Sunday, November 11, 2012

pelangi selepas hujan.

Assalamualaikum..

alhamdulillah. hujan hari ni. suasana 'winter' dah terasa.. warga irbid dah keluarkan jaket masing2..
baju-baju tebal yang tersimpan lama dah boleh disusun balik dalam almari..
deretan exam seperti biasa..memenuhi planner bulanan..yeah!

minggu exam.
diuji bukan sekadar 'exam online' jamiah (universiti)..tapi Allah hiasi dengan pelbagai ujian. luar. dalam.
yes. ujian mematangkan. ujian juga buat kita lebih dekat denganNya..
ujian dengan perasaan sendiri.ujian mujahadah diri.ujian dengan kawan2, situasi, rumah, lecturer, pak cik bas..amalgam(tiba2)..hehe..etc.etc.

sy bukan scorer. apatah lagi top student kat sini..
tu bukan ukuran pun..betul..for me, dapat markah yang tinggi tu hanya bonus dari Allah.
sebab sy sedar, usaha sy tak setanding dgn result yang sy dapat..huu.
markah exam antara perkara yang sgt privacy utk dikongsi..betul ke?
sy tak sorok pun markah sy..hee :) (tu kira abnormal eh??)

untuk exam prostho lepas..rasanya tu dapat markah the lowest so far.
exam online. keluar markah terus..emm..i got 13/25..err.
first tengok markah..terus bahagikan 25/2=12.5..alhamdulillah..lebih half. lulus. :D

ada orang yang tahu markah sy.

"sabar eh aisyah, jangan sedih2 tau.."
"aisyah, okeh tak ni?"

emm..sy bukan orang yang tak ada perasaan bila dapat tahu ada orang lain yang markah jauh lebih tinggi daripada kita..sy tahu je untuk sedih bila dapat markah rendah.
sy pernah je menangis sebab markah. tapi tu semua dulu..yup. suatu masa dulu.

sekarang. bila tahu ada orang yang dapat lebih tinggi daripada sy. sy seronok. betul. bangga dgn orang tu, ye lah ada gak budak melayu yang scorer.
sy tak menangis. tak sedih..bukan sebab tak ada perasaan. tapi takut..Allah tarik nikmat lain..
dari 25 soalan tu..sy salah 12. dan Allah bagi sy 13..sy takut kalau pandang sangat yang 12 tu..macam tak bersyukur dgn 13 yang sy dapat.sepanjang perjalanan balik dari exam time tu..penat kepala ni berfikir kenapa Allah uji sy?
apa yang Allah nak ajar sy?
and alhamdulillah..i found the answer..sy teringat ayat Allah..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat." (Surah Ibrahim 14:7)


sy yakin. Allah bukan saja2 hadiahkan sy markah tu..sepanjang berjalan kaki tu. memang sy saja guna jalan jauh nak balik rumah. memang saja cari peluang muhasabah diri..cari peluang mensyukuri segala kurniaanNya..

alhamdulillahi 3ala kulli hal..
hari ni doctor prostho tampal markah kat board..tengok markah exam.(even sebenarnya dah tahu)
sebab ada students yang markah tak keluar kat komputer after exam..
alhamdulillah..bila check balik nombor..tgk markah..rupanya doctor ada betulkan markah..
16/25
syukur. gembira. 

betullah..Allah akan tambah nikmatnya.

"(dental material): two different metals that bond together have to react in the same way at certain temperature..if not, either one will break.."


sama macam manusia. hati dan tindakan perlu selari.
kalau hati mensyukuri. jasad juga sama. :)
pesanan utk diri ni dan kawan2..bersangka baik dalam setiap ujian Allah. bersangka baiklah pada Allah..
Allah turunkan hujan. dan kemudian Dia hadiahkan juga pelangi....

1 comment:

  1. Alhamdulillah (':
    And thank you for this beautiful reminder <3

    ReplyDelete