Friday, December 30, 2011

kisah kawan dan coklat :)

assalamualaikum.
mood final exam memang merasuk minda..ahh..lantak lah hiperbola ke tak.
terlalu risau dengan ujian dunia yang ntah seberapa je tahap kesusahan berbanding bila berhadapan dengan ujian dengan Maha Pencipta kelak..
okeh.
mari kita bercerita di petang jumaat yang indah ini.
menghilangkan sedikit stress..(padahal x banyak baca pun lagi)hehe..

kisah dua orang sahabat baik,Lili dan Lala(malas nak pikir nama samaran lain dah..even lala sedap dimakan sekali pun..hehe)
Lili dan Lala dah lama berkawan baik..dari tadika sampai lah sekolah menengah..diorg banyak berkongsi cerita..suka,duka,gembira,ketawa,..etc..
diorg juga berkongsi minat yang sama..makanan yang sama..dan banyak masa diluangkan bersama..kadang-kadang diorg selalu je gaduh..berebut nak benda yang sama..tapi..semua tu buat hubungan persahabatan diorg jadi lebih erat..biasalah. gaduh-gaduh manja!

pada suatu hari. Lili ajak Lala keluar rumah.Lili nak beli coklat kegemaran dia.sebenarnya..kerap lah jugak Lili ajak Lala beli gula-gula..Lala pun suka gula-gula sebenarnya..tapi hari tu.Lala tak nak temankan Lili. Lala cakap dia ada hal hari tu. Lili pujuk gak Lala..tapi Lala tetap tak temankan Lili. Lala keluar rumah..tapi pergi ke tempat lain. Lili terasa hati. pelik kenapa Lala tak nak temankan dia..Lili ingat Lala dah tak sudi nak kawan dengan Lili lagi.mungkin Lala dah bosan kawan dengan Lili.mungkin Lala dah ada kawan baru..
hari tu..Lili pergi kedai dengan orang lain.

disebabkan kejadian hari tu. Lili dan Lala dah jarang berjumpa. tak bertegur sapa. tak berkongsi cerita..Lili dah ada kawan baru..

dalam sebulan kemudian..
Lala beranikan diri tegur Lili dalam kelas. mula-mula rasa kekok. sebab dah lama tak bersembang..
Lili tanya Lala.kenapa Lala tak nak temankan dia pergi beli coklat hari tu??
Lala mulanya berat hati nak cerita..Lala hanya tersenyum tawar. Lili tanya lagi.."Lala dah tak nak kawan Lili dah ke??"
bila dengar soalan tu. Lala mula rasa serba salah. Lala pun terpaksa cerita perkara sebenar...

"sebenarnya Lala bukan tak nak kawan dengan Lili..tapi kita dah selalu sangat makan coklat.Lala tau coklat tu sedap.Lala pun suka.tapi kan Lili....coklat tak elok kalau kita makan banyak2.nanti boleh kena DM(diabetes melitus),obesity,carries gigi..Lala tak nak kita berdua sakit.Lala sayang Lili..Lala ingat kalau Lala tak temankan Lili. Lili tak kan makan coklat hari tu.sebab tu Lala tolak permintaan Lili hari tu..bukannya Lala tak bagi langsung Lili makan coklat..tapi kena lah berpada-pada.tak boleh lah suka hati je..kita kan nak kawan sampai syurga..Lala tak nak kawan yang Lala sayang sakit nanti..Lili faham kan??"

sekian~
sorry cerita tergantung.
biasalah drama Melayu ending memang kena reka sendiri pun..hahaha..(dah tak betul dah otak ni)kalau ada sesiapa yang lambat paham cerita di atas..
sebenarnya nak cerita..
dalam hidup ni. kita perlu berterus terang sebenarnya..kadang-kadang niat baik kita tak tercapai dek kerana orang lain tersalah faham apa yang kita cuba sampaikan..
manusia bukannya boleh baca hati orang.
so..
be honest!
if you really care about your friend.. let them know apa yang kita cuba nasihatkan.

"dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (surah Az-Zariyat 51:55)

1 comment:

  1. analogi yang mantap..
    sayangkan sahabat sebab Allah, beginilah caranya :)

    ReplyDelete