Saturday, November 26, 2011

tak regret.

assalamualaikum.

cuti hujung minggu dah habis..owh ye..kat sini cuti seperti di kedah-kelantan-terengganu.. jumaat dan sabtu..tiada lagi turn outing macam sekolah dulu..hujung minggu memang susah nak lekat kat rumah sekarang..bukan pergi shopping. bersiar-siar..
cuma ada agenda yang lebih besar.. waktu yang sesuai mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan, kakak-kakak, dan adik-adik..
belajar mengenal diri sendiri..haha.. (memang sedar diri ni sedikit aneh..)

perkara baru yang menarik untuk dikongsi..

kita tak perlu 'regret' tentang masa silam kita..pahit, manis, masam, tawar mana sekali pun..bersyukur kerana itu yang mengajar kita untuk jadi lebih baik hari ini..kesilapan langkah semalam buat kita lebih berjaga-jaga untuk berjalan hari ini..dan alangkah rugi sekiranya kita biarkan diri untuk terjatuh lagi dengan cara yang sama..rugi dan sakit itu biarlah kita elakkan agar tidak meninggalkan parut luka yang sama atau men'cacat'kan 'lukisan' dalam kamus kenangan hidup kita..

mungkin dulu diri ini kabur daripada melihat tujuan sebenar kita di bumi Allah Yang Esa ini..
terlalu singkat pandangan diri ini sehingga tidak terlihat nikmat yang sebenar..

but. don't worry.. for me..my past just like "sweet mistakes"..Alhamdulillah..
semoga Allah sentiasa gerakkan hati ini untuk mencintaiNya lebih daripada segala ciptaanNya..
semoga Allah bersihkan hati ini daripada kotoran silam..supaya sinar esok mudah mewarnakan hati ini..

notakaki: buat kawan-kawan yang lahir pada hari ini.. or bulan ini..selamat hari lahir diucapkan..semoga kalian panjang umur dan sentiasa dirahmatiNya..manfaatkan usia kita sebaiknya..semoga Allah redha.. :)

1 comment: