Sunday, May 6, 2012

butang hijau.

assalamualaikum.

semoga kita tetap dalam kalangan hambaNya yang bersyukur.
alhamdulillah. akhirnya hari ni berjaya gak memecahkan tembok malas untuk menulis di blog.
blog ni bukannya ada orang baca sangat pun. so, tidak menulis tu okeh lah kan? huhu.
tapi tadi terdetik jap, berkongsi sesuatu tu..walau sikit..tapi mendatangkan faedah kepada orang lain,kan best??even maksud tak sampai sangat..for me, menulis di blog satu cara memesan diri sendiri gak..asyik nak monolog je..x syok lah..hehe.

hari ni hari ahad.saat jari ni menari di papan kekunci. jam masih pukul 5 pagi. bangun awal? sebab Allah panggil untuk subuh.
mak mesti super duper excited kalau anak dia sorang ni bangun awal subuh. hehe!
waktu solat Jordan sekarang memaksa saya bangun awal. subuh: 4.09 pagi! hujung bulan ni..subuh 3.48 pagi!
fuhh. mencabar jiwa raga anak muda betul kalau waktu subuh awal2. lagi2 lah anak muda yang tengah study week ni. haha!

zaman sekolah menengah dulu, barulah sedar kena jaga solat. even dah belajar solat sejak tadika pun. sampai sekolah menengah barulah sedar kena betul2 jaga solat lima waktu. haish. lambat betul minah ni faham.
kat sekolah dulu, barulah nak belajar bangun subuh sendiri. asrama kot. nak kena 'basuh' ngan senior sia2 je kalau gatal2 bangun pagi lambat..(rekod bersih!)
tapi kalau cuti..haha. balik rumah. macam kena goncang dunia baru nak bangun..pemalas!

"........to be a better person is to improve your solah......"


"Dan laksanakan solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingat (Allah) " 
Surah Hud 11:114


now, dah berakhir zaman sekolah. dah duduk jauh dari mak, alarm subuh paling sabar di dunia. dah tak tidur dengan kakak, pengejut subuh yang sangat 'kreatif'. dah tak ada BADAR nak ingatkan setiap minggu. dah tak ada senior nak marah kalau tinggal solat.

ikutkan nafsu tidur, memang sangat best lah. tapi.. saya sedar. saya masih kekal status sebagai hamba Allah di mana sahaja saya berada. hatta saat berada di hadapanNya.

sekarang memang sangat bermujahadah untuk jaga waktu solat. sangat berusaha untuk solat awal waktu. sangat berusaha untuk jawab call Allah tanpa ragu..tanpa rasa malas..tanpa rasa jemu..
syukur. Allah tetapkan saya di Jordan. negara Arab. masjid banyak. azan sahut-menyahut. saya tak ada alasan untuk "tak sure" waktu solat.

kenapa kena solat awal waktu? bukan ke Allah bagi waktu solat tu panjang?

jawab soalan dengan soalan.
'kenapa nak bertangguh solat kalau mampu solat awal waktu?'
'pernah rasa kena reject call tak? best ke??'
'cakap sayang Allah, berkorban masa untuk tersayang takkan tak boleh kot?'

ini peringatan untuk diri sendiri. dan readers sayang juga.
sekarang musim final exam kan? im not really sure about final period kat Malaysia bila.
but kalau kat sini, dari tahun satu sampai lah final year..sedang bertapa dalam bilik baca buku.
study tu perlu. tak dapat dinafikan. dan study itu juga ibadah jika niat kita ikhlas kerana Allah.
tapi, tak perlu rasanya kita korbankan waktu solat untuk study. Allah dah bagi best offer dah solat tu lima waktu je. ingat tak macam mana malunya Rasulullah yang kita sayang minta diskaun kat Allah time isra' mikraj dulu??
ingat tak dulu..kekasih Allah tu cuba yang terbaik untuk kurangkan waktu solat supaya kita2 ni..sebagai umat Rasulullah mampu laksanakan solat???


Allah..
malunya kalau "best offer" tu pun kita abaikan.
malunya nanti kalau time dihisab. Allah paparkan apa yang kita buat waktu Allah dah panggil solat..
astagfirullah.

stay up tengah malam. sampai terlepas subuh.
insyaAllah Allah beri kejayaan dunia. tapi.. nak ke dapat kejayaan dunia dengan abaikan hak Pemberi Kejayaan??

"mati tu pasti..hidup insyaAllah" 

sama juga..kita tak pasti pun yang kita penat2 study ni..kita berpeluang jadi doktor etc.
makanya, bagi saya..sangat tak rasional untuk kita jadikan study tu sebagai alasan untuk abaikan solat..
kita kisah kalau pergi kelas lambat..(ke korang tak kisah??hehe)
tapi kita 'boleh' plak solat lewat, kan?

ok lah..bebel panjang lak..
kesimpulannya.
jom start usaha jaga solat!
jom!
jom baiki amalan kita!
jom sama2 ingatkan kawan2..jom sama2 ajak kawan2 solat jemaah!
jom usaha bangun subuh..jom gerakkan kawan2!

(macam promosi majalah JOM! plak..hehe..)

last point. sifat menunggu untuk dikejut subuh or dipanggil untuk solat tu.. tak termasuk dalam ciri2 orang yang nak berusaha jaga waktu solat.
cara menarik nak bangun subuh. klik ni!

butang hijau.
kalau incoming call..if kita nak accept call, kita pilih butang hijau kan?
jangan sampai kita tak sempat jawab "call" dari Maha Pencipta.

notakaki: okeh. nak bersiap2 dah. jogging di pagi hari. hee :)













No comments:

Post a Comment