Saturday, December 10, 2011

Dia Kaya!

assalamualaikum buat semua.

sihat?alhamdulillah..semoga dengan kesihatan ini kita tak lupa pada Maha Kuasa.
hurm..menaip dengan sangat lemah gemalai..(bukan perasan sopan..ayu..etc)tapi penat..
x patut kan muda2 dah rasa penat??haish!

kepenatan bukan alasan untuk tidak bergerak..kan?

biarlah jari ni bergerak selagi mampu..sementara jasad pinjaman Allah ni masih boleh menyampaikan sesuatu..walau mata ni layu kepenatan..akal ni masih mampu berfikir waras..alhamdulillah.. :) dan tahniah kepada pembaca blog biasa2 ni kerana masih diberi pinjaman mata untuk membaca apa adanya..

perkongsian drpd seorang kawan..
surah Al-Fatir (35:1-15)
sangat menarik kot surah ni..serius!!(mana ada ayat Al-Quran x menarik kan??)
p/s: sila buka Al-Quran tafsir kalian untuk maklumat selanjutnya..(nada iklan kat kaunter.)

segala nikmat kurniaan Maha Kaya..sebenarnya bukan sekadar sangat cantik pada pandangan mata semata-mata..tetapi ada sesuatu di sebaliknya yang membuatkan kita boleh berfikir..bukan sekadar berfikir kosong..berfikir yang mampu mendekatkan diri hamba kepada Penciptanya..
manusia yang paling genius dalam dunia ni sekali pun belum mampu mengawal peralihan malam-siang..hujan..awan..angin..

bila kita lihat segala ciptaan Allah..terlintas dalam hati kecil ni..
"Allah sangat power sebab boleh control semua yang ada kat dunia ni dalam satu masa.."

Subhanallah..sangat indah dan sempurna segalanya..

mengenangkan subjek2 doktor yang semakin mencabar dan serabut saban hari..
menyebabkan diri ni lebih menghargai apa yang ada...

anatomy.
belajar mengenai anggota badan..sounds simple ala2 melihat movie Grey's Anatomy.(x pernah tengok pun..hehe..)tapi sebenarnya..Grant's Atlas of Anatomy (textbook ktorg) yg perlu dibaca..dihafal..dihayati..erkk..
memerlukan kesabaran yang menggunung tinngi..berapa banyak muscle yang kita guna untuk online ni pun dah sangat mengagumkan..(x dapat tulis exact amount sebab x ingat..sob2..)

histology.
belajar pasal cell..ala..simple je..cell je pun..basic unit of living things kot..so..its not a big deal lah..(nada berlagak yang menipu!!)
okeh..subjek ni macam "senang"...tapi keseronokan melihat cell yang berwarna-warni setelah di'stain' kan di bawah microscope..berakhir di situ bila anda sedar anda perlu tahu segala structures and funtions of the cells.. -_-"
banyak kan cell badan kita??..and if ada cell kita yang Allah jadikan merajuk daripada function sebenar..maka..

kita akan tengok Pathology.
secara simplenye..belajar pasal cell yang sakit..kancer..etc.
Allah dah tunjuk contoh terdekat.
bila ada cell badan yang "tak normal"..maka akan terganggu lah sistem badan tersebut..

sama juga macam manusia..kalau ada perlakuan yang "tak normal"(bunyi mcm aneh sikit kan??)
emm..kalau ada perbuatan kita yang menyalahi hukum Allah..maka akan terganggu dan rosaklah catatan amal kita kan??

okeh.azan maghrib sudah kedengaran.
solat yok!
sekian~

notakaki:maaf sebab idea x tersusun. dah lama meninggalkan bakat penulisan.ditambah kepenatan yang mengganggu minda. :/

No comments:

Post a Comment