Thursday, May 17, 2012

serabut.

Assalamualaikum.
alhamdulillah.
mata berat. tersandar penat.
hari ni sangat panas. balik dari exam tadi berusaha secepatnya nak beli aiskrim. (puas.)
hari ni boleh lah tarik nafas dalam2 sikit. selesai 3 hari exam berderet. Tachycardia dibuatnya.bermula dengan exam Pathophysio sabtu lepas.kelmarin Head nad Neck Anatomy. semalam Oral Physio. dan hari ni Microbiology.

betullah cakap kakak.
"xpe lah. exam aisyah online je..objektif je pun."

kalau semua exam ni essay plus berderet. mampu melekat kepala atas meja ni haa nak baca banyak2.
next exam hari sabtu ni. (mohon doakan kami).

di kala kesesakan jadual exam.
hati ni sangat lah kacau-bilau. (tak tahu nak describe macam mana dah)
penat. serabut. banyak lagi notes tak cover. hafal itu ini. homesick. hari ibu. hari guru. rindu embah. nak makan lauk mak masak. rindu hujan. bau rumput...blablabla.
fuhh. ditambah dengan fasa bertapa dalam bilik.. mahu jadi sawan sorang2 meraung tiba2.golek2 atas katil. haha. (ayat pun dah nampak keserabutan minda.kecelaruan emosi)

tapi.
disebalik exam yang berderet. gap antara exam yang sangat pendek..yang lagi laju daripada tunggu next train KTM sampai. (-_-")

tiba2 tadi terpikir.
"kalau exam. aku susah2 study. preparation sampai tonggeng2 baca notes..makan pun hadap notes lagi. macam2 sumbat dalam kepala sampai penuh..ntah2..aku tak sempat pun nak jawab exam ni.."

err..

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Munafiqun 63:11)


opps. kalau kita tak ready nak amik exam. kita boleh buat2 cari MC untuk amik exam ganti, kan?
tapi..

bila dah sampai saat kita tak boleh lagi nak betulkan jawapan kita. saat kita dah tak boleh nak beramal sebanyaknya..saat kita dipanggil untuk berjumpa Maha Pencipta.. tak sesaat pun awal. tak sesaat pun lewat. Astagfirullah..
rasa malu kalau Allah tunjukkan amalan yang kita ada sekarang.
mungkin beberapa percent je yang baik.
belum lagi kira yang lompong2..rejected..hak orang lain..
Allah..
takut sangat diri ni antara orang2 yang 'failed'
takut diri ni terlepas daripada merebut tiket ke Jannah..
risau sangat diri ni disapa oleh Penjaga Neraka.
risau kalau diri ni menjadi penghuni tempat terendah itu untuk selamanya...

hukhuk.seriously takut.
mati itu pasti. hidup insyaAllah...

doakan sy tak hanyut dalam kesibukan exam ni.
doakan sy terus kuat untuk study.
doakan sy mendapat result yang terbaik..

melihat tiket flight balik Malaysia. gambar raya kat desktop,
semangat!
(semoga tahun ni lulus. bolehlah cuti dengan tenang dan gembiranya!)

No comments:

Post a Comment