Friday, March 18, 2011

society.

assalamualaikum.

alhamdulillah. masih dikurniakan nikmat dan kemanisan islam dan iman..
cuaca sejuk semakin menghilangkan bisanya.. sekarang matahari terik memancar.. angin kuat masih menunjukkan lagak. rumput hijau semakin menutupi lantai bumi.. oh ya. dihiasi dengan bunga2 kecil pelbagai warna. sangat cantik.. subhanallah!

ayat sastera..hehe..dah2. x pandai nak wat ayat2 cengini..

sekadar perkongsian biasa. weekend ni terasa sedikit tenang memandangkan exam week dah habis. minggu ni mengalami konflik diri.. mencari identiti mungkin..

ni semua gara-gara belajar subjek "individual and society". menarik gak subjek ni. senang cerita. ktorg belajar pasal sociology. macam mana masyarakat boleh mempengaruhi peribadi seseorang.. peranan masyarakat.. nilai dan norma masyarakat. dan lain2.. subjek ni mostly menjadikan united state sebagai penanda aras kemajuan masyarakat. owh ye.. anda tidak perlu menyokong seratus peratus apa yang anda belajar..dan apa yang lecturer cakap..sebabnya. subjek ni lebih kepada pendapat dan stand seseorang mengenai masyarakat.. dan pastinya. masyarakat di negara kita tak sama dengan negara lain. jangan jadi etnocentrist..

dalam kelas, lecturer selalu memuji malaysian.. negara Malaysia yang hebat dari segala aspek. banyak pujian sehingga kadang kala diri ni sendiri terasa malu.. kenapa nak malu plak kn??orang puji tu..kena lah bangga sikit..haish. bukan nya apa. memang diakui Malaysia negara yang amat BEST. kemajuan dan kedamaian yang mahal nilainya. dan pastinya. bila berada di negara orang.. kita lebih menghargai tanah air tercinta..

"hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik............"

tapi. masyarakat Malaysia masih mempunyai beberapa perkara yang perlu diperbaiki. bagaimana pemikiran masyarakat setanding dengan kemajuan yang dikecapi saban tahun?? banyak penyakit masyarakat yang kita nampak..cukup kondusif ke masyarakat sekarang untuk membentuk individu yang mantap??tapi..tindakan kita??kita merawat masyarakat secara luaran. tapi sebenarnya luka dalaman lebih parah..sy bukan doktor. bukan juga pelajar perubatan. x pandai nak guna istilah2 medic ni.. sy hanya sekadar pelajar pergigian yang masih merangkak mengenal dunia..

ini pendapat sy. semua masalah masyarakat sekarang boleh diatasi jika kita kembali kepada Islam sebenar. bukan sekadar Islam..tetapi islam.. Islam dan islam berbeza kan??? kata nama khas dan kata kerja. dua2 perlu bergerak seiring..kita tidak boleh menjadi Islam tanpa islam..dan sebaliknya..sebagai negara Islam, rasanya..wajar juga kita meng'islam'kannya...negara Islam bukan sekadar mempunyai sistem perbankan Islam..tetapi masyarakat islam.. masyarakat yang betul2 faham dan mengamalkan ajaran islam...

hee.. nada sedikit serius. adeh..terasa post kali ni panjang pulak. xpe lah..harap dapat lah amik sedikit pengajaran daripada apa yang sy bebelkan ni. sebenarnya perasaan nak balik rumah mendominasi waktu2 berangan minggu ni.. rindu nak melihat pokok2 hijau..masakan bonda..menghabiskan masa bersama keluarga..rumah tercinta..

tapi. risau jugak. macam mana nak berhadapan dengan masyarakat di negara sendiri..
di negara orang.. kita lebih mudah melihat baik buruk. hitam dan putih jelas!
tapi disebabkan negara sendiri dah sebati dalam diri. susah nak bezakan..semua nya nampak sama..semua nampak betul..untuk buat suatu perubahan. terasa janggal dan mungkin dipandang pelik..

"the road not taken...."

wallahua'lam.

1 comment:

  1. kat negara orang.. smua kat negara sendri nmpak buruk..
    kat negara sendri.. nmpk cm semua ok.. yang slah dipandang ringan.. huhu

    ReplyDelete