Wednesday, May 23, 2012

result: konflik.

Assalamualaikum.

syukur.
pagi tadi selesai peperangan exam final.
tak sampai 12 jam exam. result dah keluar. Alhamdulillah.. boleh tidur lena malam ni..(padahal hari2 lena je..hehe.)

result??
rasanya..sekarang,normal situasi merahsiakan result masing-masing. dengan alasan, itu hak privasi sendiri..ni zaman universiti..bukan zaman sekolah, yang ada buku rekod yang perlu mak or abah tandatangan..
terpulanglah..itu pilihan kita sama ada perlu bagi tahu atau tidak..perlu berkongsi atau tidak..nak bercerita dengan kawan atau tak..yes, itu satu pilihan!

bagi yang dapat markah tinggi..takut 'riak'.
bagi yang dapat markah rendah..malu..

setiap kali keluar result. honestly, rasa sangat eager untuk tahu markah orang lain..hee.
kalau boleh nak tahu markah semua orang..
ye lah..waktu kat sekolah dulu, dah terbiasa dapat list markah semua orang dalam kelas..

sekarang ni, macam habit plak. asal jumpa je orang.."markah ok tak??brp??"
and jawapan tipikal.."Alhamdulillah..ok lah..tapi tak sehebat awak.."

dalam hati..
"adeh. perli ke?" dalam erti kata lebih sopan..
"baiknya..mesti dia yakin aku ni mampu dapat makah tinggi" (sarcastic)
normal kan?? (mungkin juga abnormal)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

second sem ni. sy belajar banyak perkara. (selain subjek2 universiti yang tak dinafikan banyaknya..)
situasi mendorong sy untuk menjadi lebih berahsia.
lebih berhati-hati untuk bercerita..lebih berhati-hati untuk berkongsi..
sebenarnya,sy bukan jenis orang yang berahsia kalau ada orang tanya..

"aisyah, markah pathophysio, berapa?"
jika soalan itu berapa..maka, jawapannya insyaAllah dalam angka..
jika soalan itu "macam mane?"..jawapan selalunya.. "Alhamdulillah"
dan biasanya. win-win situation. sy akan berkongsi markah dengan orang yg bersedia untuk berkongsi juga..hehe..(strategi nak tahu markah orang..hehe.)

semester ni result sy. Alhamdulillah better than first sem..
naik lah sikit muaddal (peratus) semester ni..

suka nak share. antara pembakar semangat untuk sem ni, time sharing program 'back to school'..program ni biasanya buat time setiap awal sem..talk from seniors..
sorang senior ni, dia bukan scorer..tapi ayat dia boleh buat mata jadi blink2* kagum. respect!

mak pernah pesan..(dalam surat time birthday ke-15)
"....jadikan semua yang ada di sekeliling aisyah sebagai cikgu aisyah..walaupun seekor anjing..belajarlah dari keadaan sekeliling aisyah..." (lebih kurang mcm tu lah ayatnya..)
motivator tetap sy tu selalu pesan.."teruskan berusaha, dan teruskan bersyukur.."
(okeh.tiba2 air mata bertakung.sobs)

sedar. kejayaan atau kegagalan yang selama ni sy hadapi. semuanya dari Allah.
dapat bonus berjaya..sebab Allah nak uji..
dapat bonus gagal pun..sebab Allah nak uji..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

buat kawan2,
kalau korg rasa markah korg teruk. jangan lah malu2 nak cerita kat kawan lain..
yes, the best solution..cerita kat Allah..cerita kat parents..
kat sini, kita ada kawan2..kita tak perlu pun nak cerita kat semua..kalau kita malu, kita boleh pilih sorang je antara 60 orang..at least, pilih sorang yg kita paling percaya utk kita share markah kita..berkongsi markah tak wajib pun..
tapi, dengan berkongsi, korg akan lebih faham situasi..
bukan kita je yang dapat markah rendah..bukan kita je yang 'fail'..kita masih ada kawan yg boleh tolong kita..tolong kejutkan kita..
jangan sampai kita hanyut sorang2..tak jerit minta tolong..last2 tenggelam dalam diam.

semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah.
semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan di sana kelak.

notakaki:sorry post panjang.

Thursday, May 17, 2012

serabut.

Assalamualaikum.
alhamdulillah.
mata berat. tersandar penat.
hari ni sangat panas. balik dari exam tadi berusaha secepatnya nak beli aiskrim. (puas.)
hari ni boleh lah tarik nafas dalam2 sikit. selesai 3 hari exam berderet. Tachycardia dibuatnya.bermula dengan exam Pathophysio sabtu lepas.kelmarin Head nad Neck Anatomy. semalam Oral Physio. dan hari ni Microbiology.

betullah cakap kakak.
"xpe lah. exam aisyah online je..objektif je pun."

kalau semua exam ni essay plus berderet. mampu melekat kepala atas meja ni haa nak baca banyak2.
next exam hari sabtu ni. (mohon doakan kami).

di kala kesesakan jadual exam.
hati ni sangat lah kacau-bilau. (tak tahu nak describe macam mana dah)
penat. serabut. banyak lagi notes tak cover. hafal itu ini. homesick. hari ibu. hari guru. rindu embah. nak makan lauk mak masak. rindu hujan. bau rumput...blablabla.
fuhh. ditambah dengan fasa bertapa dalam bilik.. mahu jadi sawan sorang2 meraung tiba2.golek2 atas katil. haha. (ayat pun dah nampak keserabutan minda.kecelaruan emosi)

tapi.
disebalik exam yang berderet. gap antara exam yang sangat pendek..yang lagi laju daripada tunggu next train KTM sampai. (-_-")

tiba2 tadi terpikir.
"kalau exam. aku susah2 study. preparation sampai tonggeng2 baca notes..makan pun hadap notes lagi. macam2 sumbat dalam kepala sampai penuh..ntah2..aku tak sempat pun nak jawab exam ni.."

err..

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Munafiqun 63:11)


opps. kalau kita tak ready nak amik exam. kita boleh buat2 cari MC untuk amik exam ganti, kan?
tapi..

bila dah sampai saat kita tak boleh lagi nak betulkan jawapan kita. saat kita dah tak boleh nak beramal sebanyaknya..saat kita dipanggil untuk berjumpa Maha Pencipta.. tak sesaat pun awal. tak sesaat pun lewat. Astagfirullah..
rasa malu kalau Allah tunjukkan amalan yang kita ada sekarang.
mungkin beberapa percent je yang baik.
belum lagi kira yang lompong2..rejected..hak orang lain..
Allah..
takut sangat diri ni antara orang2 yang 'failed'
takut diri ni terlepas daripada merebut tiket ke Jannah..
risau sangat diri ni disapa oleh Penjaga Neraka.
risau kalau diri ni menjadi penghuni tempat terendah itu untuk selamanya...

hukhuk.seriously takut.
mati itu pasti. hidup insyaAllah...

doakan sy tak hanyut dalam kesibukan exam ni.
doakan sy terus kuat untuk study.
doakan sy mendapat result yang terbaik..

melihat tiket flight balik Malaysia. gambar raya kat desktop,
semangat!
(semoga tahun ni lulus. bolehlah cuti dengan tenang dan gembiranya!)

Monday, May 7, 2012

twitter.

assalamualaikum.

harap semua sihat2 dan ceria2 selalu.
hee. rajin terlebih. pagi ni ada exam carving pukul 8.30 pagi.
tapi ngada2 merajinkan diri nak taip2.

sebenarnya, ada perkara yang perlu dijelaskan.
nak tulis kat fb. tapi rasanya, macam panjang sangat nnt..plus, x ramai friends yang boleh baca.
makanya, saya decide menulis di blog.

ni berkaitan dengan status saya di fb. hee. kurang sejam saya post.
then, saya remove. so, sorry lah bagi yang mencari (perasan je ada org nak cari)..hehe.. :D
remove dengan harapan isu tidak dipanjangkan.
memang tak dipanjangkan di fb. tapi dipanjangkan kat jalan lain.
makanya, bagi orang yang tak tahu pangkal cerita (sebab dah di'delete'). ada banyak 'cerita tambahan' penyedap rasa terdengar..

ni status saya..(still ingat sebab tak selalu pun update status fb)hehe..:

"~budi bahasa budaya kita~"
adeh..berkerut dahi baca status or comment kawan2..pilihlah bahasa yang baik sikit..kalau nak tegur..pm pun boleh kan??

notakaki: ciri lelaki idaman: xde twitter. HAHA

status ni "hot" kat bahagian notakaki tu je..hehe..
julung2 kali menyatakan ciri lelaki idaman hati kat public..baru nak bagi hint sikit kat abah.. (okeh saya belum 20 tahun..err..)

kat ruangan comment..setelah ada orang tanya "kenapa xde twitter?"
jawapan saya..

bagi mengelakkan gejala dikutuk or mengutuk di twitter..haha.

setelah membuat analisis kasar (aceewahh ayat)..
dua ayat ni je yang dipanjangkan.. (ni tak termasuk ayat2 tambahan sumber lain)

notakaki: ciri lelaki idaman: xde twitter. HAHA
bagi mengelakkan gejala dikutuk or mengutuk di twitter..haha.
disebabkan ayat di atas.
mula timbul isu..
seakan-akan saya menyatakan semua orang yang mempunyai twitter tu 'jahat'.
walhal bagi saya, statement tu tak menyatakan sedemikian.. (mungkin pilihan bahasa saya tak sesuai)

ni pendapat peribadi saya.. anda berhak untuk setuju atau tidak.

sebagai contoh, kalau saya cakap..
ciri lelaki idaman saya adalah orang yang tak tinggal kat KL. (saya KL gak eh :P )
sebab: orang KL tak tahu buat kerja kampung.hee..
saya tak bermaksud menghukum terus semua orang KL tanpa mengira jantina dan peringkat umur.
ada orang KL yang pandai buat kerja kampung gak. contohnya.. atok saya. (sempat wat iklan..hehe)

next contoh. andaikata sorg lelaki ni cakap...
ciri pasangan idaman: tak pakai seluar jeans..
sebab: bagi mengelakkan pakai seluar jeans ketat dan seksi.
adakah itu juga bermakna lelaki tu membenci 'anti' semua perempuan yang pakai jeans??
bagi saya, tidak..
tu adalah ciri pasangan idaman. "idaman"..
saya rasa semua ada ciri idaman tersendiri.. betul tak??

pendapat saya, kita perlu jelas ayat sebenar yang nak disampaikan..
jangan terlalu mudah manipulasi ayat sebenar.
saya menulis ni tidak berhasrat untuk menghentam para twitter.

niat saya menulis di blog ni pun hanyalah..saya dapat terangkan perkara sebenar tanpa melenting tak tentu pasal..
memang saya tak de twitter. memang saya tak berteknologi  sangat..
tapi saya sangat yakin.
kita semua ada akal yang hebat untuk berfikir.
saya tak cakap saya baik. sebab kita semua manusia. nilaian baik (manusia) kita berbeza.

okeh. lastly,harap ciri lelaki idaman saya tak dipertikaikan. hee..
harap bagi sesiapa yang baca blog ni. ada perkara yang tak setuju or nasihat membina..
boleh pm saya kat fb..
saya jarang ber'blog' sangat..takut kalau comment kat sini ada yang tak terbaca.
saya gak takde twitter..
kalau anda ada perkara yang nak tegur saya..tak perlu nyatakan kat twitter..sbb diri saya yang perlu diperbaiki ni tak dapat dibaiki pun nanti..

sekian.
doakan saya dan warga Dent10 carving dengan baik hari ni..
maafkan salah silap. terkasar bahasa. terguris jiwa kalian.
jika anda pengguna twitter yang baik. tahniah!
mana2 medium sama je.  :)

kalau pendapat saya salah. maaf ye.
saja :)

Sunday, May 6, 2012

butang hijau.

assalamualaikum.

semoga kita tetap dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.
alhamdulillah. akhirnya hari ni berjaya gak memecahkan tembok malas untuk menulis di blog.
blog ni bukannya ada orang baca sangat pun. so, tidak menulis tu okeh lah kan? huhu.
tapi tadi terdetik jap, berkongsi sesuatu tu..walau sikit..tapi mendatangkan faedah kepada orang lain,kan best??even maksud tak sampai sangat..for me, menulis di blog satu cara memesan diri sendiri gak..asyik nak monolog je..x syok lah..hehe.

hari ni hari ahad.saat jari ni menari di papan kekunci. jam masih pukul 5 pagi. bangun awal? sebab Allah panggil untuk subuh.
mak mesti super duper excited kalau anak dia sorang ni bangun awal subuh. hehe!
waktu solat Jordan sekarang memaksa saya bangun awal. subuh: 4.09 pagi! hujung bulan ni..subuh 3.48 pagi!
fuhh. mencabar jiwa raga anak muda betul kalau waktu subuh awal2. lagi2 lah anak muda yang tengah study week ni. haha!

zaman sekolah menengah dulu, barulah sedar kena jaga solat. even dah belajar solat sejak tadika pun. sampai sekolah menengah barulah sedar kena betul2 jaga solat lima waktu. haish. lambat betul minah ni faham.
kat sekolah dulu, barulah nak belajar bangun subuh sendiri. asrama kot. nak kena 'basuh' ngan senior sia2 je kalau gatal2 bangun pagi lambat..(rekod bersih!)
tapi kalau cuti..haha. balik rumah. macam kena goncang dunia baru nak bangun..pemalas!

"........to be a better person is to improve your solah......"


"Dan laksanakan solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingat (Allah) " 
Surah Hud 11:114


now, dah berakhir zaman sekolah. dah duduk jauh dari mak, alarm subuh paling sabar di dunia. dah tak tidur dengan kakak, pengejut subuh yang sangat 'kreatif'. dah tak ada BADAR nak ingatkan setiap minggu. dah tak ada senior nak marah kalau tinggal solat.

ikutkan nafsu tidur, memang sangat best lah. tapi.. saya sedar. saya masih kekal status sebagai hamba Allah di mana sahaja saya berada. hatta saat berada di hadapanNya.

sekarang memang sangat bermujahadah untuk jaga waktu solat. sangat berusaha untuk solat awal waktu. sangat berusaha untuk jawab call Allah tanpa ragu..tanpa rasa malas..tanpa rasa jemu..
syukur. Allah tetapkan saya di Jordan. negara Arab. masjid banyak. azan sahut-menyahut. saya tak ada alasan untuk "tak sure" waktu solat.

kenapa kena solat awal waktu? bukan ke Allah bagi waktu solat tu panjang?

jawab soalan dengan soalan.
'kenapa nak bertangguh solat kalau mampu solat awal waktu?'
'pernah rasa kena reject call tak? best ke??'
'cakap sayang Allah, berkorban masa untuk tersayang takkan tak boleh kot?'

ini peringatan untuk diri sendiri. dan readers sayang juga.
sekarang musim final exam kan? im not really sure about final period kat Malaysia bila.
but kalau kat sini, dari tahun satu sampai lah final year..sedang bertapa dalam bilik baca buku.
study tu perlu. tak dapat dinafikan. dan study itu juga ibadah jika niat kita ikhlas kerana Allah.
tapi, tak perlu rasanya kita korbankan waktu solat untuk study. Allah dah bagi best offer dah solat tu lima waktu je. ingat tak macam mana malunya Rasulullah yang kita sayang minta diskaun kat Allah time isra' mikraj dulu??
ingat tak dulu..kekasih Allah tu cuba yang terbaik untuk kurangkan waktu solat supaya kita2 ni..sebagai umat Rasulullah mampu laksanakan solat???


Allah..
malunya kalau "best offer" tu pun kita abaikan.
malunya nanti kalau time dihisab. Allah paparkan apa yang kita buat waktu Allah dah panggil solat..
astagfirullah.

stay up tengah malam. sampai terlepas subuh.
insyaAllah Allah beri kejayaan dunia. tapi.. nak ke dapat kejayaan dunia dengan abaikan hak Pemberi Kejayaan??

"mati tu pasti..hidup insyaAllah" 

sama juga..kita tak pasti pun yang kita penat2 study ni..kita berpeluang jadi doktor etc.
makanya, bagi saya..sangat tak rasional untuk kita jadikan study tu sebagai alasan untuk abaikan solat..
kita kisah kalau pergi kelas lambat..(ke korang tak kisah??hehe)
tapi kita 'boleh' plak solat lewat, kan?

ok lah..bebel panjang lak..
kesimpulannya.
jom start usaha jaga solat!
jom!
jom baiki amalan kita!
jom sama2 ingatkan kawan2..jom sama2 ajak kawan2 solat jemaah!
jom usaha bangun subuh..jom gerakkan kawan2!

(macam promosi majalah JOM! plak..hehe..)

last point. sifat menunggu untuk dikejut subuh or dipanggil untuk solat tu.. tak termasuk dalam ciri2 orang yang nak berusaha jaga waktu solat.
cara menarik nak bangun subuh. klik ni!

butang hijau.
kalau incoming call..if kita nak accept call, kita pilih butang hijau kan?
jangan sampai kita tak sempat jawab "call" dari Maha Pencipta.

notakaki: okeh. nak bersiap2 dah. jogging di pagi hari. hee :)