Thursday, December 9, 2010

#3: lima nama baru di jordan

alhamdulillah. jari masih mampu menekan keyboard. air panas tiba2 xde semalam. pagi ni pun xde lagi. maka. terpaksa menggagahkan diri sehabisnya untuk ambil wudhu'. em. semalam kelas biology lab sangat memeningkan. terpaksa lukis 12 cell dan tissue. subhanallah...sangat cantik ciptaan Allah. memang x terjangkau kemampuan ni nak melukis..

"ciptaan Allah tu sangat indah..manusia je yang burukkannya.."

tajuk post kali ni nak cerita pasal lima nama baru yang sy dapat selepas menjejakkan kaki lebih kurang tiga bulan di bumi irbid ini...

1)'A-'I-SYEH

nama ni sama je macam aisyah di malaysia. cuma cara sebut yang lebih keARABan...(ada ke term ni ek??)..hehe. kat jordan ni. nak dengar panggilan AISYAH cam kat rumah just from student MALAYSIA je lah..

2) FATIMAH

nama ni musyrifah yang panggil. musyrifah tu ala2 warden yang jaga blok sakan ni. haish. pelik tul kan..aisyah-fatimah..jauh gle beza. x tau la macam mana leh dia panggil fatimah. time dia panggil tu nak je gelak guling2. tapi cam kejam sangat plak. dia panggil fatimah pun..jawab je lah..terpaksa gak ulang nama AISYAH banyak kali bagi dia ingat sket..

3) NUSAIBAH

satu lagi nama yang agak jauh dengan AISYAH..time tu tulis nama kat kertas. NURAISYAH. pastu lecturer english tu baca NUSAIBAH. maka. dengan muka x tau menahu tahap blur..sy diamkan diri. ye lah. bukan nama sy kan??..pastu muka lecturer tu berubah. berkerut..hee. pelik sebab xde yang angkat tangan and respon. lecturer tu pun baca lagi..NUR...
ok. kali ni ada tanda2 nama sy. so. sy menyahut la. "na'am..."

"NUR esh??" (NUR apa??)

mengingatkan sy berada di negara arab..maka jawapan nye.. NUR-'A-'I-SYAH..
kelas2 selepas nya. asal sebut NUR je. dah tau dah. itu sy!!

4) TOSHIBA

ok. sila gelak bersama. sy pun pelik tahap super bila ada orang panggil sy nama ni. hahaahaha.. nak kata jadi duta TOSHIBA. belum lagi.(^^")..muka gaya jepun. harapan je la kan~ ni semua gara2 lecturer panggil NUSAIBAH. pastu ada classmate arab dengar TOSHIBA. haish.. pelik tul. memang after that. lebih peka kalau sape2 sebut TOSHIBA. hee.

5) 'AYUSHA

nama cam glemer sket. ni pun nama wujud from musyrifah. dia cakap ni nickname utk AISYAH kat sini. my respon.."owh..." baru je mendapat nama ni 2 hari lepas. memang lepas tu. kalau jumpe musyrifah..die akan panggil 'AYUSHA..

emm..'A-'I-SYEH, FATIMAH, NUSAIBAH, TOSHIBA, 'AYUSHA..nama baru yang wujud.

still x boleh menandingi keseronokkan bila orang panggil NURAISYAH. NUR. AISYAH. SYA.

apa nama yang ada pun. i'm happy as i am. lebih seronok kalau panggl sy NURAISYAH AISYAH pun ok juga.

sekian.

3 comments: