Tuesday, March 20, 2012

cuaca.

salam.

kejap panas.kejap sejuk.
menanti summer yang panas. nanti winter yang sangat sejuk ni dirindu-rindu.
manusia suka mengeluh dan tidak bersyukur,kan?

"sungguh,manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya." (Surah al-Adiyat 100:6)

cuaca berubah-ubah. bumi makin sakit mungkin. sakit dengan perangai manusia.penduduk bumi semakin lupa Tuhannya. jiwa hamba yang sepatutnya ada..bertukar ingin menjadi tuan dunia.

takut dengan situasi sekarang. perang sana sini. kes buang anak. anak kena culik. bunuh.
kenapa main2 dengan nyawa??
manusia bukan anak patung. boleh main bunuh suka hati.
anak patung pun orang jaga sayang elok-elok.

takut. Allah kan Maha Melihat.

notakaki: exam berderet buat diri ni penat. tapi bak kata seorg kawan. "dunia ni kan memang tempat untuk berpenat-penat..."

dush. so true. biarlah kita penat betul2 keranaNya..untuk kita rehat di tempat sebaiknya..insyaAllah. :)

Wednesday, March 7, 2012

wax.

Assalamualaikum.
alhamdulillah. hari ni dalam sejarah. nuraisyah buat pertama kalinya mengukir gigi.
ukir gigi?
ni untuk subjek dental anatomy. so, ktorg kena belajar anatomy gigi.fuhh.
sgt kagum kot. mula2 orang lain dapat tau ambil course dentistry..

"lima tahun belajar pasal gigi je??lama nye..kenapa tak amik medic terus??"

okey. sekarang dah jumpa alasan yang sgt mantap. satu batang gigi pun sangat detail kena tahu.
err..9 mm lebar. 10.5 mm panjang. mesial-distal-incisal-facial.etc..
seriously, bila anda mengetahui function setiap bentuk gigi. anda sangat menghargai setiap lekuk gigi.syukur. Allah beri nikmat gigi. normalnya, kita ada 32 batang gigi. banyak kan??
nak rasa penting ke tak setiap batang..try tanya orang yg xde gigi..
or. for sure kita semua pernah rasa sakit gigi..ya Allah..rasa macam nak demam kan?

hari ni mula belajar carving gigi 'maxillary permanent central incisor'
carving on wax block.
wax??menarik.. time kanak2 main dengan tanah liat je. dah dewasa ni..latih bakat mengukir plak.
tangan yang tak berseni ni terpaksa dilembutkan untuk mengukir. silap langkah. terganas melampau. boleh patah wax ni..


(bentuk macam batu nisan kan?hehe..tak siap sepenuhnya lagi.)
bagi kawan2 dentist yang tengok gmbr di atas, maaf lah..buruk sket..tak wat betul2 lagi..yang penting..sbg budak baru belajar, saya berjaya tidak mematahkan wax block hari ni..yeah!

hebat mana pun manusia cuba meniru ciptaan Allah.
pastinya tak tertanding kehebatanNya..
"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."(Surah At-Tin 95:3)
notakaki: ingatkan cikgu je ada kaitan dengan lilin. dentist pun ada lilin jugak. (hehe..abaikan.)

Sunday, March 4, 2012

Mr. A, sweet!

Bismillah..
memulakan gerakan jari di papan kekunci. alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang masih mampu dinikmati. syukur juga atas kesempatan waktu untuk merajinkan diri menulis.
tengok balik post lepas..err..dalam sebulan juga tak ada post baru.
maaf.
banyak sangat perkara yang menarik yang nak kongsi.hee. andailah papan kekunci ni boleh automatik tulis apa yang nak dikatakan..kan best??hehe..pemalas sangat dah tu.
dah2..dah lewat dah sekarang.mari kita mulakan cerita.

balik dari kelas hari ni. berkesempatan gi shopping kat c-town seke
jap. emm. kalau kat Malaysia, lebih kurang cam pasaraya giant. (skema plak.)emm..ada lah beli beberapa barang..
pilih2 barang. dalam 15 minit. then. gi kaunter cashier. rutin normal membeli belah. hehe.
cuma ada ending yang tak normal kali ni.

di sebabkan nuraisyah ni seorang yang sangat "cermat"..perkara yang mustahil berlaku tu tidak mustahil. hehe. al-kisah anak dara shopping..baru nak start gosip...time ambil barang kat cashier tu, tak perasan sebenarnya tangan tak masuk pun kat lagi satu plastik barang. makanya..jatuh lah plastik tersebut..and the best part is..salah satu barang dalam plastik tu ialah sebuah botol madu bersaiz besar..lebih kurang 1kg madu..agak besar lah.memang saya pemakan madu tegar. (bunyi cam makanan sihat sket)

tiba2 jadi famous untuk beberapa ketika..banyak mata yang memandang..saya hanya tunduk malu..kawan kat sebelah pun 'blur' untuk beberapa saat..
err..botol madu besar pecah kat depan khalayak ramai kot! madu! bukannya air biasa yang senang nak lap..
okeh. memang melayu itu sopan. saya angkat lah plastik bermadu tu pelahan2..sebabnya x tau nak wat apa. nak minta tolong mamat cashier??dia tengok je..

prince charming datang!

yeah! cam dalam movie..tiba2 ada superhero datang tolong. ataupun dalam cerita tipikal cinta.
"jalan-jalan kat kawasan universiti. terlanggar. jatuh buku. kutip sama2. terhantuk kepala. sorry-sorry. tanya nama. tukar num. etc..."
tipikal kan??bosan..

plastik berinti madu tu cepat2 diambil lelaki tersebut.
"it's okay."

hee..nasib laki tu pakai baju c-town!haha..x jadi nak mintak num phone. (haha.ni main2.risau abahplak nanti..hehe.)

brother tu orang yang jaga beg2. dia ambik plastik tu untuk tukar dengan plastik baru..then, dia suruh kawan dia ambil botol madu yang sama kat tempat madu..err..

"kena beli baru ke??tak kan dia tak tanya dulu nak beli lain ke cam mane??"(monolog dalaman)

as sweet as honey!

Alhamdulillah..brother tu sangat lah baik..(bukan senang eh nak puji perangai masyarakat Irbid). dia cakap tak perlu bayar pun untuk botol madu yang baru..

ya Allah, syukur sangat. dah lah diri sendiri yang jatuhkan. tapi dia(c-town) yang ganti baru.
tiba2 teringat ayat2 normal kat Malaysia.

"once broken. considered sold"

mungkin perkara ni simple. tapi cukup buat hati kecil ni gembira malam ni. cukup buat senyum terukir sampai lah masuk teksi. cukup buat diri ni menukar persepsi.
2 tahun itu terlalu cepat untuk menghukum mereka. masih ada nilai mereka yang 'manis'.


(brussel city, Belgium)

saya merindui Belgium. negara terbersih yang pernah saya pergi.tapi..
sedar. ada banyak perkara yang perlu dihargai di sebalik debu, sampah, asap..
tanah penuh barakah ini lebih indah jika nilai islam itu bersama Islam.
Jordan.

notakaki: Mr.A tu merujuk kepada (A=Arab).

sekian.