Friday, December 31, 2010

dua. sifar. satu. sifar.

assalamualaikum.

2010

tahun ni sy jumpa ramai kawan dan kenalan baru. banyak kenangan. cerita sedih. happy. tawar. sadis....

menjadi pelajar selama beberapa minggu di pusat memandu kereta..
menghadiri beberapa sesi interview.
beberapa bulan di INTEC..
menghabiskan satu semester di JUST..

perjalanan masih jauh..insyaAllah kalau dipanjangkan umur..

ayuh teruskan langkah!!
jangan terus pecut. takut tersungkur. biarlah perlahan dan berhati-hati.

oh ye... sy nak minta maaf atas segala kesalahan.
even anda bukan stalker blog sy. or sekadar viewer biasa...maafkan ye..
ampun :)

notakaki: azam baru sedang dalam perancangan. hehe. menjadi lebih baik dan membuat peningkatan. yeah!!

nikmat. ujian lebih berat...

assalamualaikum.

syukur alhamdulillah dapat bernafas seperti biasa..semalam tewas dengan kesejukan malam. membuat kepompong di bawah selimut tebal. huu. terasa menyesal pula. masa laju berputar. rasa risau kalau x cukup masa untuk prepare for next exam....

biasanya. manusia lebih melihat musibah sebagai ujian..nikmat??

sebagai ganjaran. perkara yang menggembirakan. menyeronokkan..
tapi. hakikatnya, nikmat adalah ujian yang lebih berat..kenapa??
sebab. sangat sedikit hamba Allah yang mensyukuri nikmatNya.

sekadar ingin berkongsi cerita. beberapa hari lepas sempat ke Amman.
Amman buat sy jatuh hati pada Jordan. hurm.. Allah tempatkan sy kat tanah syams ni bersebab. dan antara infinity nikmat yang perlu. mesti. disyukuri...
melihat masyarakat arab yang agak ganas. kasar. dan sama erti dengannya..diri ni cepat je jadi emo. haish. geram kot..

tapi. di sebalik kekasaran mereka. ada perkara yang amat sy suka. RESPECT!!
satu hari tu..masuk la satu kedai ni. x la berniat nak beli barang pun. saja je nak cuci mata.hee..
terpegun melihat pak cik kedai sedang bersolat. sekadar bentang sejadah kat dalam kedai. x perlu surau atau tempat solat khusus. simple je..ada beberapa kali gak ternampak orang bersolat kat tepi jalan..kat tempat tunggu bas. emm..ntah la. rasa terharu pula...
dengan tasbih sentiasa ditangan. huu.. x kisah la sekadar hiasan ke apa..tapi. itu buat sy respect tentang mereka!

waktu solat jumaat. kebanyakkan kedai ditutup. mall yg besar pun tutup. kalau kat negara sendiri. bukan saja kedai dibuka secara meluasnya. yg lelaki x rasa bersalah pergi kedai. lunch terang-terangan..tgk wayang. hurm..masyarakat di negara sendiri lebih tenat..

itu belum masuk lagi cara mereka respect perempuan. kagum!

point yg ingin disampaikan. nikmat perlu disyukuri. sy ditempatkan di Jordan. syukur!!
ujian yang terpaksa dihadapi..takut terlalai dengan nikmat keseronokan di sini..

berlapang dada menghadapi segalanya. setiap perkara ada hikmahnya. rahsia Allah.

Thursday, December 30, 2010

.....

assalamualaikum.

fuhh. sejuk gigil2. (poyo je kalau org kat kutub utara tu baca)..hehe. alhamdulillah selamat gak merentas kesejukan malam. baru balik dari masjid yarmuk. solat hajat jemaah untuk final exam ni. insyaAllah..

hari ni exam bio lab. huhu. sadis juga ye. femur pun dah boleh confius ngan humerus. biasanya kalau exam online akan dapat result terus. tapi..untuk final exam ni. markah x keluar direct. maka nya.. perasaan cuak tu berlipat kali ganda lah..xpe. alhamdulillah.. BAIK. :)

hari ni terasa homesick gile. serius!! haish. nak call malaysia. kredit weynak (italk) dah habis. nak gi beli. pak cik tu sentiasa memberi harapan palsu..huhu. mak!! nak balik umah!..

en. angin..jangan tiup pergi semangat sy nak study malam ni...
semoga cuaca sejuk ni x membekukan otak sy nak hafal nota2 bio tercinta..
semoga usaha diberkati. dimudahkan segala urusan.

mood: ngantuk. lapar. penat..

"aisyah! sila study!!"

Wednesday, December 29, 2010

final exam

assalamualaikum.

huaa..lama sungguh x menaip. huhu. sedih.. :(
exam final kurang 24 jam je lagi. study macam x cukup je. nak kena hafal badan katak je dah berapa banyak. sob3. katak oh katak!!

"frog was chosen for dissection because of its size, availability, and its resemblance to other vetebrates"..-bio lab

lawak tul. availability???
kena beli seekor katak dengan harga 4 JD (RM20)..sanggup ke??
beli untuk di "operate" lak tu..ishk3..

mengenang tahap fobia yang melampau terhadap katak time sekolah dulu memang lawak. haha.
tapi xpe. itu dulu. sekarang tidak lagi.

cuma tidak berkesempatan je nak operate katak time lab. huu..semangat dah berkobar-kobar untuk membedah katak. namun.. x sempat nak respons soalan instructor lab..(x paham bahasa arab).

"siapa yang nak volunteer bedah katak??"

makanya. orang arab yang paham je la angkat tangan. sedih tul.. :(
ada hikmah nye.

katak...saya dah pening hafal badan awak. (--)

exam seterusnya..
bio- 5 jan
chem- 10 jan
arab- 12 jan
eng- 12 jan..

argh!!x sabar nak gi bercuti..

Saturday, December 11, 2010

#5: tiga result paling teruk.

selamat pagi dunia. sekarang baru pukul 5.37 pagi waktu jordan..hehehe. tahap kesejukkan pagi menyebabkan kemalasan. plus. hari ni cuti. namun. ada program kat jami'ah pagi ni. kena berkumpul pukul 6.15 pg. serious?? huhu..

tiga result paling teruk. maybe ada je result yang lagi teruk. tapi ni antara yang paling memberi kesan la. mmg sentiasa ingat. huhu.

1) peperiksaan awal tahun darjah 4.
paper sains.

38%.

first time dapat merah lam report card.
next exam??

hee. dapat A terus. alhamdulillah..

2) peperiksaan awal tahun form 5

paper physics.

22%

huu. mmg time dapat result ni blur gle. x caye kot. first and last time dapat G9. pengalaman kot!

3) "kandas" driving test.

x lepas naik bukit. ciss.. kne repeat test. maka lambat sket boleh berfoya ngan kete.

tu je la kot. kegagalan mematangkan..hehe. poyo!

Friday, December 10, 2010

4#: empat toplist makanan faveret jordan

assalamualaikum. hari ni menulis blog agak lewat berbanding hari2 sebelumnya. baru pulang dari amman. kemudian ke Jerash. (buat kali kedua ye). first time gi amman selepas mendarat di airport 3 bulan lepas. oh ye. kat Amman baru lah rasa yang jordan ni sangat cantik. hehe. gi embassy tadi. waa..sangat seronok. melihat bendera MALAYSIA. tiba2 ternampak majalah FRIM. huhu. rindu abah.

ok. tajuk hari ni empat makanan yang jadi toplist sy kat jordan.

1) falafil
2) za'tar
3) arayes
4) shawarma

maybe sebab makanan2 ni. program diet terjejas. senyuman pun berubah. haha.

pencapaian setakat ni??
ok. berat meningkat. x perlu susah2 beli weight gain. dalam masa 3 bulan je pun. dah naik.......
hee. x boleh bg tau. hahaha. nnt korg jeles!!(sbb dasyat sgt)

Thursday, December 9, 2010

#3: lima nama baru di jordan

alhamdulillah. jari masih mampu menekan keyboard. air panas tiba2 xde semalam. pagi ni pun xde lagi. maka. terpaksa menggagahkan diri sehabisnya untuk ambil wudhu'. em. semalam kelas biology lab sangat memeningkan. terpaksa lukis 12 cell dan tissue. subhanallah...sangat cantik ciptaan Allah. memang x terjangkau kemampuan ni nak melukis..

"ciptaan Allah tu sangat indah..manusia je yang burukkannya.."

tajuk post kali ni nak cerita pasal lima nama baru yang sy dapat selepas menjejakkan kaki lebih kurang tiga bulan di bumi irbid ini...

1)'A-'I-SYEH

nama ni sama je macam aisyah di malaysia. cuma cara sebut yang lebih keARABan...(ada ke term ni ek??)..hehe. kat jordan ni. nak dengar panggilan AISYAH cam kat rumah just from student MALAYSIA je lah..

2) FATIMAH

nama ni musyrifah yang panggil. musyrifah tu ala2 warden yang jaga blok sakan ni. haish. pelik tul kan..aisyah-fatimah..jauh gle beza. x tau la macam mana leh dia panggil fatimah. time dia panggil tu nak je gelak guling2. tapi cam kejam sangat plak. dia panggil fatimah pun..jawab je lah..terpaksa gak ulang nama AISYAH banyak kali bagi dia ingat sket..

3) NUSAIBAH

satu lagi nama yang agak jauh dengan AISYAH..time tu tulis nama kat kertas. NURAISYAH. pastu lecturer english tu baca NUSAIBAH. maka. dengan muka x tau menahu tahap blur..sy diamkan diri. ye lah. bukan nama sy kan??..pastu muka lecturer tu berubah. berkerut..hee. pelik sebab xde yang angkat tangan and respon. lecturer tu pun baca lagi..NUR...
ok. kali ni ada tanda2 nama sy. so. sy menyahut la. "na'am..."

"NUR esh??" (NUR apa??)

mengingatkan sy berada di negara arab..maka jawapan nye.. NUR-'A-'I-SYAH..
kelas2 selepas nya. asal sebut NUR je. dah tau dah. itu sy!!

4) TOSHIBA

ok. sila gelak bersama. sy pun pelik tahap super bila ada orang panggil sy nama ni. hahaahaha.. nak kata jadi duta TOSHIBA. belum lagi.(^^")..muka gaya jepun. harapan je la kan~ ni semua gara2 lecturer panggil NUSAIBAH. pastu ada classmate arab dengar TOSHIBA. haish.. pelik tul. memang after that. lebih peka kalau sape2 sebut TOSHIBA. hee.

5) 'AYUSHA

nama cam glemer sket. ni pun nama wujud from musyrifah. dia cakap ni nickname utk AISYAH kat sini. my respon.."owh..." baru je mendapat nama ni 2 hari lepas. memang lepas tu. kalau jumpe musyrifah..die akan panggil 'AYUSHA..

emm..'A-'I-SYEH, FATIMAH, NUSAIBAH, TOSHIBA, 'AYUSHA..nama baru yang wujud.

still x boleh menandingi keseronokkan bila orang panggil NURAISYAH. NUR. AISYAH. SYA.

apa nama yang ada pun. i'm happy as i am. lebih seronok kalau panggl sy NURAISYAH AISYAH pun ok juga.

sekian.

Wednesday, December 8, 2010

#2: enam tarikh paling penting.

assalamualaikum. semoga hari ni lebih baik untuk kalian dan sy. syukur. masih bernafas dan mampu menggunakan nikmat Allah sebaiknya. hari2 sy kini ditemani 15 roomate baru. disebabkan banyak sgt. sy dah beli kan rumah baru untuk diorg. filter and oxygen included. emm..seronok tgk diorg..hehe..special thanx to my roomate sbb sudi share bilik kte ngan kawan baru..haha. :)

post kali ni. tarikh paling penting lam hidup sy. ini x termasuk my birthday ye and x termasuk tarikh2 sy dapat result upsr. psra. pmr. spm. lesen kereta..tarikh2 ni mungkin hari paling seronok or paling sedih. atau mungkin juga hanya tarikh yang x boleh dilupakan..

tarikh2 ni x dispesifikkan mengikut tahun.

1) 26 Mac
2) 17 April
3) 1 Julai
4) 25 Ogos
5) 18 September
6) 8 Disember

sebab pe penting?? nak tau?
call sy ek..=)
malas nak taip panjang..hehe..

Tuesday, December 7, 2010

#1: tujuh insan saya amat sayang.

alhamdulillah.. selamat pagi dunia!! pagi ni terasa berat nak bangun. memandangkan cuti awal muharram, cuaca sejuk, mood selepas exam, x de plan nak merayau, bosan..makanya, selimut dan katil tidak perlu disalahkan andai ada insan lagi yang masih tegar dan setia ber"kepompong"..hee.

badan hari ni terasa sakit sikit. malam tadi berhempas pulas melipat samosa dan menguli karipap. sekadar suka2 nak menjual. hehe. seronok gak sebab mengisi masa lapang yang sebenarnya x berapa lapang ni.

kembali ke motif asal
siapa insan yang aisyah sayang?
abah. sila jangan risau...aisyah bukan gatal nak kawin awal or mempunyai tujuh pilihan..atau tujuh toplist pakwe..oh tidak2.tiada kena mengena sama sekali..("kalau nak cari kawan. third year boleh la",abah)hee. dont worry abah..amanah study lagi berat.
kasih sayang sy untuk mereka...
1)Rasulullah
2)Puan Habibah MOkhtar
3)Encik Mohd Zamshari Abd Rahman
4)Nurfarhana Mohd Zamshari
5)Nurlina Mohd Zamshari
6)Abdul Hadi Mohd Zamshari
7)Muhammad Syafiq Mohd Zamshari
kenapa nama family je sume??x kan x sayang orang lain??
mesti la sy sayang ramai orang. tapi nama pun "tujuh insan saya amat sayang".. kan2??
kenapa sayang mereka? rasanya x tertulis sebab2 tu. cukup lah sekadar mereka amat istimewa dalam hati ni. cuma kata hati x mampu terucap dengan lisan betapa diri ni sayang kat mereka..
jangan risau. sy syg awak jugak!!muahh!!

Monday, December 6, 2010

tahun lama

lagi enam minit sebelum ke kelas english..

alhamdulillah..syukur x terkata..akhirnya..
bumi irbid yang indah ni dihujani rahmat Allah...
"kita lebih hargai sesuatu bila kita susah nak dapatkan benda tu..or benda tu dah hilang dari pndangan mata"

Allah Maha Bijaksana. setiap sesuatu pasti ada hikmah nya.

lagi beberapa jam je akan melangkah ke tahun hijriah yang baru..
semangat baru..
matlamat baru..(ada je matlamat lama yang masih perlu dilaksankan).hehe..

malaysia dah masuk tahun baru..even lambat enam jam pun. syukur tadi sempat call family..jauh tapi dekat..=)

background blog dah ditukar..menunjukkan semangat penulisan baru.haha..
(ala-ala penjenamaan semula lak)..erk..

currently..
mood: ngantuk plus malas nak masuk kelas. hehe..sejuk gle kot..
jari menaip pun tersa kaku..

sekian.
sedang melayan cerita "buzzer beat"..walamak. basketball!!

semoga kalian dirahmati Allah..insyaAllah..

Wednesday, December 1, 2010

12

selamat datang disember!!!

hye exam paper..
hye online exam!!!

waa..

saya suka xm. (????)

Monday, November 29, 2010

pinjaman. tapi..amat bermakna.=)

saya sayang family saya.
abah
mak
abg apeq
kak ana
hadi
lina

i do miss them so much..

exam makin hampir. usaha perlu dilipatgandakan. video call ngan mereka sangat seronok. semangat berkobar!!

Friday, November 26, 2010

jangan emo!

GERAM. MARAH. EMO. TENSION. BENCI.
(sekadar iklan)
tahap kesabaran diuji. ubat??bersabarlah..
sampai bila??...
mulut kadang2 terpaksa melafazkan ketidakpuasan hati. bukan merungut atau untuk menagih simpati. sekadar hanya ingin difahami dan tidak disalah erti. kata hati bukan semua boleh paham. maka. rasa itu perlu dilafazkan. haish. bunyi hon kereta mengganggu emosi menaip blog. (panas la ni). huh.
kalau ikut kan hati..ada je barang yang mungkin dicampak. dilempar atau mungkin dilontar time marah or geram. rasa puas..
ye ke???
ikut hati mati..ikut rasa binasa..
so??
kalau marah nak buat apa?? duduk termenung?? makan? nyanyi kuat2?? jerit??
teringat satu ayat seorang senior kat sek dulu..
"manusia sentiasa diuji pada titik terlemahnya"..
contohnya senang.
kisah seorang lelaki miskin. berkeluarga. tiba2. anaknya sakit. perlu duit nak beli ubat. tapi...disebabkan kemiskinan lelaki tu. dia x mampu nak beli ubat untuk anak dia. satu hari..ketika lelaki tu berjalan. dia ternampak sekeping duit kertas RM50. mungkin persaan yang sama bila nampak duit 50JD(RM2++)..kalau anda??
nak ambil x duit tu??
time ni lah dikatakan ujian Allah pada titik terlemah seseorang. pada saat lelaki tu perlukan duit. Allah uji dia..
apa kaitan dgn post ni??
konklusi: kita diberi pilihan. berhati2 dalam setiap langkah yang diambil. perasaan marah tu normal untuk manusia biasa. kna bijak atasi dan tangani.. marah bukan alasan. marah tu kan api. boleh membakar ukuwwah. menggelapkan hati.

Saturday, November 20, 2010

bila ingat dia. rindu!!

assalamualaikum.

pagi ini dikejutkan dengan satu sms. from malaysia. itu satu perkara yang pelik. plus. from unsaved number. terkejut sy..haha.waa.. rupanya from one of my bestfriends kat sek dulu.


eyt kapten!
thanx sebab ingat aku lagi. sudi habiskan kredit text aku...ko seronok sebab still boleh main basket. even diorg x trust ko. but i do!!. ko jgn risau ar. selama kte jd teammate. aku trust ko weh..honestly. aku jeles bila baca msg ko. aku nak main basket gak. even x hebat cam ko..tapi. aku nak gak pegang bola tuh. aku seronok bila ko bg tau ko menang first game tuh. seriously. rasa cam aku yang menang gak. congrat yang!!



aku sayang ko weh!!

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya!

assalamualaikum..

"saya nuraisyah binti mohd zamshari, pelajar tahun satu, takhasus tibb al-asnan, jordan university of science and technology..ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua ahli keluarga di kuala lumpur, para pendidik, tadika kemas kepong, sk kepong frim, sek agama rakyat kepong frim, sek ren agama tmn ehsan, sek men sultan abdul halim,jitra kedah, intec shah alam..rakan2 yg mengenali, dan seluruh umat Islam.."

pengalaman pertama beraya di perantauan. sedih? of course. alhamdulillah hari ini dapat solat sunat hari raya jemaah ramai2 kat masjid uni yarmouk. ramai sgt student Malaysia. terasa macam ada meeting student malaysia. seronok dapat berkumpul ramai2. pengalaman mendengar khutbah raya in arabic. hee. even x paham pun. seronok je dengar. rasa semangat lain.takbir raya kat sini x mendayu macam kat malaysia. so. x lah sedih sgt. tapi. after baca ym my sis. sayu plak...

merindui masakan raya Malaysia. nak rendang ayam mak!! after solat rya td. ktorg merayau-rayau di sekitar kawasan kedai yang ternyata sunyi. melihat kambing biri2 dikumpulkan..disembelih. dan dilapah. breakfast di pagi raya: secawan nescafe. dua keping roti za'tar. beberapa biji flafel..

mana nasi impit??rendang?kuah kacang?soto??

huhu.
rasa nya first time masak sendiri untuk hari raya. mlm td puas gak pikir nak masak apa raya ni. baru lah tau mcm mne mak susah2 nk prepare untuk raya. hee. akhirnya. just masak mee kari..emm. kat sini xde mee kuning cam kat malaysia. maka. spagetti jadi pengganti. layan je lah....

malam raya sempat call pak ngah kat Qatar. waa. kt sana masak rendang. jeles~

raya di perantauan~
merindui mak..abah...abg apeq..kak ana..hadi..lina..
kucing2 di rumah...

perkara yang lebih penting. menyedari hikmah pengorbanan.

"kullu 3am wa antum bikheir"

Saturday, November 13, 2010

tahniah!

TAHNIAH!!!
secara rasminya..
AISYAH DAH DEACTIVATE FACEBOOK.

hee. semenjak dah clash ngan en facebook ni. en blog pula la tempat sy membebel.

haha. tempoh deactivate masih dalam pertimbangan..target: sebulan(tu pun kalau mampu)..
kenapa deactivate??

owh. itu rahsia!



Friday, November 12, 2010

give and take or forgive and forget?

ahah. post kali ni lebih general kot. memandangkan mood raya aidil adha a.k.a raya haji or raya korban yang bakal menjelma...ayat ni maybe biasa je dgr.."give and take" or "forgive and forget"..ala2 hati mulia je kan??

tapi x semua benda senang2 je nak ikut ayat2 tersebut. betul x??

"saya juga menasihati diri saya memandangkan apa yang saya cakap..telinga saya yang pertama sekali dengar.."

baiklah..disebabkan ni omelan di blog.."sy sebenarnya menasihati diri sy gak sebab apa yang sy taip. mata sy dlu yang baca"..ok. settle sudah mukadimah..

sekadar renungan bersama-sama..
mungkin disebabkan ilmu hisab yang disalah guna..manusia sgt suka mengira kebaikan or apa yang dia buat untuk org lain. dengan harapan..org yang kita tolong akan tolong kita balik..time ni mula lah nak berkira "give and take". padahal. apa yang kita buat tu..x seberapa pun. and mmg x wajar la untuk diungkitkan. x boleh la gak nak salah kan satu pihak semata-mata. dalam kehidupan bermasyarakat kan kita kena saling tolong-menolong? x wajar lah satu pihak je wat semua benda. dia pun ade perasaan untuk dijaga bukan??kadang-kadang hati kecil ni memberontak jugak.

"haish. asyik aku je buat ni..buat tu..member sebelah goyang kaki je..x kan sume aku nak wat kot??"

ayat di atas sekadar contoh. hee. mungkin ade je ayat2 yg mungkin lebih dasyat dilafazkan hati yang tengah marah kn??..

ini pengalaman sendiri. kadang2 sampai satu tahap kesabaran mula menipis. terasa diri ditindas dan ala2 di"buli" secara perlahan-lahan. hati ni start la nak membara2 bila terpaksa wat kerja org lain...
tapi. betul lah. pengalaman mematangkan. cuba lihat dari view yang berbeza.

"pernah ke mak kita berkira setiap keringat dia jaga kita??"
"pernah x abah mintak balik duit yang kita guna beli gula2 time kecik2 dulu??"
"pernah x abg kita suruh kita bayar bila kte pnjm barang??"
"pernah ke akak kita suruh ganti balik kertas A4 yang kita guna nk wat assignment??"

ok. mungkin mereka ni family kita. so..x wajar la nak berkira lebih..

contoh lain..kalau lah mak cik cleaner nk berkira ngan kita..dia patutnya x yah bagi kita ni guna toilet dah. lantak lah pape jadi pun. emergency ke ape ke. kita x leh guna toilet sebab nnt die yang kena bersihkan.betul x??

sorry la. mmg malas nk menaip pnjg2. harap faham lah.
sebenarnya. diri ni tengah memujuk diri supaya x berkira ngan org...hee..=)


solution: maafkan lah semua org..x semua org boleh baca hati kita. and the most important. x yah la berkira sangat kebaikan tu..apa lah sgt yg kita beri..

forgive and forget??for some reasons. yes accepted. but sy lg suka. forgive and learn..
sebab??
memaafkan org lain..dan belajar supaya x buat benda yang sama kat org lain..

Rasulullah bertarung nyawa sebarkan dakwah??..kita??
Allah yang Maha Pemurah kurniakan banyak nikmat untuk kita..ada kita bersyukur??
so. apa lagi yang perlu kita risaukan and x puas hati??
syukur. dan percayalah..Allah akan bagi ganjaran terhadap segala kebaikan yang kita buat. ikhlaskan lah hati....

Sunday, November 7, 2010

mak sy mula risau..

belajar jauh selalu wat mak risau..

duit..safety..x cukup makan...

td wat video call ngan family. ahah. kat jami'ah ek..

mak mula risau..maybe kerisauan yg berbeza...

"baju muat lagi x???"(nada risau melampau)

(--")

Friday, November 5, 2010

enam. cukup kot..

woo. lama nye x menaip2 bagai ni. hee. ketandusan idea. makanya. hari ni terasa nak cerita kan semua. maybe not detail but short n simple kan best??

........exam.......
last two weeks baru lepas first exam utk sem ni.
result??
alhamdulillah.
sangat bersyukur.
esok ade xm lg.
bio lab. tp xm computer. haha. canggih bukan??
lebih cuak sbb result on the spot.
doakan eh..=)
........lost........
sedih sebenarnye.
pencil case hilang. sob2.
terlupe letak mana.
pencil case tu dah gune since form 3 lagi. bwk gi pmr. spm.
x sangka plak die nk hilang kat jordan. nakal tul die tu. bukan nye nak balik umah.
kalau org dah amek segala isi lam tu pun x kesah.
kalau jumpe balik. sy masih happy!!
nasib baik before exam dh kuar kn siap2.
sbatang pen, pencil, pemadam, pembaris..tu je la harta yg ada sekarang
(^^,)
selepas 3 hari mengharap ade prince pulang kn bende tersebut.
at last. pasrah. memang x kan jumpe dah.
sekarang ni xde pencil case lg.
x jumpe lg yg boleh ganti sayang sy tu..
........bas.......
pengalaman dua minggu ni amat dasyat sket.
dua kali disepit pintu bas..
tolong jgn gelak.
sbb lebih 30 org dalam bas pertama.
dan 20 org dalam bas kedua
dah gelakkn..=I
musykil gak mcm mne leh jadi.
haish.
nak kata bdn ni kecik sampai pak cik bas x nmpk.
mmg mustahil la.
jgn risau. x cedera teruk pun.
hanya tangan tergores kesan pintu bas saje.
.........muroqib........
body guard.
fuhh..
dlu kalau kuar malam2 je ada shabab jd body guard.
ni balik dari jami'ah everyday kne ada muroqib.
banyak sgt kes jenayah yang berlaku skrg.
doakan sy n kwn2 kat irbid ni selamat.
pernah sekali kne tegur sbb balik dari jami'ah xde muroqib.
sorry2.
next time lebih berhati2 ye..
.........winter??.......
sangat sejuk cuaca sekarang.
huhu. tdo pakai double selimut. socks+glove skali.
kalau ikutkan senior.
cuaca skrg x betul2 sejuk lagi.
huhu.
macam mana kalau lg sejuk eh??
kulit dah jadi sangat kering.
terpaksa merajin kan diri menyalit lotion.
patut lah kat sini berlambak jual lotion.
baru paham.
...........foods.........
haha. part ni kalau story panjang mmg x abes.
nak kata nya. banyak nye mkn.
haha.
portion pak arab dah jadi sebati dah.
awal2 dulu punya la susah nak abes kan mknn.
sekarang.
punya la susah nak stop mkn.
huu.. bahaya tul.
abah n mak dah warning dah..
lalala~

Sunday, October 17, 2010

happy birthday: kak ana, mya!!




short post.
selamat hari lahir.

mya:16hb oktober.
mya. thanx dear for being my best friend. my best "adik"..hehe.may Allah bless u.sorry this year xde hadiah. jgn lupe aku. sbb aku selalu ingat ko!!

kak ana..
sanah helwah. smoga panjang umur. murah rezeki. syg kak ana!!kakak tersayang..hee..

Monday, October 11, 2010

terasa cepat.

hari terasa cepat berlalu. mungkin rutin harian yang diulang-ulang seperti biasa mengaburkan masa. laluan perjalanan yang sama ke jami'ah. sentiasa menguji keberanian. dilihat seperti orang asing. diejek. dan dikacau mungkin lumrah sebagai orang yang disalahertikan. rindu pada negara tercinta mula membuak-buak. tatkala melihat hujan lebat turun buat pertama kalinya di bumi irbid ni. terasa malaysia negara yang lebih bertuah. hujan di irbid ibarat satu rahmat besar.

angin sejuk. badan ni alhamdulillah baru je pulih dari selsema panjang. mungkin sebab tu juga. makanan arab sentiasa menjemput. haha. akak-akak senior cakap. normal la kalau berat badan naik waktu musim sejuk. tapi. ni baru pra-musim..macam mana ni??

minggu haluan siswa(MHS) amat seronok. ye la. diberi pendedahan tentang dunia islam sebenar. situasi masyarakat kini. membuka mata akan peranan sebenar manusia diciptakan. core bussiness: beribadah dan menjadi khalifah. x perlu tunggu untuk menjadi pemimpin negara. baru peranan sebagai khalifah nak dijalankan. cukuplah sekadar yang termampu. memimpin diri sendiri dan orang terdekat agar tak lari dari landasan islam. manusia bebas memilih hala tuju hidup. dan tu lah peranan akal. berfikir agar setiap langkah yang diatur. tidak lari dari landasan yang sebenar.

sy amat bersyukur. Allah tempatkan sy di bumi anbiya' ni. jauh dari kerosakan masyarakat negara sendiri. agar sy mampu berfikir dari view yang berbeza. mulanya. menjejakkan kaki ke nagara asing ni seakan sukar diterima. namun. ini mungkin good start or turning point untuk sy jadi insan yang lebih baik.

perubahan tak perlu drastik. sebab perubahan yang drastik berisiko tinggi untuk tidak kekal lama. cukup lah secara beransur-ansur. hee. Allah tidak melihat pada hasil tindakan kita. Allah melihat pada usaha...

Monday, October 4, 2010

masih di bumi Allah..

fuhh. lama nye x menconteng blog. mungkin blogger page yg berbahasa arab membantutkan keterujaan menaip. haha. angin kuat. panas bahang. langit kosong tanpa awan. pasir berdebu. agaknya belum cukup nak describe macam mana bumi Allah yang sedang dipijak ni.

hari ni tekad mengambil masa utk menulis something kat blog. oh yeah!!sy x ponteng kelas ye. hari ni hari isnin merupakan hari sy bangun lambat. jd suri bilik. coz my roomate ada kelas awal2 pagi. sy hanya mampu ucap "bye" dalam keadaan separa sedar dari atas katil. hehe. kelas hari ni start kul 2.15 ptg. maka. blog dijadikan tempat bersembang. hee.=)

jadi student di negara majoriti penduduk islam. mungkin lebih senang. tapi masih ada cabaran. keselamatan?? maybe sama je cam kuala lumpur. tapi. ni bukan tempat sy. so terpaksa memasang perisai dan lebih berhati-hati. diejek budak2 arab dah jadi satu kebiasaan. ntah la.kalau budak2 arab yang ejek. x la rasa marah sgt. sbb diorg masih bdk2. tapi ble abg budak or bapak budak...haish. panas juga eardrum ni.

banyak lagi ilmu yang perlu diteroka. emm..setakat ilmu yang belajar lam kuliah. x cukup rasanye nak bawak balik. doakan sy. sy merindui malaysia. hee. walaupun laki kat sini handsome, tinggi, putih..perempuan kat sini cantik, putih, slim...sy masih syg org malaysia..

Wednesday, September 8, 2010

shopping!!

ni cerita smlm. tp smlm penat melampau. x sempat nak mengarang post kat blog ni. hehe..

mengira hari nak dekat raya ni.. semua orang sibuk keluar beli barang2 raya. baju raya la. bahan nak wat kuih la..hias rumah la. this year, i have to be prepared for raya and going to jordan. waa. sekejap je masa. nak x nak. lg beberapa hari je tinggal. so kne la packing jugak barang2 yang patut. nanti takut sibuk lak time raya nanti.

disebabkan saki baki masa yang ada, my parents bermurah hati membenarkan anak die ni menggunakan kereta. last two days, my siblings and i gi mydin.. beli barang2 nak wat biskut raya. ingat nak shopping sket. tapi x bawak duit la plak. so survey2 je la..huhu. balik umah je, rehat jap.. terus berperang kat dapur. terhasil lah dua jenis biskut raya tahun ni. lagi satu x wat lagi. hehe.

so, smlm.. bangun2 je pagi. "mak, aisyah nak kuar gi beli barang. nak drive boleh??"
setelah rundingan dibuat. akhirnya mak bg jugak. smlm agak susah sket nak pujuk mak sbb nak gi jauh sket. area tu plak byk kereta yg x tau limit laju. haish. mencabar gle..

owh ye. smlm gi carrefour. hee. first time parking kat dlm shopping complex. ingat pergi pg2 x ramai org. mak aih..full kot parking. then. bagi kereta yang masih menempek pelekat 'P' ni. terpaksa la cari parking jauh sket. lantak lah. janji x cium kereta org..hehe..

lam sejam lebih berada kat carrefour. ktorg pergi lak selayang mall. ahah. common place!!
kat selayang mall ni. kemahiran meletakkan kereta diuji. owh tidak.. banyak nye kereta. pe diorg wat kat sini ni???(nme pun mall kn?)..my sis n adek2 punya la bising..

"ish.nak parking pun x lepas ke?"

sabar je la..ntah knp ntah smlm. rasa susah gle nak parking. haish..

time shopping. fuhh.. ramai gle. kat parkson agak okay lagi la..even ramai umat manusia yg memenuhkan fitting room. paling lawak kat first lady. gle dasyat okay!!macam kat pasar. ramai gle org. full!dengan budak berlari2 nak tunjuk baju kat mak die. ade budak merajuk mak die x layan la..laki bebel kat bini die la..huhu..sabar je la..

smlm terasa gak la duit tu ringan je keluar dari purse..huhu. gune duit sendiri beli barang. mmg ar terasa kn?? tu lah. kalau gune duit abah x nak ckp terima kasih. huu..

ari ni nak kuar shopping lagi. haha. shopping secara berperingkat. save sket energy time2 pose ni. haha..

hey ladies. nak shopping bwk la partner yg sabar ek..nak test?? gi jalan TAR. or sogo time2 before raye ni. kalau laki ley tahan teman shopping lam 2 jam je kat situ. kire pass ar!! haha..
girl yang kaki shopping pun leh hangin gi jalan TAR. haish. ahad lps cam pe je kat situ. fuhh..org cam semut!!hee..

Monday, September 6, 2010

perempuan emo. laki ego. ??

betul ke perempuan cpt emo.. merajuk la. cepat marah la..??

betul ke laki sgt ego. x nk mengaku x tau something. x nak mintak tolong. bajet cool.??

perempuan sensitif sgt ke..sampai ckp sket pun x boleh. tegur sket je terus melenting??

lelaki ego sgt ke..sampai ckp die je sume betul. x nak ngaku kurang sket??

ahah.

x kesah la.

lain org lain ragamnye.

x sume perempuan cepat marah..merajuk..emo..
x sume laki cepat marah..ego..berlagak..

post ni sje je.
melihat situasi keadaan sekeliling..
ramai je perempuan jd lelaki skrg.
x kurg juge lelaki yg mcm perempuan.

okay.
pengakuan jujur.
lelaki ego lebih normal daripada lelaki nyah.
haha.
sy x suke "akak".
ini serius.

back to school

seronok kembali ke sek.. haha.. dlu gi sek ren jalan kaki je..sob3.
ari tu. parents bagi bwk kereta. oh yeah!! seronok2..
bajet hebat sket la..

kt kantin sek. ni la tempat yg slalu duduk waktu zaman kanak2 dlu..


kebetulan ada majlis khatam al-quran. dpt la tgk kanak2 ni..


kat dewan sek. ni la dewan SMSAH..with junior form four. ahah. ni bukan mangsa buli sy.
waa..ni la asrama tercinta.tercinta??agak la..rindu kot katil n shower blok B..hehe.

Thursday, September 2, 2010

bulan. bintang. matahari.


sy syg bulan. matahari. dan bintang sy..

bintang.
sy tau bintang sy amat syg sy. sy pun syg bintang jugak.
sy slalu peluk bintang sy. every night kot.
sy tnye mak..boleh x bwk bintang hijau tu naek flight??
mak ckp..klu x malu..bwk je la..
sy rapat ngan bintang mule time form one. form two. form three. sy dan bintang satu kelas.
owh ye. kami mmg havoc.
sume cikgu kenal. kne marah skali. glemer skali...
glemer?
mmg. amat glemer.
dibenci ahli batch.haha.
itu dulu. nek form four. kami lain kelas. mula berjauhan. bintang kelas kt atas. slalu dpt usha bintang time die naek tangga. sbb. kalau die naek tngga. mesti die dan kwn2 die gelak kuat2.haha. bintang masih popular mcm dulu.
die kwn ngan kwn2 yg lebih glemer.
maybe sy jadi agk skema bila time form four. sy x suke jwtn tu. tp sy dpt.
sy nak havoc n break the rules cam dulu.
tp. nnt ape org ckp. sorry bintang~ sy mintak maaf kalau bintang trse hati...
time form five. sy rse. sy masih rpt ngan bintang. sbb kite slalu blk kl skali kn??
kuar sek. sy rse agak kecik hati. sbb bintang sy rapat dgn someone.
sorry bintang~kwn x spatutnye rse camni..xpe. sy dh lupakn. dont worry.
srnok kn dpt kuar after spm. hee. sy harap sgt. bintang ingat sy even sy x penting utk die..
and lately.
sorry bintang. sy x ske bintang add die kt fb sbb bintang dh janji kn.
sy x nk die anggap pape. n sy x selesa t.
xpe. sy xde rahsie ngan bintang.
bintang sentiasa di langit.
mcm tu jugak la.
awk sentiasa dengan sy...
"jgn la nanges..mcm pondan la!"
bintang slalu ckp cmtu kat sy..

bulan dan matahari..
x tau nk letak spe.
oke.
let me choose..bulan kne la cm bulat2 sket kn..so yg bulat tu bulan..

bulan.
sy dan bulan mula rapat time debate form one. bulan hebat debate. sy hebat juge!
haha. tp x tau la sbb ape. sy mule malu utk debate. sy hanya boleh memberi idea. tp x mampu nk lafazkan. oke. sy mmg pemalu.
sy suke tgk bulan. die lawak dan ayu. dan manja.
sy pelik gak. bulan n bintang ni..slalu je ade bodyguard.
their mom always ikut ktorg keluar jln2. even to cosmos world!
haha. sy agk jeles ngan kalian . tp sy tau mak sy syg cara laen. hehe.
bulan slalu jd tempat sy melontarkan idea. sbb sy tau. bulan mesti nak lawan idea sy.
haha. bulan2..
bulan nak sambung stdy gi egypt. alex. medic.
bulan mesti jumpe ngan 8 askar mep kat sane nnt.
xpe la bulan. kte x la jauh sgt.
egypt ngan jordan dekat je. t sy melawat bulan ek..
best of luck bulan!!
jgn tukar jd mak arab.
ssb.
bulan ayu..hehe..

matahari.
sy rapat ngan matahari time form two. ntah la. cmne ley rapat pun x sure. maybe die sgt comel. haha. cm adek lak. matahari pnggil sy 'sis' kn dlu??
hehe. then form three. kami ade scandal. ish. mybe ramai jeles hubungan kami. haha.
masuk je dm. pegang2 tgn..peluk2 bagai.
x leh cte secara detail. mungkin ramai yg salah anggap t.
sy makin rapat ngan matahari time form five.
tahap comel die wat sy rse seronok kwn ngan die. even slalu dibandingkan ketinggian kami.
tp matahari tough tau. kdg2 je die merajuk.
sorry matahari~naek form five.
sy tenggelam timbul.
waktu tu matahari slalu tlg sy. especially in add math.
sy x ske wat soalan add math. sbb...sy x ske add math!
even dekat nak spm pun. sy still x leh jwb soalan simple pun. maka. sy tgk la latihan2 yg matahari dah buat. hee.
matahari ske bce novel. hehe. rse nye tu je susah sy nk lyn die. haha.
time spm. sy suke tdo ngan matahari..
sbb die ade teddy besar. matahari kuat smgt.
sy tau.
kami gi utp. msu sme2. interview..tapi nk wat cmne.
takdir kte bkn skali.
sy nk sgt tgk matahari berjaya.
sbb die byk tlg sy..sy x lupe..

bintang ckp. sy jd langit.
sy ade tiga2..bintang. bulan. matahari..
sy syg kalian..
even nnt kite susah nk gi mid skali..tgk wyg skali..pergi book fair..men air. nek canopy..
kte still kwn smpai ble2..
jgn la lupe kn sy ek..
klu kalian lupe. sy halau kalian dari langit..hehe..=)




Wednesday, September 1, 2010

next chapter.

x sempat nak mengarang blog mlm ni.

next post maybe lebih panjang.

remind me..

i want to share something. about them...

oh ye. alhamdulillah..x jd repeat paper chem. lecturer bermurah hati naek kn gred.
syukur.
dan sy x nanges dah.

ouch!its hurt..

news yg agk menguji emosi di awal bln september.

kne repeat paper chemistry.
oh. kali ni sy x malu utk menangis.
seriously.

tapi jangan risau.
sy dah kuat sekarang.
wat pe nk nanges teruk2??
repeat test means u are given another chance.
so?
do the best. doakn sy. mungkin doa anda membantu.

mungkin jalan sy Allah uji cm ni.
sy tau.
Allah tentukan yg terbaek utk sy.
jgn marah. hanya reda. dan usaha.
Allah Maha Adil..

Tuesday, August 31, 2010

merdeka!


SELAMAT HARI MERDEKA!!

jarang rse nye menekan butang caps lock nk tulis blog. oke. ari ni smgt merdeka membuak-buak..sy bangga jd rakyat Malaysia. im proud to be malaysian..anda?

sy amat rindu countdown kat sek. hee. kat umah. countdown sorg2 je dalam bilik. then. dpt dgr bunyi bunga api dari jauh. tp. masih amat bersyukur. bunyi yg didengari masih bunga api. bukan nye bom ke ape ke..sy amat syg malaysia. huhu.. de sorg fasilitator time btn ckp.."bwk la tnh dari malaysia. nnt klu korg rindu malaysia..bau la tnh yg korg bwk tu"..

pagi td sempat la tgk tv..sambutan merdeka kt stadium putra bukit jalil. waa..amat teruja! seriously..hebat gle sume formation..and tbe2 persembahan time grad terlintas lam fikiran..haha..boy rmc mep..ish..dh2. rse nk gelak plak..hee..=D

malam td dpt tgk cte sarjan hassan. first time kot tgk. tu pun x abes sbb dah amat ngantuk. rse plek sbb dlu2 org amat bangga jd askar..then tnye la mak..

"mak, knp org dulu bangga sgt dpt jd askar??"
"mesti lah bangga. klu dpt jd askar dulu. same mcm keje doktor skrg"
"owh..kire nye hebat la eh??"
"hebat sgt. spe askar tu mcm hero la"


sy amat bangga ada hero dlm fmly sy.. atuk askar..so. he is my hero! n for my country as well.

lpe nak cte. batalion 6 ramd sebelah sek dah siap dan digunakan macam dlu. waa..amt cantik bangunan bru.. rse bangga tgk askar kt pintu gerbang. siap ngan full uniform n senapang lg. "berani mati"..

terkilan sket sbb de je lg yg x syg negara sendiri. emm..

hargai lah kemerdekaan yg ade.

oh ye..ari ni bru tau beret askar ade byk kaler..hee..


Monday, August 30, 2010

jenan di hati

klu ckp jenan mmg ramai kot x kenal..maybe familiar ngan org kedah zaman 70-80 an..sekarang. org lebih kenal sek men sultan abdul halim with smsah..

lepas amik result spm. rse nye. x menyempat nak kembali ke sek. sek pun jauh beratus km from kl. masa perjalanan pun..berjam-jam lama nye. tapi...alhamdulillah semalam sempat jugak lak bekas pelajar ni kembali manapakkan kaki kat sek tercinta.

mengambil decision utk travel ke kedah berseorangan pd mulanya..ditentang habis-habisan..alasan: risau+perempuan+jauh sgt..tapi setelah membulatkan tekad. hasrat diterima..oh dan..saya fly ke kedah..abah ckp klu nek
bas nnt penat n lama sgt. heee..=)

after check in n amek boarding pass..duk la keseorangan. nak mkn..puasa. maka ayuh membaca!
aisyah baca novel..hee..dlm novel tu..nme die "sha". tbe2 rse geli nak baca. hahaha..stakat ni..ade sorg je lam dunia ni panggil aisyah..:sya..

perjalanan ke kedah amt lancar..alhamdulillah.amat seronok melihat tanah kedah dari atas. hijau je..padi pun tgh menguning...huu.."bile lah lagi nak dtg kedah??..nak tgk padi"..smpy je sek trus gi pondok pak guard..kne tulis nme n amek kad pelawat??agak janggal..huu..jumpe2 cikgu..diberi amanat serba serbi..junior..pastu kuar shopping kat jitra..huu..rase nye spnjg kt sek pun..x pernah kuar outing sorg2..then. terpakse la gak jln sorg2 smlm. agk cuak sbb manusia skrg ni x sume yg baek. mmg tawakal je...

byk gak yg berubah kat sek..principal list. bangunan astries baru. dewan yg sedang dibina. bdk2 pkai name tag. cikgu2 baru..and yes. tender dewan makan baru!!

emm..sateria now 1st ranking sistem rumah. really proud of that. hebat ar korg!!ex-PKR ucap tahniah!!

ronda2 sek..then. lepak kt dorm sateria tercinta..S1..mmg best la..mandi di shower feveret..hee..pastu sempat berbuka kat masjid skali ngan junior2..oh lpe plak..time lalu kat laluan ke masjid..masih de yang jerit.."aisyah!!!!".hee..ingat kn xde jeritan tu smlm. thanx kpd penjerit tersebut coz masih ingat nme sy.. amat rindu kpd boy zealous..korg je yg slalu kacau2 kat situ..damn. miss korg la plak..huhu..

pas bukak pose. call cab. pak cik guard tbe2 nak bersembang di bahu jln plak. die ckp nk blk. tp x blah2 gak..dh nek motor siap..sat on enjin. sat matikan balik..lyn je la. bile teksi sampai.. bru la perasan. pak cik guard tu nak tlg tgk2 kn melintas jln..haha.. bgus nye..ok pak cik. thanx!!

first time nek flight from kedah..huhu..time nak amek boarding pass. dah smpy depan kaunter. bru perasan ic xde lam purse. oh tidak!!..sumpah cemas gle..serabut otak dibuatnye..lame gak terkapai2 kat depan kaunter tu.

"dik, relax..cari betul2.."
"sorry kak.. serabut sket. hehe. nah ni ic"
"owh ok. adik mai kedah sorg ja??pi mana?"
"td pi jenan sat. tgk cikgu2.tgk sek"
"berani noh mai sorg..xdak luggage ka??"
"xdak kak. thanx"

alhamdulillah slmt kembali ke rumah. perjalanan yg singkat n agk memenatkan.
thanx kepada abah yg support tmbg flight. spe2 yg msg sy...haha..
n of course..
pk cik2 teksi..
spe2 yg rse risau..sorry~


air mata ni jatuh gak dlm flight..lantak la..naseb flight mlm..lampu tutup..x la obvious sgt nanges..seriously..byk kenangan kat kedah..
teringat kt mya..slalu nek ngan die je..





Wednesday, August 25, 2010

berbuka puasa: minggu last di intec

khamis: with Kak tiqah..restoran sup utara. nasi ayam.=)

jumaat: berbuka mkn karipap kt kolej then ke i-city with housemate n jiran setingkat mkn pizza hut

sabtu: mkn chicken chop kt pak li kopitiam with roomate, eida

ahad: rojak n pau kaya di rumah. with housemate.

isnin: alone di rumah. mkn coco krunch ngan susu.

selasa:with roomate and faizah. laksa johor.

rabu: iftar kt umah miss irda with classmate MEJ 6 (mknn: pelbagai jenis)

Thursday, August 19, 2010

before students' clearance

mata mamai2..kepala agak pening selepas bangun tidur..semalam tidur 2 jam 30 minit je..aish..kepala runsing..huu..paper arab ammi buat kepala saya lebih berat daripada biasa..disebabkan ari ni last boleh pinjam wireless hajar...maka..gagah kan juga diri separa sedar ni menaip..

lagi 7 hari je lagi untuk menetap kat kolej ni..menaiki bas intec..huhu..td dah isi borg clearance library..fuh..syahdu je rasa..

lately..cuba men"save" segala memori ngan kawan2..ahah..even capasity memory saya agak terhad..namun..demi kalian..saya cuba..

emm..sekarang tengah cuba wat list insan2 yang akan saya ingati..haha..gedik je..kan td dah ckp..memory saya agak terhad..
tapi serious ni..saya bakal merindui kawan2 yg ke egypt..haish..nak makan pun jadi x lalu..nasib baik ramadhan..hehe..

skrg tgh menyerabutkan diri dengan final xm..venue xm yang extra sejuk..mencuak kn lagi rasa nak jawab xm..jari jemari pun terasa kaku nak beraksi..paper arab td cam lawak..coz..x pham pe yg ditanya..maka..x tau la pa yang dijawab..=D

melihat kawan2 di sini menghabiskan saki baki masa di intec bersama "teman" and kawan2 rapat mereka..rindu pada zealous mula terasa..huhu..tp nak wat cam ne..bila dah besar ni..masing2 de hala tuju sendiri..haish..hehe..

kadang2 terlintas gak..nasib lah xde _____..
kalau x..lagi rasa sedih nak tinggalkan malaysia..=)