Thursday, June 30, 2011

19

assalamualaikum.

30 jun??
alhamdulillah aisyah dah genap berumur 19 tahun.
terima kasih kepada sesiapa yang mengingatkan sy tentang tarikh sy semakin tua.
hayat semakin..........

dah 19 or baru 19??
emm..

kepada kawan2 yang tak wish..memang makan dalam arr..mentang2 x letak kat fb..boleh korg lupe ek??sampai hati.. -_-
hee..main2 je..saja x nak letak birthday kat fb..baru boleh tau spe yang ingat kat kita kan??hee..(padan muka ko aisyah..xde spe ingat kat ko!!)

yang penting..aisyah gembira hari ni..mendapat ciuman dan pelukan daripada keluarga tercinta..pergi pasar malam yang best..makan tau fu fa yang sedap..drive dengan cool..tengok movie dengan senang hati even kat umah je..bergembira bersama family tercinta..

hari ni berlalu seperti biasa.cuma tarikh dan hari berbeza..19 tahun lalu..tarikh yang sama..hari yang berbeza..jam 2.15 petang. lahirlah nuraisyah ke dunia...

notakaki: hari ni dapat merasa tarikh 30 jun di rumah selepas 6 tahun..alhamdulillah :)

Saturday, June 25, 2011

cinta novel. wujud ke??

assalamualaikum..alhamdulillah syukur..
berkarat rasanya otak ini.adush..mungkin agak lama tidak diasah otak ini dengan berfikir secara kreatif dan kritis.
laily yang suruh sy update blog..haha..kantoi dia peminat setia kan??


oke laily..
baca elok-elok post ni..
kepada pembaca selain laily..jemput lah baca gak..sebab ni bukannya untuk minah tu sorg..hehe..


berbalik kepada topik kali ni. korg mesti pernah tertengok..or menonton salah satu daripada cerita ni... "ayat-ayat cinta","ketika cinta bertasbih","lagenda budak setan"??
emm..kalau ada yang geleng kepala tu..xpe..anda tidak akan didenda pun sebab tak menyaksikan cerita-cerita tersebut..hee..tapi anda mungkin pernah dengar desas desus angin-angin cerita tu kan??


cinta novel??wujud ke??


woo..bab-bab cinta ni..macam nak bergosip lak..hehe..tidak-tidak..
saya bukannya peminat novel pun..rasanya kurang daripada 5 "novel cinta" saya baca sampai habis..banyak gak terkandas tidak berkesudahan..sekarang semakin banyak filem atau drama adaptasi novel..
jujur.terlibat gak dengan musim nora elena..nasib baik lah time balik malaysia..nora elena dah hujung-hujung..kalau tak, mungkin menjadi ahli tegar peminat nora elena..


soalannya..kenapa cinta novel ni ramai yang minat ek??sebab cover novel yang cute??tajuk novel yang cool??nama watak yang stylo??jalan cerita cinta yang penuh liku-liku??atau mungkin tahap cinta novel yang penuh kesetiaan dan kesungguhan??fuhh..


tak salah menjadi peminat novel.banyak faedahnya kalau betul pada tempatnya..hehe. bagus apa sebab rajin membaca..jangan jadi macam aisyah ni..
tapi ingatan untuk diri sendiri dan kalian semua..jangan terlalu terpengaruh dengan cerita cinta novel.jangan lah sampai membandingkan pasangan hidup kita dengan watak novel..huhu.tidak perlu mengejar cerita cinta novel..jalan cerita cinta kita berbeza..


yang paling penting..kita kena sedar.cinta paling agung yang perlu dicari ialah cinta Illahi..layakkah mencintai ciptaan Maha Pengasih seandainya cinta kepadaNya belum sempurna??ingatan untuk diri sendiri dan semua...Allah dah beri peringatan, cintailah Allah dan RasulNya sebelum mencintai orang lain..percaya lah bila cinta kita kepada Allah dan Rasul dah mantap..semua lebih mudah..


oke. tamat sudah bebelan kali ni..
maaf kepada peminat novel..peace!!
apa-apa pun. dalam kehidupan kita..yang baik jadikan teladan..yang kurang baik..jadikan sempadan.
belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain..


notakaki: nama kanak-kanak sekarang..semakin dipengaruhi 'nama novel'..betul x??













Friday, June 17, 2011

hutan dan air hujan part 2

assalamualaikum.
alhamdulillah dipinjamkan masa sekejap menghadap blog ni.
oke tuan-tuan dan puan-puan. maaf kerana lewat menyambung cerita from last post.
bukannya sebab internet lembap. bukan juga kerana busy sebab exam..lagi lah jauh sekali kerana masalah rumahtangga..
semuanya berpunca daripada perasaan m____

xpe lah. mari kita kembali kepada cerita post lepas ye..
oke. keesokan harinya selepas tiba di Malaysia yang indah ni.. my family memang dah plan siap-siap ktorg nye 'cuti-cuti Malaysia'..seriously, siapa yang x penat weh..dah lah angkut beg 30.0 kg..perbezaan waktu Malaysia-Jordan yang pastinya boleh buat otak sedikit pening2..em. tapi x tipu lah perasaan memang super excited untuk pergi bercuti..duk hotel..rasa air-cond..swimming pool..makanan hotel..hehe..boleh wat senyuman sampai ke telinga kot..

first destination: gambang, pahang.
hee..first time pergi. err..aisyah menjadi sangat teruja melihat flora yang menghijau sepanjang jalan. the most important part otw ke gambang ialah..
"macam pernah bace je ayat tuh kat blog aisyah"
"err..abah bace blog aisyah ke??"

-_- kantoi!!

gambang best ke??overall, menarik lah..tapi honestly. x minat sgt waterpark tu. huu.. jujur betul!sorry2 ni bukan blog untuk mengkritik..hee..peace!nak merasa check in or check out hotel ala-ala kaunter kat bank??korang leh try kat gambang! sy x minat pun part tuh..penat weh tunggu num just for check in..dehh..

second destination: taman negara, pahang.
best!!ni bukan first experience masuk perkampungan orang asli.sebelum tu pernah pergi kat perak..hurm. klu x silap yang kat taman negara tu kaum batek. hee. best sangat2! dapat try menyumpit, minum air direct from akar..naik canopy..hee. hutan memang seronok. bercuti bersama keluarga memang best!

apa kesimpulan yang anda dapat bila bercuti ni??
first. kita dapat belajar macam2 perangai manusia. Allah ciptakan kita pelbagai kaum, bangsa, fahaman, pemikiran, saiz badan, warna kulit...oke. dari situ kita boleh tengok mana yang baik. buruk. perlu diikut. or perlu dijauhi..

second. kita perlu menghargai segala nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. and yes. salah satunya..our family!

third. menghargai alam sekitar..huh.. kehijauan memang mendamaikan..jagalah alam sekitar anda!

fourth. budi bahasa amalan mulia. sejuk hati bila mendangar orang cakap 'terima kasih' kan??and yes. tu lah perkara yang sy paling suka tentang malaysian.. sentiasa senyum dan 'terima kasih'..(senyum untuk ngorat tidak diterima ye bang..sorry!!)

baiklah. sekian saja bebelan untuk hari ni.
selamat hari lahir untuk abah hari ni..
selamat hari lahir untuk atok esok!!
selamat hari bapa untuk semua bapa2 di Malaysia..hee..

abah lelaki idaman sy..haha..peace abah!love you ^^,







Monday, June 13, 2011

hutan dan air hujan part 1

assalamualaikum..

tajuk post macam dah jadi duta hari hutan antarabangsa pula..hee..

khabar apakah kalian??


"kenapa adik belajar jauh-jauh sampai Jordan? kat Malaysia kan kalau study lagi bagus..peralatan doktor ke doktor gigi semua baru-baru..bla..bla..bla.."-pak cik x, Muscat, Oman, 5 jun 2011.


"so aisyah..mana lagi best?? Malaysia or Jordan??"-abah, highway PLUS, 6 jun 2011.


baiklah adik-adik. mari kita masuk sesi bercerita...

tajuk cerita sy pada hari ni ialah...kisah aisyah balik kampung..

seperti yang sudah diketahui, tanggal 6 jun 2011 yang lalu merupakan tarikh agak penting kerana hari tersebut merupakan tarikh di mana sy pertama kali pulang ke tanah air selepas beberapa bulan ( x sampai setahun pun lagi) terbang ke luar negara..


perasaan: excited, terkejut, happy, cuak, blur, mamai..etc..
kecelaruan emosi?? memang!!

puan pemeriksa passport kat klia menggores hati sy. orang punya lah excited balik Malaysia.sy bagi salam..akak x balas pun. senyum pun tidak..sadis~


tapi itu tidak mematahkan semangat sy untuk mencari keindahan negara yang sy sayang ni..

keesokan harinya..

tanpa menghiraukan jet lag...

pengembaraan diteruskan.....




maaf ye.

post terpaksa bersambung..............








Thursday, June 2, 2011

encik..jangan merajuk!

assalamualaikum.

haish..

memulakan post dengan nada yang amat sedih.terkilan.kecewa..
x patut betul kan???aisyah2..

pagi ceria di irbid yang semakin disinari mentari pagi, sepatutnya disambut gembira..senyuman paras telinga..

emm.apakan daya..pagi tadi dikejutkan subuh tanpa lagu buzzer beat(alarm)..xde gaya meng'snooze' berpuluh kali..bangun tanpa melihat jam di phone..huhu.bangun pagi dengan penuh harapan dia akan bercahaya kembali...tapi harapan tinggal harapan..ini semua gara-gara handphone merajuk!!-_-

even handphone xde lah gempak mana. tapi tu je lah handphone yang ada.waaaa..banyak kenangan kot ngan en.x3 ni..mungkin dia dh merajuk.or mungkin juga dia dah jatuh hati pada jordan sampai x nak ikut sy balik malaysia..amboi..mentang-mentang lah kat sini ramai minah arab pakai cik x3 gak..en.x3 sy suka la tuh!

x tau lah kenapa nak rasa down benor. normal lah tu kan handphone rosak. beli je lah baru..orang lain ada je yang tukar handphone macam tukar baju..so membeli handphone baru bukan nya problem besar sgt!!apa ni aisyah??x kan nak emo sebab benda sebesar tapak tangan je??

adeh.konflik tul..

ayuh think positive..

bila handphone rosak..

1)kerja tak datang.
2)x yah topup..
3)x rasa bersalah sangat kalau x reply msg or jawab phone orang.
4)x mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali
5)x tengok video ost nur kasih kat phone before tido..err..
6)x perlu risau letak phone kat mana..
7)dapat pinjam handphone kawan..at least ada lah sebab nak merasa handphone mahal jap.
8)menjimatkan eletrik nak charge handphone.
9)mengurangkan kepeningan akibat penggunaan handphone.

10) dapat beli handphone baru!!!..(kalau beli sebab handphone rosak..boleh lah dapat simpati abah sikit..hehe :p )

haa..kan dah cakap..pe yang emo sangat handphone rosak??!!

mungkin perkara yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita..perkara yang kita x senang, itu yang terbaik untuk kita..Allah Maha Mengetahui..(surah Al-Baqarah 2:216)

maka, bersabar dalam setiap ujian dan sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya..

dengar tu aisyah! banyak lagi nikmat Allah bagi..setakat satu benda je Allah tarik..x kan x mampu bersabar sikit kot?betul x??

notakaki: mengira hari untuk menjejakkan kaki ke Malaysia..owh ye..(mungkin beli handphone baru juga!)

Wednesday, June 1, 2011

buta hati?

assalamualaikum...

alhamdulillah semalam dah tamat final exam untuk second semester..dah lama rasanya x melawat encik blogger ni..firstly, sebab masalah yang diketahui umum..internet SLOW.plus, musim exam yang menghadkan masa sy untuk menghadap laptop menanti keluarnya page blog sendiri..huu.

melihat page viewer yang bertambah (even x byk pun)..buat diri ni rasa bersalah.."kesian kat diorg..bukan nye update pun blog ni..bla.bla.bla.."

oke.mari kita tidak membuang masa..

semalam last paper..subjek individual n society (jgn tanya apa kaitannya ngan dentistry ye!!).disebabkan semangat berkobar-kobar nak shopping kat amman after exam, makanya..menjawab dengan penuh semangat dan sangat laju..exam tu 2 jam. tapi x sampai 15 minit dah siap..but,after half an hour baru boleh keluar..

perjalanan ke amman from irbid, dalam sejam lebih lah..huu..jauh betul semata-mata nak shopping..adeh..sakit tulang belulang naik bas untuk shopping je..

tapi!!

di sebalik kesakitan pinggang..leher(sebab tidur ganas sgt)..huhu..
masa yang dihabiskan dalam bas tu..buat sy terfikir jap..

"kenapa aku sampai kat Jordan ni eh??ada apa kat Jordan??dah la musim sejuk sekejap je,hujan jarang2..padang pasir je sepanjang jalan..xde pokok cam kat highway plus..sampah bersepah-sepah..selalu kena ejek.dipandang cam alien baru datang bumi..kena cakap arab..selalu kena tipu harga..panas terik buat mata berbinar-binar..bangunan dah lah xde warna..bosan!x menarik!etc..etc..etc.."

then.tiba2 teringat satu ayat Allah..(tau time sharing kat Egypt)..

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi , sehingga hati (akal) dapat memahami,telinga mereka dapat mendengar?sebenarnya bukan mata itu yg buta,tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."(Surah al-Hajj,22:46)

ahah..terasa..ouch!!

Allah ciptakan segalanya dengan penuh hikmah dan pengajaran. sedangkan sekecil-kecil nyamuk pun Allah ceritakan dalam Al-Quran..so..

sy dah faham. melihat nikmat Allah,jangan dipandang kosong..mesti ada perkara yang sangat menarik dan sangat best..

nak ke kita jadi orang yang dikatakan "buta" tu??
woo..x mau..x mau..(geleng-geleng kepala)..