Monday, April 25, 2011

exam x pernah habis!

assalamualaikum.

syukur atas segala nikmatNya..

rasanya..blog ni ibarat hidup segan mati x mahu dah. haha. lama x update. adeh.. akhwat jpa first year kan memang terkenal dengan internet sakan(asrama) yang super lambat. so dah jadi lali dengan kelambatan internet. huu. ALHAMDULILLAH hari ni internet laju. makanya, peluang keemasan ini patut diambil segera untuk meng'update' blog..(sebelum internet jadi lembap balik). hee.

ok. post lepas kan sy ckp de sy de exam. alhamdulillah selesai sudah second exam untuk semester ni. lagi dua minggu start final exam...

"exam lagi??exam ape plak skrg??"..kata bonda..dialog mak yg selalu didengari..tapi xpe mak..aisyah tau..even aisyah x bg tau mak,aisyah tengah exam pun..mak selalu doakan aisyah kan??..huu.


em. cakap pasal exam. memang x pernah habis la..lagi2 lah sebagai mahasiswa.eh. mahasiswi juga..eh..pelajar sekolah menengah gak..sekolah rendah sekali. erti kata lain.. exam dan pelajar ibarat lagu dan irama..hahaha..x tau lah boleh ke x guna term ni..ok je la kot ek.


sedar x sedar. kita selalu pikir pasal exam yang time kat sekolah or universiti. secara skema nya...kita selalu fikir pasal peperiksaan.. bulanan lah..pertengahan tahun, akhir tahun, UPSR, PSRA, PMR, SPM, STPM..exam oriented lah katakan~tapi kan.."exam oriented" tu still x dapat men'cuak'kan kita dengan exam sebenar.


exam sebenar?


em. pernah satu masa dulu seorang lecturer cakap kat kelas.."kamu ni takut sgt nak exam. tapi sekarang kan kamu tgh exam yang lagi besar.."(lebih kurang la kot ayat beliau)


sepanjang kita hidup. tu lah "exam time" yang paling lama and paling penting. result bukan sekadar dapat straight A, anugerah dekan ke ape..tapi result tu sama ada syurga atau neraka.markah kita dikumpul sejak kita kecil sampai lah mati. each person plak tu ada pengawas peperiksaan. pengawas peperiksaan ni memang detail habis ar..setiap amalan kita direkodkan dengan teliti..erk??cuak kan!!result amalan kita pun akan dinilai dengan adil. xde lah boleh ubah2 gred before kuar result..(oopss)


waktu nak tunggu result tu. bukannya kuar list nama or student id semua. kita dinilai seorang demi seorang. apa perasaan kena interview sorang2??emm..mestilah takut kan? lagi2 kalau x cukup preparation. contohnya, kalau nak gi interview scholar. before tu, mestilah kita dah ready dengan isu semasa, pakaian kena smart, test cakap kat depan cermin(x buat pon), cara jalan..etc.time tu,kita boleh lagi nak 'gebang' jawapan..


tapi bila mulut dah x berhak bersuara??kesimpulannya, gunakan lah masa hidup sebaiknya sebagai 'ladang akhirat'..insyaAllah andai baik kita di dunia..hasilnya juga baik di akhirat..


pesanan untuk diri sendiri..banyak ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita. bukan untuk meruntuhkan semangat hambaNya. jauh sekali menyatakan kebencian..banyak hikmah dan ganjaran Allah berikan kepada orang-orang yang bersabar dan berjaya menangani ujian Allah.


" Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan(yang baik)" (Surah Ar-Ra'd 13:22)


mahal kan harga kesabaran??



gambar sempena birthday eida plus stress study physics..tahniah kepada printer hp deskjet 2050 kerana telah berjaya detect tangan kami..hee.. :)

4 comments:

  1. haha..
    gamba tgn cantik..
    gudlark exam ecah.. rindu budak laman 2 akasia..

    ReplyDelete
  2. tangan2 bakal dentist tuh..hehe..

    ReplyDelete
  3. suka entry ni. :)

    yup, setiap hari exam besar kita. moga kita tak lupa.

    ReplyDelete