mood winter kan??)

so?

jom sama-sama tingkatkan keimanan plus tambah kebajikan.
hey kawan! siapa yang tak nak kesalahan dihapuskan, kan???
sedangkan dengan manusia..kalau kita tahu kita ada salah..berusaha sungguh2 nak minta dia maafkan.
inikan pula dengan Allah..

28 zulhijjah 1433H : sy dah 21 tahun. (woo..but, im prefer guna masihi.)
alhamdulillah. :)

Sunday, November 11, 2012

pelangi selepas hujan.

Assalamualaikum..

alhamdulillah. hujan hari ni. suasana 'winter' dah terasa.. warga irbid dah keluarkan jaket masing2..
baju-baju tebal yang tersimpan lama dah boleh disusun balik dalam almari..
deretan exam seperti biasa..memenuhi planner bulanan..yeah!

minggu exam.
diuji bukan sekadar 'exam online' jamiah (universiti)..tapi Allah hiasi dengan pelbagai ujian. luar. dalam.
yes. ujian mematangkan. ujian juga buat kita lebih dekat denganNya..
ujian dengan perasaan sendiri.ujian mujahadah diri.ujian dengan kawan2, situasi, rumah, lecturer, pak cik bas..amalgam(tiba2)..hehe..etc.etc.

sy bukan scorer. apatah lagi top student kat sini..
tu bukan ukuran pun..betul..for me, dapat markah yang tinggi tu hanya bonus dari Allah.
sebab sy sedar, usaha sy tak setanding dgn result yang sy dapat..huu.
markah exam antara perkara yang sgt privacy utk dikongsi..betul ke?
sy tak sorok pun markah sy..hee :) (tu kira abnormal eh??)

untuk exam prostho lepas..rasanya tu dapat markah the lowest so far.
exam online. keluar markah terus..emm..i got 13/25..err.
first tengok markah..terus bahagikan 25/2=12.5..alhamdulillah..lebih half. lulus. :D

ada orang yang tahu markah sy.

"sabar eh aisyah, jangan sedih2 tau.."
"aisyah, okeh tak ni?"

emm..sy bukan orang yang tak ada perasaan bila dapat tahu ada orang lain yang markah jauh lebih tinggi daripada kita..sy tahu je untuk sedih bila dapat markah rendah.
sy pernah je menangis sebab markah. tapi tu semua dulu..yup. suatu masa dulu.

sekarang. bila tahu ada orang yang dapat lebih tinggi daripada sy. sy seronok. betul. bangga dgn orang tu, ye lah ada gak budak melayu yang scorer.
sy tak menangis. tak sedih..bukan sebab tak ada perasaan. tapi takut..Allah tarik nikmat lain..
dari 25 soalan tu..sy salah 12. dan Allah bagi sy 13..sy takut kalau pandang sangat yang 12 tu..macam tak bersyukur dgn 13 yang sy dapat.sepanjang perjalanan balik dari exam time tu..penat kepala ni berfikir kenapa Allah uji sy?
apa yang Allah nak ajar sy?
and alhamdulillah..i found the answer..sy teringat ayat Allah..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat." (Surah Ibrahim 14:7)


sy yakin. Allah bukan saja2 hadiahkan sy markah tu..sepanjang berjalan kaki tu. memang sy saja guna jalan jauh nak balik rumah. memang saja cari peluang muhasabah diri..cari peluang mensyukuri segala kurniaanNya..

alhamdulillahi 3ala kulli hal..
hari ni doctor prostho tampal markah kat board..tengok markah exam.(even sebenarnya dah tahu)
sebab ada students yang markah tak keluar kat komputer after exam..
alhamdulillah..bila check balik nombor..tgk markah..rupanya doctor ada betulkan markah..
16/25
syukur. gembira. 

betullah..Allah akan tambah nikmatnya.

"(dental material): two different metals that bond together have to react in the same way at certain temperature..if not, either one will break.."


sama macam manusia. hati dan tindakan perlu selari.
kalau hati mensyukuri. jasad juga sama. :)
pesanan utk diri ni dan kawan2..bersangka baik dalam setiap ujian Allah. bersangka baiklah pada Allah..
Allah turunkan hujan. dan kemudian Dia hadiahkan juga pelangi....

Wednesday, October 17, 2012

laut.

Assalamualaikum.


Dead Sea, Jordan

huu. analogi hebat kan??
love notes from Allah..
ilmu dan nikmat Allah itu luas..
Allah Maha Besar!

hari ni 1 zulhijjah.
cepat masa berlalu..dah masuk bulan terakhir..
jom sama2 tambah amalan di awal zulhijjah ni.. :)
bulan pengorbanan. apa yg dah kita korbankan utk agama Allah??
blurp..

notakaki: happy birthday kak ana!the best sister and friend ever. love u.