Monday, March 21, 2011

titik noktah.

"whatever i do.. i always forget to forget you..."
copy paste from shirt kawan. tapi don't worry.. xde special person pun.
hurm. dua hari lepas berkesempatan outing ke pantai Aqabah bersama-sama ahli BKASJ (badan kebajikan anak negeri selangor). owh ye..sy memang anak kelahiran wilayah persekutuan kuala lumpur. tapi di sini anak2 KL xde badan kebajikan. makanya..kami menumpang di bawah naugan anak selangor.

bermain pantai?

seronok. tapi keterujaan x malampau sangat. mungkin baru je melawat mesir. pantai Alex jauh lebih cantik. walaupun time tu kecantikan tu dihantui rusuhan.. hee.

kat tepi pantai..ada akak tu share cerita pasal perkahwinan dia dan etc..haish..
seriously..sangat jealous kot.

okok.

x mau cerita lebih. aim sekarang study!.

sorry ye. sy dah lupakan dia.
noktah.

pergi.

assalamualaikum.

pertama dan selamanya..alhamdulillah.

semalam mendapat berita tentang pemergian salah seorang daripada pensyarah kat intec dulu. sangat sedih sebenarnya bila dapat tau lecturer paling best tu dah tiada. betul lah.. Allah lebih sayangkan beliau.. entah lah. jujurnya. memang sedih. rindu dan segala macam perasaan.. tapi. disebalik pemergian beliau. sy sedar beberapa perkara. beliau pergi meninggalkan banyak kenangan yang pastinya sangat manis.. kelas bio yang sangat susah nak tgk student tdo dalam kelas.. bila teringat ayat2 beliau. senyum terukir.. bila terkenang lawak2 beliau.. terasa nak gelak sorg2. bila teringat lukisan2 beliau.. hurm.. merepek tetapi masih terpahat dalam ingatan..
cukuplah terbayang lukisan "tengkorak" beliau...

"lecturer terhebat.."

semoga segala ilmu yang beliau curahkan..
Allah balas dengan pahala yang tidak terhenti..selagi ilmu itu mengalir..dan menjadi manfaat kepada semua......

dunia adalah sementara.

notakaki: semoga kehidupan kita semua sentiasa dan diakhiri dalam keredaan Allah..insyaAllah.

wallahua'lam

Friday, March 18, 2011

society.

assalamualaikum.

alhamdulillah. masih dikurniakan nikmat dan kemanisan islam dan iman..
cuaca sejuk semakin menghilangkan bisanya.. sekarang matahari terik memancar.. angin kuat masih menunjukkan lagak. rumput hijau semakin menutupi lantai bumi.. oh ya. dihiasi dengan bunga2 kecil pelbagai warna. sangat cantik.. subhanallah!

ayat sastera..hehe..dah2. x pandai nak wat ayat2 cengini..

sekadar perkongsian biasa. weekend ni terasa sedikit tenang memandangkan exam week dah habis. minggu ni mengalami konflik diri.. mencari identiti mungkin..

ni semua gara-gara belajar subjek "individual and society". menarik gak subjek ni. senang cerita. ktorg belajar pasal sociology. macam mana masyarakat boleh mempengaruhi peribadi seseorang.. peranan masyarakat.. nilai dan norma masyarakat. dan lain2.. subjek ni mostly menjadikan united state sebagai penanda aras kemajuan masyarakat. owh ye.. anda tidak perlu menyokong seratus peratus apa yang anda belajar..dan apa yang lecturer cakap..sebabnya. subjek ni lebih kepada pendapat dan stand seseorang mengenai masyarakat.. dan pastinya. masyarakat di negara kita tak sama dengan negara lain. jangan jadi etnocentrist..

dalam kelas, lecturer selalu memuji malaysian.. negara Malaysia yang hebat dari segala aspek. banyak pujian sehingga kadang kala diri ni sendiri terasa malu.. kenapa nak malu plak kn??orang puji tu..kena lah bangga sikit..haish. bukan nya apa. memang diakui Malaysia negara yang amat BEST. kemajuan dan kedamaian yang mahal nilainya. dan pastinya. bila berada di negara orang.. kita lebih menghargai tanah air tercinta..

"hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik............"

tapi. masyarakat Malaysia masih mempunyai beberapa perkara yang perlu diperbaiki. bagaimana pemikiran masyarakat setanding dengan kemajuan yang dikecapi saban tahun?? banyak penyakit masyarakat yang kita nampak..cukup kondusif ke masyarakat sekarang untuk membentuk individu yang mantap??tapi..tindakan kita??kita merawat masyarakat secara luaran. tapi sebenarnya luka dalaman lebih parah..sy bukan doktor. bukan juga pelajar perubatan. x pandai nak guna istilah2 medic ni.. sy hanya sekadar pelajar pergigian yang masih merangkak mengenal dunia..

ini pendapat sy. semua masalah masyarakat sekarang boleh diatasi jika kita kembali kepada Islam sebenar. bukan sekadar Islam..tetapi islam.. Islam dan islam berbeza kan??? kata nama khas dan kata kerja. dua2 perlu bergerak seiring..kita tidak boleh menjadi Islam tanpa islam..dan sebaliknya..sebagai negara Islam, rasanya..wajar juga kita meng'islam'kannya...negara Islam bukan sekadar mempunyai sistem perbankan Islam..tetapi masyarakat islam.. masyarakat yang betul2 faham dan mengamalkan ajaran islam...

hee.. nada sedikit serius. adeh..terasa post kali ni panjang pulak. xpe lah..harap dapat lah amik sedikit pengajaran daripada apa yang sy bebelkan ni. sebenarnya perasaan nak balik rumah mendominasi waktu2 berangan minggu ni.. rindu nak melihat pokok2 hijau..masakan bonda..menghabiskan masa bersama keluarga..rumah tercinta..

tapi. risau jugak. macam mana nak berhadapan dengan masyarakat di negara sendiri..
di negara orang.. kita lebih mudah melihat baik buruk. hitam dan putih jelas!
tapi disebabkan negara sendiri dah sebati dalam diri. susah nak bezakan..semua nya nampak sama..semua nampak betul..untuk buat suatu perubahan. terasa janggal dan mungkin dipandang pelik..

"the road not taken...."

wallahua'lam.

Monday, March 14, 2011

abaikan~

assalamualaikum.

hee.
alhamdulillah baru lepas exam. paper terakhir untuk first exam semester ni. tiga daripada lima subjek sudah diketahui keputusan nye. result??alhamdulillah. itu je yang mampu terucap. hee. melihat result yang agak merisaukan.. huu.. sedih gak lah..tapi don't worry. harapan masih ada..yeah!!

banyak benda nak share sebenarnya. konflik dalaman..luaran..sisi..depan dan belakang. haa.. serba serbi lah nak konflik2 ni.. tapi masih mencari ruang dan peluang berkongsi.
internet kat rumah masih merangkak seperti kura2. kura2 tersebut lebih kerap menyorok dalam rumahnya..menyebabkan..

"no internet access"

tangan kanan mengalami beberapa kecederaan kecil..insyaAllah sembuh..and harap2 Allah sembuh kan cepat2..lagi beberapa minggu untuk menyiapkan diri nak main bowling and bola tampar..harapnya..semua ok..go IRBID!!

aisyah semakin sihat..dalam usaha mengaktifkan diri..kembali beraksi di gelanggang bola keranjang..yea2!

owh ye... post2 sebelum ni akibat perasaan celaru..
hee..
abaikan~

Friday, March 4, 2011

rasa teringin nak merajuk.
nangis.
rindu nak dengar org pujuk.
sekian.

Thursday, March 3, 2011

me.mine.myself.??


assalamualaikum.

syukur. banyak perkara yang berlaku dalam dua minggu ni. seronok. excited. sedih. tacing. nama pun perasaan kan? berubah-ubah mengikut situasi dan tempat..

me. mine. myself...
saya. kepunyaan saya. diri saya..(direct translation)

kadang2 diri ni malas nak amek tau pasal org lain. malas nak hiraukan org lain. malas nak tolong selesaikan problem org lain. malas serba serbi. lagi2 melibatkan org lain...yang pastinya. tak akan memberi apa2 kebaikan pada diri ni balik..
rasanya lebih seronok dan senang hati bila kita hanya fikir pasal diri sendiri..
makan cukup. tidur selesa. study dengan tenang. asal cukup apa yang kita perlu. dah ok. complete!

tapi boleh ke macam tu? boleh ke hidup tanpa org lain? boleh ke sehari x jumpa org? x amek tau pasal org lain? boleh ke??

jawapannya: x boleh la syg..(nada kena tepat ye!)

sebab: amat mustahil kalau kita boleh hidup tanpa org lain. meh amek contoh paling mudah. kita cari contoh org yang kita paling abaikan dalam diari hidup ni..org yang kita rasa paling 'tak memberi manfaat' dalam hidup kita..emm..sebagai contoh, tukang cuci tandas atau pun encik2 cleaner kat tempat kita..kalau lah mereka ni buat mogok sehari. macam mne ek??

woo..x dapat bayangkan macam mana keadaan tandas di jordan kalau mereka ni mogok sehari..argh!!mungkin seharian x masuk public toilet. itu kalau kes yang boleh nak tahan. kalau emergency??huk2. senak perut dibuatnya...hehe.

perasan x? banyak masalah yang berlaku sekarang...jadi lebih teruk bila masing2 menggunakan ideologi individualism ni.

(bosan weh kalau hidup sorg2 ni..x caya??gi try!)

libya tengah ada rusuhan sekarang!

(biarlah. tu libya. bukan negara aku)

org malaysia suka sangat gaduh2..

(lantaklah..diorg gaduh2 tu x melibatkan aku pun)

eh..kesian nye tengok orang kat negeri x ni. banjir. xde spe2 nak tolong..

(huu. negeri x yang banjir bukan negeri aku. spe suruh pilih parti x..lantak lah diorg.)
tau x ada org kahwin kat taman sebelah?

(ntah. mana lah aku nak tau. taman sebelah tu jauh..yang nak kahwin pun bukan nya aku. buat apa nak amik tau!)

tau x ada pencuri masuk rumah jiran sebelah semalam?

(x tau pun. alaa.. biasa lah tu. siapa suruh x kunci pintu betul2. dah tau kaya sgt. letak lah cctv ke..bodyguard dua tiga org kat depan pagar tuh. baru lah selamat. tu pun nak kena bagi tau ke??)

pak cik kamu nak pinjam duit sikit boleh??

(amboi2. ingat aku ni bank ke boleh buat pinjaman2 ni. hello? kita just ada ikatan keluarga je eh. akaun bank x kongsi ye..)


banyak lagi alasan2 yang boleh diberikan. kita ni hanya hamba Allah yang lemah. saling memerlukan antara satu sama lain.

"covalently bonded atoms are more stable dan individual atom" -organic chemistry chapter 1

ingat. bukan jaga tepi kain. cuma ambil tahu pasal yang lain...

"and now i'm alone..

perhaps life was better
with the fight,

argument, and the
nightmare..

at least there was someone
to talk to.."

sekian.
wallahu'alam..