Monday, October 11, 2010

terasa cepat.

hari terasa cepat berlalu. mungkin rutin harian yang diulang-ulang seperti biasa mengaburkan masa. laluan perjalanan yang sama ke jami'ah. sentiasa menguji keberanian. dilihat seperti orang asing. diejek. dan dikacau mungkin lumrah sebagai orang yang disalahertikan. rindu pada negara tercinta mula membuak-buak. tatkala melihat hujan lebat turun buat pertama kalinya di bumi irbid ni. terasa malaysia negara yang lebih bertuah. hujan di irbid ibarat satu rahmat besar.

angin sejuk. badan ni alhamdulillah baru je pulih dari selsema panjang. mungkin sebab tu juga. makanan arab sentiasa menjemput. haha. akak-akak senior cakap. normal la kalau berat badan naik waktu musim sejuk. tapi. ni baru pra-musim..macam mana ni??

minggu haluan siswa(MHS) amat seronok. ye la. diberi pendedahan tentang dunia islam sebenar. situasi masyarakat kini. membuka mata akan peranan sebenar manusia diciptakan. core bussiness: beribadah dan menjadi khalifah. x perlu tunggu untuk menjadi pemimpin negara. baru peranan sebagai khalifah nak dijalankan. cukuplah sekadar yang termampu. memimpin diri sendiri dan orang terdekat agar tak lari dari landasan islam. manusia bebas memilih hala tuju hidup. dan tu lah peranan akal. berfikir agar setiap langkah yang diatur. tidak lari dari landasan yang sebenar.

sy amat bersyukur. Allah tempatkan sy di bumi anbiya' ni. jauh dari kerosakan masyarakat negara sendiri. agar sy mampu berfikir dari view yang berbeza. mulanya. menjejakkan kaki ke nagara asing ni seakan sukar diterima. namun. ini mungkin good start or turning point untuk sy jadi insan yang lebih baik.

perubahan tak perlu drastik. sebab perubahan yang drastik berisiko tinggi untuk tidak kekal lama. cukup lah secara beransur-ansur. hee. Allah tidak melihat pada hasil tindakan kita. Allah melihat pada usaha...

1 comment:

  1. a'ah. kat mesir pun seciput dua je hujan tu XD

    ReplyDelete