Friday, December 31, 2010

dua. sifar. satu. sifar.

assalamualaikum.

2010

tahun ni sy jumpa ramai kawan dan kenalan baru. banyak kenangan. cerita sedih. happy. tawar. sadis....

menjadi pelajar selama beberapa minggu di pusat memandu kereta..
menghadiri beberapa sesi interview.
beberapa bulan di INTEC..
menghabiskan satu semester di JUST..

perjalanan masih jauh..insyaAllah kalau dipanjangkan umur..

ayuh teruskan langkah!!
jangan terus pecut. takut tersungkur. biarlah perlahan dan berhati-hati.

oh ye... sy nak minta maaf atas segala kesalahan.
even anda bukan stalker blog sy. or sekadar viewer biasa...maafkan ye..
ampun :)

notakaki: azam baru sedang dalam perancangan. hehe. menjadi lebih baik dan membuat peningkatan. yeah!!

nikmat. ujian lebih berat...

assalamualaikum.

syukur alhamdulillah dapat bernafas seperti biasa..semalam tewas dengan kesejukan malam. membuat kepompong di bawah selimut tebal. huu. terasa menyesal pula. masa laju berputar. rasa risau kalau x cukup masa untuk prepare for next exam....

biasanya. manusia lebih melihat musibah sebagai ujian..nikmat??

sebagai ganjaran. perkara yang menggembirakan. menyeronokkan..
tapi. hakikatnya, nikmat adalah ujian yang lebih berat..kenapa??
sebab. sangat sedikit hamba Allah yang mensyukuri nikmatNya.

sekadar ingin berkongsi cerita. beberapa hari lepas sempat ke Amman.
Amman buat sy jatuh hati pada Jordan. hurm.. Allah tempatkan sy kat tanah syams ni bersebab. dan antara infinity nikmat yang perlu. mesti. disyukuri...
melihat masyarakat arab yang agak ganas. kasar. dan sama erti dengannya..diri ni cepat je jadi emo. haish. geram kot..

tapi. di sebalik kekasaran mereka. ada perkara yang amat sy suka. RESPECT!!
satu hari tu..masuk la satu kedai ni. x la berniat nak beli barang pun. saja je nak cuci mata.hee..
terpegun melihat pak cik kedai sedang bersolat. sekadar bentang sejadah kat dalam kedai. x perlu surau atau tempat solat khusus. simple je..ada beberapa kali gak ternampak orang bersolat kat tepi jalan..kat tempat tunggu bas. emm..ntah la. rasa terharu pula...
dengan tasbih sentiasa ditangan. huu.. x kisah la sekadar hiasan ke apa..tapi. itu buat sy respect tentang mereka!

waktu solat jumaat. kebanyakkan kedai ditutup. mall yg besar pun tutup. kalau kat negara sendiri. bukan saja kedai dibuka secara meluasnya. yg lelaki x rasa bersalah pergi kedai. lunch terang-terangan..tgk wayang. hurm..masyarakat di negara sendiri lebih tenat..

itu belum masuk lagi cara mereka respect perempuan. kagum!

point yg ingin disampaikan. nikmat perlu disyukuri. sy ditempatkan di Jordan. syukur!!
ujian yang terpaksa dihadapi..takut terlalai dengan nikmat keseronokan di sini..

berlapang dada menghadapi segalanya. setiap perkara ada hikmahnya. rahsia Allah.

Thursday, December 30, 2010

.....

assalamualaikum.

fuhh. sejuk gigil2. (poyo je kalau org kat kutub utara tu baca)..hehe. alhamdulillah selamat gak merentas kesejukan malam. baru balik dari masjid yarmuk. solat hajat jemaah untuk final exam ni. insyaAllah..

hari ni exam bio lab. huhu. sadis juga ye. femur pun dah boleh confius ngan humerus. biasanya kalau exam online akan dapat result terus. tapi..untuk final exam ni. markah x keluar direct. maka nya.. perasaan cuak tu berlipat kali ganda lah..xpe. alhamdulillah.. BAIK. :)

hari ni terasa homesick gile. serius!! haish. nak call malaysia. kredit weynak (italk) dah habis. nak gi beli. pak cik tu sentiasa memberi harapan palsu..huhu. mak!! nak balik umah!..

en. angin..jangan tiup pergi semangat sy nak study malam ni...
semoga cuaca sejuk ni x membekukan otak sy nak hafal nota2 bio tercinta..
semoga usaha diberkati. dimudahkan segala urusan.

mood: ngantuk. lapar. penat..

"aisyah! sila study!!"

Wednesday, December 29, 2010

final exam

assalamualaikum.

huaa..lama sungguh x menaip. huhu. sedih.. :(
exam final kurang 24 jam je lagi. study macam x cukup je. nak kena hafal badan katak je dah berapa banyak. sob3. katak oh katak!!

"frog was chosen for dissection because of its size, availability, and its resemblance to other vetebrates"..-bio lab

lawak tul. availability???
kena beli seekor katak dengan harga 4 JD (RM20)..sanggup ke??
beli untuk di "operate" lak tu..ishk3..

mengenang tahap fobia yang melampau terhadap katak time sekolah dulu memang lawak. haha.
tapi xpe. itu dulu. sekarang tidak lagi.

cuma tidak berkesempatan je nak operate katak time lab. huu..semangat dah berkobar-kobar untuk membedah katak. namun.. x sempat nak respons soalan instructor lab..(x paham bahasa arab).

"siapa yang nak volunteer bedah katak??"

makanya. orang arab yang paham je la angkat tangan. sedih tul.. :(
ada hikmah nye.

katak...saya dah pening hafal badan awak. (--)

exam seterusnya..
bio- 5 jan
chem- 10 jan
arab- 12 jan
eng- 12 jan..

argh!!x sabar nak gi bercuti..

Saturday, December 11, 2010

#5: tiga result paling teruk.

selamat pagi dunia. sekarang baru pukul 5.37 pagi waktu jordan..hehehe. tahap kesejukkan pagi menyebabkan kemalasan. plus. hari ni cuti. namun. ada program kat jami'ah pagi ni. kena berkumpul pukul 6.15 pg. serious?? huhu..

tiga result paling teruk. maybe ada je result yang lagi teruk. tapi ni antara yang paling memberi kesan la. mmg sentiasa ingat. huhu.

1) peperiksaan awal tahun darjah 4.
paper sains.

38%.

first time dapat merah lam report card.
next exam??

hee. dapat A terus. alhamdulillah..

2) peperiksaan awal tahun form 5

paper physics.

22%

huu. mmg time dapat result ni blur gle. x caye kot. first and last time dapat G9. pengalaman kot!

3) "kandas" driving test.

x lepas naik bukit. ciss.. kne repeat test. maka lambat sket boleh berfoya ngan kete.

tu je la kot. kegagalan mematangkan..hehe. poyo!

Friday, December 10, 2010

4#: empat toplist makanan faveret jordan

assalamualaikum. hari ni menulis blog agak lewat berbanding hari2 sebelumnya. baru pulang dari amman. kemudian ke Jerash. (buat kali kedua ye). first time gi amman selepas mendarat di airport 3 bulan lepas. oh ye. kat Amman baru lah rasa yang jordan ni sangat cantik. hehe. gi embassy tadi. waa..sangat seronok. melihat bendera MALAYSIA. tiba2 ternampak majalah FRIM. huhu. rindu abah.

ok. tajuk hari ni empat makanan yang jadi toplist sy kat jordan.

1) falafil
2) za'tar
3) arayes
4) shawarma

maybe sebab makanan2 ni. program diet terjejas. senyuman pun berubah. haha.

pencapaian setakat ni??
ok. berat meningkat. x perlu susah2 beli weight gain. dalam masa 3 bulan je pun. dah naik.......
hee. x boleh bg tau. hahaha. nnt korg jeles!!(sbb dasyat sgt)

Thursday, December 9, 2010

#3: lima nama baru di jordan

alhamdulillah. jari masih mampu menekan keyboard. air panas tiba2 xde semalam. pagi ni pun xde lagi. maka. terpaksa menggagahkan diri sehabisnya untuk ambil wudhu'. em. semalam kelas biology lab sangat memeningkan. terpaksa lukis 12 cell dan tissue. subhanallah...sangat cantik ciptaan Allah. memang x terjangkau kemampuan ni nak melukis..

"ciptaan Allah tu sangat indah..manusia je yang burukkannya.."

tajuk post kali ni nak cerita pasal lima nama baru yang sy dapat selepas menjejakkan kaki lebih kurang tiga bulan di bumi irbid ini...

1)'A-'I-SYEH

nama ni sama je macam aisyah di malaysia. cuma cara sebut yang lebih keARABan...(ada ke term ni ek??)..hehe. kat jordan ni. nak dengar panggilan AISYAH cam kat rumah just from student MALAYSIA je lah..

2) FATIMAH

nama ni musyrifah yang panggil. musyrifah tu ala2 warden yang jaga blok sakan ni. haish. pelik tul kan..aisyah-fatimah..jauh gle beza. x tau la macam mana leh dia panggil fatimah. time dia panggil tu nak je gelak guling2. tapi cam kejam sangat plak. dia panggil fatimah pun..jawab je lah..terpaksa gak ulang nama AISYAH banyak kali bagi dia ingat sket..

3) NUSAIBAH

satu lagi nama yang agak jauh dengan AISYAH..time tu tulis nama kat kertas. NURAISYAH. pastu lecturer english tu baca NUSAIBAH. maka. dengan muka x tau menahu tahap blur..sy diamkan diri. ye lah. bukan nama sy kan??..pastu muka lecturer tu berubah. berkerut..hee. pelik sebab xde yang angkat tangan and respon. lecturer tu pun baca lagi..NUR...
ok. kali ni ada tanda2 nama sy. so. sy menyahut la. "na'am..."

"NUR esh??" (NUR apa??)

mengingatkan sy berada di negara arab..maka jawapan nye.. NUR-'A-'I-SYAH..
kelas2 selepas nya. asal sebut NUR je. dah tau dah. itu sy!!

4) TOSHIBA

ok. sila gelak bersama. sy pun pelik tahap super bila ada orang panggil sy nama ni. hahaahaha.. nak kata jadi duta TOSHIBA. belum lagi.(^^")..muka gaya jepun. harapan je la kan~ ni semua gara2 lecturer panggil NUSAIBAH. pastu ada classmate arab dengar TOSHIBA. haish.. pelik tul. memang after that. lebih peka kalau sape2 sebut TOSHIBA. hee.

5) 'AYUSHA

nama cam glemer sket. ni pun nama wujud from musyrifah. dia cakap ni nickname utk AISYAH kat sini. my respon.."owh..." baru je mendapat nama ni 2 hari lepas. memang lepas tu. kalau jumpe musyrifah..die akan panggil 'AYUSHA..

emm..'A-'I-SYEH, FATIMAH, NUSAIBAH, TOSHIBA, 'AYUSHA..nama baru yang wujud.

still x boleh menandingi keseronokkan bila orang panggil NURAISYAH. NUR. AISYAH. SYA.

apa nama yang ada pun. i'm happy as i am. lebih seronok kalau panggl sy NURAISYAH AISYAH pun ok juga.

sekian.

Wednesday, December 8, 2010

#2: enam tarikh paling penting.

assalamualaikum. semoga hari ni lebih baik untuk kalian dan sy. syukur. masih bernafas dan mampu menggunakan nikmat Allah sebaiknya. hari2 sy kini ditemani 15 roomate baru. disebabkan banyak sgt. sy dah beli kan rumah baru untuk diorg. filter and oxygen included. emm..seronok tgk diorg..hehe..special thanx to my roomate sbb sudi share bilik kte ngan kawan baru..haha. :)

post kali ni. tarikh paling penting lam hidup sy. ini x termasuk my birthday ye and x termasuk tarikh2 sy dapat result upsr. psra. pmr. spm. lesen kereta..tarikh2 ni mungkin hari paling seronok or paling sedih. atau mungkin juga hanya tarikh yang x boleh dilupakan..

tarikh2 ni x dispesifikkan mengikut tahun.

1) 26 Mac
2) 17 April
3) 1 Julai
4) 25 Ogos
5) 18 September
6) 8 Disember

sebab pe penting?? nak tau?
call sy ek..=)
malas nak taip panjang..hehe..

Tuesday, December 7, 2010

#1: tujuh insan saya amat sayang.

alhamdulillah.. selamat pagi dunia!! pagi ni terasa berat nak bangun. memandangkan cuti awal muharram, cuaca sejuk, mood selepas exam, x de plan nak merayau, bosan..makanya, selimut dan katil tidak perlu disalahkan andai ada insan lagi yang masih tegar dan setia ber"kepompong"..hee.

badan hari ni terasa sakit sikit. malam tadi berhempas pulas melipat samosa dan menguli karipap. sekadar suka2 nak menjual. hehe. seronok gak sebab mengisi masa lapang yang sebenarnya x berapa lapang ni.

kembali ke motif asal
siapa insan yang aisyah sayang?
abah. sila jangan risau...aisyah bukan gatal nak kawin awal or mempunyai tujuh pilihan..atau tujuh toplist pakwe..oh tidak2.tiada kena mengena sama sekali..("kalau nak cari kawan. third year boleh la",abah)hee. dont worry abah..amanah study lagi berat.
kasih sayang sy untuk mereka...
1)Rasulullah
2)Puan Habibah MOkhtar
3)Encik Mohd Zamshari Abd Rahman
4)Nurfarhana Mohd Zamshari
5)Nurlina Mohd Zamshari
6)Abdul Hadi Mohd Zamshari
7)Muhammad Syafiq Mohd Zamshari
kenapa nama family je sume??x kan x sayang orang lain??
mesti la sy sayang ramai orang. tapi nama pun "tujuh insan saya amat sayang".. kan2??
kenapa sayang mereka? rasanya x tertulis sebab2 tu. cukup lah sekadar mereka amat istimewa dalam hati ni. cuma kata hati x mampu terucap dengan lisan betapa diri ni sayang kat mereka..
jangan risau. sy syg awak jugak!!muahh!!

Monday, December 6, 2010

tahun lama

lagi enam minit sebelum ke kelas english..

alhamdulillah..syukur x terkata..akhirnya..
bumi irbid yang indah ni dihujani rahmat Allah...
"kita lebih hargai sesuatu bila kita susah nak dapatkan benda tu..or benda tu dah hilang dari pndangan mata"

Allah Maha Bijaksana. setiap sesuatu pasti ada hikmah nya.

lagi beberapa jam je akan melangkah ke tahun hijriah yang baru..
semangat baru..
matlamat baru..(ada je matlamat lama yang masih perlu dilaksankan).hehe..

malaysia dah masuk tahun baru..even lambat enam jam pun. syukur tadi sempat call family..jauh tapi dekat..=)

background blog dah ditukar..menunjukkan semangat penulisan baru.haha..
(ala-ala penjenamaan semula lak)..erk..

currently..
mood: ngantuk plus malas nak masuk kelas. hehe..sejuk gle kot..
jari menaip pun tersa kaku..

sekian.
sedang melayan cerita "buzzer beat"..walamak. basketball!!

semoga kalian dirahmati Allah..insyaAllah..

Wednesday, December 1, 2010

12

selamat datang disember!!!

hye exam paper..
hye online exam!!!

waa..

saya suka xm. (????)