Tuesday, December 20, 2011

bila diminta bersuara.

assalamualaikum.

semoga kalian sihat2 selalu.angin kuat pagi ni di bumi irbid(laporan kaji cuaca tbe2). sejuk?mestilah! hee.

semalam dapat satu msg hangat. err. mungkin kurang hangat daripada panggilan hangit. tapi cukup buat jiwa ini kacau satu malam. tak lena tidur. (padahal tidur sampai 7 jam). argh!! panggilan untuk berkhidmat. huu. bukan berkhidmat kat sempadan negara pun. setakat kena wat demo bahas je. tapi... (BIG BUT here!!)

perasaan malu lepas rasanya masih berbaki. adeh.. kenangan berbahas bbrp bulan lepas rasanya belum hilang dari memori. perasaan itu masih sama. malu.takut.cemas.gugup.gagap. and yes..serabut! ramai orang rasa senang je nuraisyah ni untuk bercakap di hadapan orang ramai. mungkin itu dulu. ntah kenapa..sejak masuk intec. keberanian itu kian pudar. mungkin rasa inferior bila jumpa orang lagi pandai kat intec..makanya. malu untuk mengeluarkan pendapat.
bukan nak kata kat sekolah dulu xde orang lagi pandai. hish! tipu lah xde..

oh ye. mungkin ada yang rasa saya ada basic debate. emm..sebenarnya.. (statement jujur) insan yang menulis ni x pernah pun mewakili sekolah dulu. hahaha! sekadar menyelit dan menyemak dalam team bahas.then..berpaling arah. memilih untuk bermain basketball.. spe2 yg sek SBP dulu mesti tau kan yg HKSBP ada basketball and debate. so kena pilih salah satu je.. so prefer jadi pemain basketball.

owh. rasanya x ramai yang tau alasan sebenar saya keluar from bahas dulu. hee. actually dah lupa dah pun sebab sebenar. tapi rasanya dulu. saya fikir. sementara masih muda utk bermain basket. baik main basketball dulu. nak bahas ble2 boleh. time kat toilet sementara tunggu turn pun still boleh debate kalau nak..tapi nak main basket..kena ada team, bola..court! so peluang ber'basketball' tu jarang berlaku.

and rezeki Allah. tahun yang saya mengundurkan diri dari bahas tu lah..tahun yang team bahas sek mula melonjak naik kembali. tipu lah x jeles kan?? still ingat ayat cikgu time tu.

"tu lah aisyah..x nak join debate..kalau tak. awak dah boleh menang dah..join basket tu bukannya menang pun..dalam kumpulan pun tak menang...bla..bla..bla.."

deh. macam kena hiris halus hati ni. mana lah nak lawan cakap cikgu kan??so..diam dan :) je lah.
tapi. serius! bangga dengan kawan2 dan adik2 team bahas time tu..dan sekarang!
hebat kot..

menyertai mereka. jujur. kenangan manis sepanjang sek.
hehe.. being debater is more glamour than basketballer!

emm. kat jordan ni pernah lah beberapa kali main basketball kat JUST. coach sgt baik kot! tapi..semenjak amik part time memupuk lemak ni..memang hasrat nak main tu terkubur je lah..sekali pergi. coach suruh lari 3 round court! err..pancit kot.. (zaman sek dulu 3 round sng je!)
plus. berat badan yg bertambah..memalaskan diri utk berlari seperti dulu..haha..alasan!!

mood utk bertikam lidah dgn orang dah xde.. sekarang kalau x puas hati ngan orang pun. lebih prefer diamkan diri dan bersabar.mungkin dulu mampu marah dan menengking tegas. menyatakan pendapat dengan menyatakan pendapat orang lain itu salah..for me. its not a good way utk buat org lain terima pendapat kita.

ini just pendapat saya. manusia biasa2. i do respect orang yang ada bakat untuk berbahas/debate. seriously. berbahas bukanlah sangat susah dan sesenang yang disangka. semua orang mampu berbahas. tapi berbahas dengan baik itu tak semua mampu.

lastly. maaf post kali ni panjang daripada biasa. melepaskan kerisauan diri. doakan dipermudah segala urusan. dijauhkan dari segala kemungkaran.

notakaki: masuk pertandingan bercerita kat tadika dulu lagi best. x payah risau orang nak bangkang apa..kecomelan bercerita time tu mampu buat orang senyum siap. (perasan!!)

hehe. :P

No comments:

Post a Comment