Sunday, October 17, 2010

happy birthday: kak ana, mya!!




short post.
selamat hari lahir.

mya:16hb oktober.
mya. thanx dear for being my best friend. my best "adik"..hehe.may Allah bless u.sorry this year xde hadiah. jgn lupe aku. sbb aku selalu ingat ko!!

kak ana..
sanah helwah. smoga panjang umur. murah rezeki. syg kak ana!!kakak tersayang..hee..

Monday, October 11, 2010

terasa cepat.

hari terasa cepat berlalu. mungkin rutin harian yang diulang-ulang seperti biasa mengaburkan masa. laluan perjalanan yang sama ke jami'ah. sentiasa menguji keberanian. dilihat seperti orang asing. diejek. dan dikacau mungkin lumrah sebagai orang yang disalahertikan. rindu pada negara tercinta mula membuak-buak. tatkala melihat hujan lebat turun buat pertama kalinya di bumi irbid ni. terasa malaysia negara yang lebih bertuah. hujan di irbid ibarat satu rahmat besar.

angin sejuk. badan ni alhamdulillah baru je pulih dari selsema panjang. mungkin sebab tu juga. makanan arab sentiasa menjemput. haha. akak-akak senior cakap. normal la kalau berat badan naik waktu musim sejuk. tapi. ni baru pra-musim..macam mana ni??

minggu haluan siswa(MHS) amat seronok. ye la. diberi pendedahan tentang dunia islam sebenar. situasi masyarakat kini. membuka mata akan peranan sebenar manusia diciptakan. core bussiness: beribadah dan menjadi khalifah. x perlu tunggu untuk menjadi pemimpin negara. baru peranan sebagai khalifah nak dijalankan. cukuplah sekadar yang termampu. memimpin diri sendiri dan orang terdekat agar tak lari dari landasan islam. manusia bebas memilih hala tuju hidup. dan tu lah peranan akal. berfikir agar setiap langkah yang diatur. tidak lari dari landasan yang sebenar.

sy amat bersyukur. Allah tempatkan sy di bumi anbiya' ni. jauh dari kerosakan masyarakat negara sendiri. agar sy mampu berfikir dari view yang berbeza. mulanya. menjejakkan kaki ke nagara asing ni seakan sukar diterima. namun. ini mungkin good start or turning point untuk sy jadi insan yang lebih baik.

perubahan tak perlu drastik. sebab perubahan yang drastik berisiko tinggi untuk tidak kekal lama. cukup lah secara beransur-ansur. hee. Allah tidak melihat pada hasil tindakan kita. Allah melihat pada usaha...

Monday, October 4, 2010

masih di bumi Allah..

fuhh. lama nye x menconteng blog. mungkin blogger page yg berbahasa arab membantutkan keterujaan menaip. haha. angin kuat. panas bahang. langit kosong tanpa awan. pasir berdebu. agaknya belum cukup nak describe macam mana bumi Allah yang sedang dipijak ni.

hari ni tekad mengambil masa utk menulis something kat blog. oh yeah!!sy x ponteng kelas ye. hari ni hari isnin merupakan hari sy bangun lambat. jd suri bilik. coz my roomate ada kelas awal2 pagi. sy hanya mampu ucap "bye" dalam keadaan separa sedar dari atas katil. hehe. kelas hari ni start kul 2.15 ptg. maka. blog dijadikan tempat bersembang. hee.=)

jadi student di negara majoriti penduduk islam. mungkin lebih senang. tapi masih ada cabaran. keselamatan?? maybe sama je cam kuala lumpur. tapi. ni bukan tempat sy. so terpaksa memasang perisai dan lebih berhati-hati. diejek budak2 arab dah jadi satu kebiasaan. ntah la.kalau budak2 arab yang ejek. x la rasa marah sgt. sbb diorg masih bdk2. tapi ble abg budak or bapak budak...haish. panas juga eardrum ni.

banyak lagi ilmu yang perlu diteroka. emm..setakat ilmu yang belajar lam kuliah. x cukup rasanye nak bawak balik. doakan sy. sy merindui malaysia. hee. walaupun laki kat sini handsome, tinggi, putih..perempuan kat sini cantik, putih, slim...sy masih syg org malaysia..